Khamis, 3 April 2014

MH 370 ~ Guna Kapal Selam Robotik & Masaalah Teknikal Pesawat MAS Ditunda..!


Setelah habis tempoh waktu bateri di kotak hitam nanti…

Sebuah kapal selam robotik atau dron bawah permukaan air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan (SAR) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abbott mengenai keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada negara-negara lain bagi teknologi berkenaan.

Najib berkata teknologi itu diperlukan sebaik pinger bateri pada kotak hitam kehabisan (dalam tempoh empat hari) dan perlu bagi pasukan SAR mencari pesawat berkenaan, Boeing 777-200ER.

Dron bawah permukaan air adalah antara perkara-perkara penting yang dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Commonwealth Centre, di sini, pada Khamis.

Dron bawah permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari di dasar laut dan ia pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009.

"Perbincangan adalah mengenai penggunaan teknologi sonar, dron robotik dan kamera-kamera," katanya kepada wartawan Malaysia sejurus selepas sidang media bersama Abbott, di sini. 

Najib berkata pada masa ini operasi mencari menggunakan pesawat dan kapal-kapal tentera laut akan diteruskan meskipun ia adalah usaha mengejar waktu sebelum bateri kotak hitam yang menghantar isyarat ping hilang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Lebih baik tunda dari….!!!

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London terpaksa dijadualkan semula pada Khamis kerana masalah teknikal yang melibatkan pesawat.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH004 yang dijadual berlepas ke London pada jam 10.10 pagi telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

"Oleh kerana keselamatan penumpang adalah keutamaan kepada syarikat penerbangan ini, penjadualan semula masa adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membetulkan pesawat," kata kenyataan itu.

Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 2.15 petang hari yang sama.

Sejak kehilangan MH370, terdapat beberapa siri kemalangan yang melibatkan pesawat termasuk kebakaran enjin dalam penerbangan Malindo, penerbangan MAS melanggar sekumpulan itik di Kathmandu dan penerbangan MAS ke Korea Selatan telah dialihkan ke Hong Kong selepas kegagalan generator pesawat.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Sebab mh370 walau kes kecil berkenaan pesawat terbang pun jadi headline..sebelum ini tiada siapa pun kesah..semua nak jadi hero..lu fikir lah sendiri ...

    BalasPadam