Jumaat, 26 Disember 2014

BANJIR TERKINI ~ HAMPIR 120 RIBU MANGSA & HUJAN DIJANGKA BERTERUSAN SELAMA 4 HARI..!


Menurut laporan kaji cuaca..!

Imej satelit setakat jam 5 ptg ini. Jangkaan hujan berterusan di hampir keseluruhan semenanjung selama 4 hari.

Sementara itu dilaporkan...

Hampir 120,000 Mangsa Banjir Dipindahkan Setakat 3 Petang


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini, Jumaat.
KUALA LUMPUR: BERIKUT adalah jumlah mangsa banjir sehingga pukul 5 petang Jumaat:

Negeri            25 DIS     26 DIS (3 PTG)    5 PTG

KELANTAN      34,955       45,467            45,467

TERENGGANU    29,082       31,001         34,884

PAHANG         28,578       35,736            32,380

PERAK            5,512        6,119             6,119

JOHOR              -          214                  537

 KEDAH             76           96                 28

 PERLIS           263          263                209

JUMLAH        98,466       118,896       119,624  

Sukarelawan sedang mengumpulkan barangan sumbangan untuk mangsa banjir yang berjaya dikumpulkan oleh 'Kumpulan Anak Nogori' yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (empat, kanan) ketika menunaikan solat hajat berikutan banjir yang melanda negara selepas solat Jumaat di Masjid Negeri Kem Batu 10 di Kuantan, Jumaat.
Pagi tadi di Kelantan, TPM telah bertemu dengan MB Kelantan dalam membincangkan urusan menyelamat mangsa banjir..!

Pemimpin pembangkang mana?
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. melayu mudah lupa , tak payah isytihar darurat - membazir wang negara saja

    BalasPadam