Sabtu, 6 Disember 2014

Go To Hell America..!


Pergi mampos la Amerika..!

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden mengkritik langkah kerajaan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang dikatakannya bertujuan untuk menyekat pembangkang.


Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan rayuan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti adalah peluang utama untuk Malaysia "membetulkan keadaan serta menonjolkan keyakinan terhadap demokrasi dan kehakiman".



Beliau membuat kenyataan itu melalui dua masukan di akaun Twitternya.


Amid growing U.S.-Malaysia ties, Malaysian govt’s use of legal system & Sedition Act to stifle opposition raises rule of law concerns. -vp

Anwar Ibrahim’s appeal gives Malaysia a vital chance to make things right and promote confidence in its democracy & judiciary. -vp

Dua masukan itu diakhiri dengan "vp" menandakan ia ditulis sendiri oleh Biden dan bukan oleh pegawainya.


Kenyataan Biden ini mengimbau semula episod kritikan bekas Naib Presiden, Al Gore terhadap kerajaan Malaysia pada 1998 serta kenyataan beliau yang menyifatkan rakyat yang menentang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu sebagai "orang berani".



Dalam ucapannya pada forum  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur -- dua bulan selepas Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana, Al Gore menyebut bagaimana negara yang demokrasi lebih mampu mengharungi krisis ekonomi berbanding negara yang kebebasannya disekat.



Beliau kemudian memuji gerakan rakyat di serata Asia Tenggara dengan slogan perubahan termasuk "reformasi" yang ketika itu menjadi laungan Anwar dan penyokongnya.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengumumkan kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan sebaliknya akan diperkukuhkan dengan dua peruntukan khas mengenai perlindungan kepada agama serta kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.



Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberitahu Bernama pada Khamis bahawa pihaknya belum dapat memberikan tarikh tepat bila keputusan rayuan akhir Anwar itu akan diumumkan kerana panel hakim Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakimannya.



Anwar merayu untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya. 

Tak habis habis Amerika membela batang bengkok Aljuburi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. segalanya terpulanglah kepada najib samada untuk membela nasib bangsa atau pun mengejar populariti dimata dunia. selagi najib masih diatas, kedudukan masa depan bangsa tidak terjamin dan menantikan segala kemungkinan.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Anwar is nobody but Najib made him somebody

    BalasPadam
  4. VP Joe Biden get going and arrest the most conspicuous looter Mahathir Mohamad before it is too late and put him in your wax museum for murderers and the corrupt. Alternatively you could chuck this rubbish into the New York Sewage pond. The Americans can do it as they have done it before in Iraq.

    BalasPadam