Ahad, 14 Disember 2014

Hubaya..! Hubaya..! Umat Islam..!!!


Polis Sah Rampasan Buku Mengandungi Perkataan 'Allah' Di Tangkak


Hasnan Hassan
JOHOR BAHARU: Polis mengesahkan pihaknya telah merampas 31 buku yang mengandungi perkataan "Allah" di sebuah kedai buku di Tangkak, Ledang pada 5 Disember lalu.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor SAC Datuk Hasnan Hassan berkata, rampasan tersebut dibuat berikutan satu laporan dibuat mengenai penemuan buku yang bertajuk "Mari Kita Memuji Allah Kita" pada hari itu. 

"Seorang paderi Katolik dan seorang pengikutnya juga telah dibawa ke IPD Ledang untuk dirakam percakapannya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan sebuah portal berita, paderi itu Father Cyril Mannayagam,44, telah menghantar buku berkenaan untuk dibuat salinan di kedai buku itu pada pukul 1 petang hari tersebut.  

Apabila datang untuk mengambilnya empat jam kemudian, beliau ditahan polisdan buku-buku itu dirampas.  

Beliau diberitahu oleh dua anggota polis yang menahannya bahawa perkataan'Allah' hanya untuk orang Islam dan bukan Islam dilarang menggunakannya.  

Father Cyril, yang bekerja bersama penduduk Orang Asli sejak empat tahun lalu menjelaskan, buku itu untuk digunakan sekitar 100 Orang Asli yang beragama Katolik di Bekok, Tangkak.  

Paderi Gereja St. Andrew di Muar itu yang dibebaskan selepas dirakam percakapannya melahirkan kekecewaan dengan rampasan itu.  

Perkataan "Allah" dilarang digunakan oleh bukan Islam di Johor di bawah Seksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.  

Musuh Islam ada dimana mana..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. harap ada hukuman setimpal keatas father tersebut..jgn jadi mcm selangor ..tiada hukuman apa2...alahhh bukan aku tak tau..sengaja mahu kitap tu di rampas supaya dunia tau Islam kat Msia kejam....entah entah orang Asal pun tak faham isi kitap tu..sebab dalam bible pun pengikut nabi Isa di larang minum arak dan makan babi...tapi diorang pun melantak juga...bikin malu aje nak ajar org lain ikut ajaran Isa tapi dia sendiri tak ikut.

    BalasPadam