KUALA LUMPUR, 14 Disember:

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mempertikaikan peranan mereka dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam mempertahankan Melayu Islam sebagai bangsat.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata orang Melayu Islam di negara ini di negara bukan sahaja berdepan dengan musuh-musuh nyata seperti DAP yang dtadbir oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng tetapi terpaksa berdepan dengan Melayu liberal.
Tanpa berselindung, Ibrahim menamakan lima pemimpin tersebut iaitu Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, Spekaer DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
Menurut Ibrahim, terlalu banyak usaha PERKASA dalam memberi sumbangan kepada orang Melayu dan Islam antaranya beratus laporan polis berhubung penghinaan terhadap Melayu dan Islam, Kongres Ekonomi Bumiputera, Konvensyen Transformasi Bumiputera, Perhimpunan-perhimpunan Perpaduan Melayu dan forum wacana tanah rizab Melayu.
“Kita bukan hendak bermusuh dengan mereka tetapi kalau kamu tidak membantu Islam dan Melayu, jangan ganggu PERKASA dan ISMA.
“Tidak terbilang usaha-usaha kita tidak termasuk yang terakhir PERKASA sudah menjadi tulang belakang kepada Konvensyen Perpaduan Nasional baru-baru ini yang melahirkan 55 resolusi yang dirasmikan oleh Tun Abdul Hamid Mohamed.
“Apakah itu bukan sumbangan dan perjuangan PERKASA yang kita lakukan bagi mempertahankan kesucian agama dan orang Melayu?
“Bangsat betul mereka ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Persidangan Agung Tahunan Ke-5 PERKASA di sini.
Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tok Him terus membidas tindakan 25 tokoh Melayu yang menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia baru-baru ini.
Kata Tok Him, kumpulan tersebut hanya berani mengkritik PERKASA dan ISMA tetapi dalam masa yang sama menjadi pengecut bila berdepan bangsa lain.
“Kalau mereka hendak keluarkan pendapat kepada kerajaan, keluarlah, kita tidak halang sebab kita amalkan kebebasan, berilah pandangan. Haramjadah apa hendak sentuh perkasa sentuh ISMA?
“Berani tegur sesama Melayu tetapi musuh sebenar mereka tidak berani tegur.
“Kalau betul hendak tegur, tegur sama Dong Zong, Hindraf, DAP dan puak-puak Kristian yang cuba memecahkan maruah Islam. Kenapa Perkasa dan Isma sahaja yang hendak disiasat?,” soalnya.
Tok Him kemudiannya menabalkan dirinya sendiri sebagai wira kepada orang Melayu Islam atas sumbangannya memperjuangkan isu berkaitan bangsa Melayu dan Islam bersama PERKASA.
“Ada yang nak bergambar dengan Presiden PERKASA pun takut sebab ada yang nasihatkan supaya jangan dekati PERKASA.
“Saya tak pernah undang mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sertai PERKASA.
“Dulu orang panggil saya gedebe, katak, kemudian rasis rupanya hari ini Alhamdulillah saya tabal diri saya sendiri wira kepada orang-orang Melayu Islam di negara Malaysia,” ujarnya.
Lu Fikir La Sendiri!!!