Sabtu, 6 Disember 2014

Kerajaan Negeri Sembilan Perangi LGBT..!


Syabas..!

PUTRAJAYA - Kerajaan Negeri Sembilan dan empat yang lain hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan di sini bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) Enakmen 1992 yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam yang berpakaian wanita.    
   
Dua wakil dari Pejabat Penasihat Uundang-undang Negeri Sembilan telah mengemukakan notis itu di pusat sehenti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada jam 4.30 petang.
   
Dalam permohonan itu, pemohon mengemukakan tujuh persoalan undang-undang.
   
Seorang pemohon dalam kes sivil perlu mohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan dahulu sebelum boleh meneruskan dengan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
   
Empat lagi pemohon ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Ketua Pendakwa Raya Syarie Negeri Sembilan dan kerajaan negeri.
   
Pada 7 November, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.    

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. gua sudah fikir ma. wa tak paham macamana mahkamah boleh kasi itu macam punya keputusan.

    BalasPadam