Jumaat, 5 Disember 2014

Komen Tun M Berkaitan PAU 2014..!


Cer baca..

1. Saya ucap tahniah kepada UMNO dan Presidennya kerana mendengar dan mengambil berat akan pandangan orang ramai berkenaan dengan pengekalan Akta Hasutan.
2. Tetapi saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan Kerajaan.
3. Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara.
4. Tidak juga ada respon berkenaan dengan tuduhan terhadap 1MDB. Yang membuat tandatanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesyen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada Kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.
5. Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana?
6. Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang. Sementara orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi, Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.
7. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.
8. Harus diingat satu dari Hedge Fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis. Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan U.S.
9. Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, samada secara langsung atau tidak langsung.
10. Yang lain yang tidak disentuh yang menjadi keluhan rakyat ialah sistem pelajaran yang memisahkan miskin dengan kaya. Yang kaya pergi ke sekolah Inggeris, mendapat ilmu-ilmu yang penting dan mudah mendapat kerja. Yang miskin ke sekolah Kebangsaan, dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah dan ketinggalan dalam bidang sains dan ilmu matematik tinggi. Mereka tidak mudah mendapat kerja dengan upah yang tinggi.
11. Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya akan menjadi lebih luas.
12. Benar mempermudahkan kelulusan peperiksaan popular, disukai ramai. Tetapi yang disukai ramai kerapkali tidak baik bagi mereka. Pepatah Melayu berkata “menang sorak, kampong tergadai”.
13. Amat malanglah jika populariti lebih diutamakan dari nasib buruk anak rakyat yang terpaksa terima dasar yang tidak baik bagi mereka. Mereka menjadi mangsa, tidak anak orang kaya.
14. Dan banyaklah lagi yang tidak dibincang dan disebut dalam mesyuarat Agung UMNO
15. Dalam demokrasi kesukaan ramai memang penting tetapi janganlah kerananya tergadai masa depan anak bangsa.
Sumber - chedet.
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Can any sane, qualified, true fighter and reasonable umno member stomach what mahathir had said in the above and using that as a benchmark rally a truly strong support for muhyiddin to replace najib? Just wonder why can't they.

    I am not an umno member but a muslim malay of sarawak. If i am a member i wud have assemble a team to push najib out.

    Just wonder what is in umno cobstitution....how to displace an uneffective president........

    BalasPadam
  2. Itu sebab aku komen, setiap kali PAU tidak lain masih perjuangkan hak-hak termetri /termaktub Melayu yang sudah jelas dalam Perlembagaan.

    Malang nya Melayu liberal/sekular/komunis dan atheis tidak sedar diri, menghancurkan sistem terbaik rakyat majmuk dari pemimpin terdahulu, satu peluang terbaik untuk kaum bukan melayu mendapat senjata ampuh WMD percuma menghapuskan apa sahaja berkenaan Melayu Islam, kerana sokongan munafik yang berbahaya. Berambah buruk, kelemahan kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang konon nya di label drakonian oleh musuh-musuh Melayu ini.

    Secara mutlak, waktu ini semesti nya tiada lagi keluar suara-suara sumbang mempersoalkan kontrak sosial dan apa-apa sahaja yang sudah termaktub. Mujur Akta Hasutan tidak terheret untuk di mansuhkan juga.

    Lantaran itu PAU dari tahun ke tahun sepatut nya sudah berbincang dan menyelaras tindakan apa-apa sahaja agenda penambah-baikan, juga yang tertangguh dan gerakerja baru selaras pembangunan bersepadu menerjah cabaran getir masa depan untuk Melayu dan Malaysia. Juga bersedia menjawab segala persoalan keluhan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan di perkenalkan, yang sudah dan bakal di laksanakan. Natijah nya demi semua rakyat Malaysia berpaksikan kesatuan dan perpaduan.

    Semoga apa saja janji kali ini di kuat kuasakan dan tiada lagi amaran dan berterusan amaran kepada pengkhianat bangsa, rakyat dan negara.

    Kerajaan dan swasta mesti setia berpadu membina keseimbangan pembangunan tanpa syak wasangka yang tidak berasas di api-apikan pihak cauvinis yang tidak langsung pernah berubah yang cuba ubah rakyat Malaysia menjadi berpisah aoabila menafikan penuh hak-hak mutlak Melayu.

    Memang benar suara Tun M.

    BalasPadam
  3. Sdra maee....saya sgt setuju dgn anda...why are we still in defensive stance when that has been constitutionally provided. Good thought sdra maee.

    Going back to history n track records, tunku, razak, husein, mahathir had modelled their leadership along developing ang executing plans based on the establishedvprovisos. Unfortunately pak lah slackened enabling oppositions to creep through leaks and cracks that almost caused the main gate crushed. To our disbelief, expecting repairs and fortification by najib, he caused the gate to crumble and oprn the glood gate to all liberalist, pluralist, malay and muslim haters, oppositions and any tom dick and harry.

    If you umno members do not come to the rescue, its doomsday

    BalasPadam