Jumaat, 5 Disember 2014

Setelah Hampir 3 Bulan..!

Syukur la..seharusnya selepas ini tidak lagi berlaku kekosongan jawatan penting yang mengambil masa lama untuk diisi..! Jawatan yang haris diisi bukan kosong kerana mati tapi kerana sampai masa pencen maka tentunya sudah dipekemaskan dari awal lagi..! 

Kekosongan jawatan strategik seperti ini kalau dibiarkan lama tidak terisi hanya menimbulkan polimik dan pelbagai pertelingkahan hingga mampu mencetus kem kem kecil pelobi..!

Baik baik untung takut jadi rugi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.

"Selaras dengan peruntukan fasal (4) dan (5), Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenankan lantikan Noor Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara," katanya.

Noor Rashid, 56, yang berasal dari Yan, Kedah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).

Beliau mula berkhidmat sejak Januari 1984 dan antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Kedah; Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah; Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; dan Timbalan Pengarah III, JSJN, Bukit Aman.

Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, (Logistik/Teknologi Maklumat), Jabatan Logistik Bukit Aman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Lantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib pada 7 September lepas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan