Jumaat, 5 Disember 2014

Ku Nan Pulak Buat Buat Bangang..!


Tutup mulut sudah ler..! kan dah riuh balik isu bangang..! tak tentu pasal orang ramai menuduh siapa yang menipu dalam isu ni..!

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.
“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.
Kenyataan pengerusi perhubungan Umno Bahagian Wilayah Persekutuan itu hari ini bertentangan dengan teguran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menggelar blogger seumpama itu sebagai 'bangang' ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2014, baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan blogger Umno siapa membayar gaji mereka, dan berkata mereka sepatutnya menyerang pembangkang, bukan Umno.

Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.

“Blogger yang pro Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita.

“Itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” katanya.

PAS semalam mendesak Najib menjelaskan perkara itu dan mendedahkan identiti blogger yang digelarnya 'bangang' dalam ucapan penggulungannya itu.

Cukup la jadi bahan lelucon..! 

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Kenapa perlu dilayan soalan dari PAS tu?

    Kenapa PAS nak menyibuk pasal perbelanjaan UMNO?

    Ada UMNO pernah kisah tentang perbelanjaan PAS?

    Pemimpin UMNO duk susah hati nak jawab soalan tu apa hal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahposs paspispus punahsihat kott..

      Padam
  2. bloger pro pembangkang sapa yg bayar pulak? ini lah kelemahan pemimpin2 umno...suka sgt layan & takut dgn pembangkang...kena jolok sikit dah melompat macam seluar di masuki kerengga.... dgn orang2 spt mahfud bean lulusan srp jer ni pun dah gelabah beruk....

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    BalasPadam