Ahad, 29 Mac 2015

Penyakit Umat Islam Akhir Zaman..!


Benar sebenar benarnya..!

Layan...

SEBUAH hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda dengan mafhumnya:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)
Demikianlah baginda SAW membongkar sebuah penyakit yang dinamakan sebagai ‘al-wahn’ iaitu LEMAH. Al-Wahn yang pada asalnya menyerang pada individu dan penyakit itu kemudiannya merebak akhirnya menjadi sebuah wabak iaitu penyakit masyarakat.
Penyakit yang boleh menghancur serta meruntuhkan kekuatan dan kestabilan sesebuah masyarakat, menjatuhkan kehebatannya, menghilangkan kewujudannya. Dari sebuah bangsa atau masyarakat yang merdeka dan bermaruah ia menjadi masyarakat yang melutut di hadapan bangsa lain dan dipergunakan oleh bangsa asing. Dan akhirnya jadilah seperti hidangan yang diterkam oleh mereka yang pelahap. Mereka berkumpul di sekeliling hidangan itu untuk mereka berkongsi dan menghabiskannya.
Penyakit inilah yang melanda kepada masyarakat dan negara Islam .. dahulu dan sekarang. Nabi SAW seolah-olah menggunakan teropong ghaib.. hadis yang diucapkan lebih 1,400 tahun dahulu memperlihatkan dan menggambarkan keadaan umatnya selepas ketiadaan baginda SAW yang dimamah oleh bangsa penjajah dan musuh di tanah air mereka sendiri. Tanah air mereka dibahagi-bahagi, harta kekayaan dan hak milik mereka dirompak.
Mereka dijajah dan terus dijajah. Mereka dipaksa untuk menerima perjanjian yang kononnya menjanjikan keselamatan dan kekayaan. Maka akhirnya musuh memaksa umat agar menerima pemikiran mereka yang kotor dan rendah, prinsip hidup yang kononnya maju dan terkehadapan, nilai-nilai dan undang-undang rekaan Barat.
Musuh menyerang umat pada pemikiran, thaqafah, politik, ekonomi dan kesemuanya. Hingga akhirnya umat Islam itu hilang identiti mereka, tidak kenal pada diri sendiri, tidak tahu apakah kapal yang mereka naiki. Umat lena ditiup angin yang menidurkan mereka.
Akhirnya mereka tidak sedar bahawa bendera mereka telah dijatuhkan sedang mereka hanyut di lautan luas di dalam kegelapan yang bertimpa-timpa yang sekiranya jari mereka diangkat tidak ada seorang pun yang akan nampak dek kegelapan yang dicipta oleh musuh pada mata-mata dan hati-hati mereka .
Walaupun mereka ramai…ramai dan ramai seperti buih di laut. Buih yang kelihatan banyak ketika ombak menghempas tetapi akan hilang dan pecah bila air menyurut dan dihempas ombak yang mendatang. 
Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku.

Akan tetapi hadis ini bukanlah bertujuan untuk membawa umat supaya ‘reda’ dengan apa yang berlaku. Hadis ini adalah satu peringatan dari baginda s.a.w supaya umatnya berhati-hati dengan sebab yang membawa kepada kejatuhan ini iaitu al-Wahn … penyakit yang cintakan dunia dan takutkan mati. Penyakitnya satu iaitu –al-wahn’ tetapi sifatnya dua iaitu ‘cintakan dunia dan takutkan mati’ dan kedua-duanya sentiasa bersama. 
Al-Wahn : Cintakan Dunia Dan Takutkan Mati
Baginda SAW dengan jelas menyebut penyakit ‘al-wahn’ (LEMAH) sebagai penyakit yang bahaya. Bermakna mereka itu ‘LEMAH’ apabila cintakan dunia dan takutkan mati.

Bergantung dengan dunia, terfitnah dengan keindahannya, mengejar bayangannya, tamak padanya. Penyakit al-wahn akan menyebabkan seorang muslim itu berlumba-lumba untuk mendapat kesenangan di dunia dengan menggunakan apa cara sekalipun untuk memenuhi nafsunya yang akhirnya akan melahirkan seorang yang bersifat ‘mementingkan diri sendiri’. 
Sikap mementingkan diri sendiri ini sangatlah bahaya. Ia tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tidak kisah langsung dengan kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Ia melahirkan serang yang tidak sensitif dengan permasalahan masyarakat dan hidup dalam kepompong sendiri.
Akhirnya ia menganggap dunia sebagai matlamat yang perlu dikejar dan berasa seolah-olah akan hidup kekal di dalamnya.
Cintakan dunia mematikan sifat jihad… jihad diri, jihad amal, jihad ilmu yang bersifat jihad fi sabilillah. Apa yang hanya difikirkan adalah dirinya.. dirinya dan dirinya sahaja. Poketnya dan kekayaannya. Langsung tidak mahu memikirkan tentang masalah sekeliling dan masalah ummah.
Itulah penyakit al-wahn iaitu LEMAH. LEMAH jiwa dan hatinya. LEMAH cita-cita dan harapannya. Tidak ada sifat perjuangan dan perlumbaan. Yang akhirnya akan menyebabkan umat Islam menjadi hidangan yang dikerumuni musuh untuk dilahap.
Bila hati telah dipenuhi dengan cinta dunia.. maka tiada ruang untuk akhirat di dalamnya. Ia juga tidak mahu memikirkan tentang mati kerana ia hanya akan memutuskan semua angan-angan tentang kesenangan di dunia.
Maka kerana itulah baginda s.a.w mengingatkan agar kita sentiasa mengingati mati. Kerana ia adalah ubat terbaik untuk memutuskan keghairahan dan cinta keterlaluan terhadap dunia yang sementara.
Inilah hakikatnya yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak mahu kita kuat. Mereka tidak mahu kita gagah kerana mereka tahu umat Islam itu sekiranya kuat umat Islam, mereka akan menguasai dunia seperti mana yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Kekuatan Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh dan ramai lagi adalah sejarah yang mereka tidak mahu kita ulangi. Maka kita disogokkan dengan perkara-perkara yang melalaikan.
Kehidupan Dunia Yang Didambakan
Jelas dalam sebuah hadis baginda SAW;
“Berbahagilah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya sehinggalah ia beroleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia hingga dia terhalang dari melakukan amalan untuk akhiratnya dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” (Riwayat al-Hakim)

Untuk itu…
•Jadilah kita umat yang kuat. Kuat bertenaga dan sentiasa merasa bangga dan mulia dengan agama. Ramai dan berkualiti. Berjati diri tinggi dan punyai harga diri.

•Jauhi penyakit al-wahn (lemah). Cintakan dunia dan takutkan mati. ‘Al-wahn’ yang pada asalnya penyakit individu akan tetapi akan merebak akhirnya menjadi sebuah wabak iaitu penyakit masyarakat jika tidak dibendung. Penyakit yang melemahkan masyarakat, menjatuhkan kehebatannya, dan menjadikan sebuah bangsa atau masyarakat yang merdeka dan bermaruah kepada masyarakat yang melutut di hadapan musuh.
Ustazah Suriani Sudi
Timbalan Ketua Wanita ISMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. itu orang.....ini zaman sudah ada......ada depan mata......

    BalasPadam
  2. Penyakit Orang Islam adalah bodoh sombong. Nabi perjuangkan Islam, ulama Pas perjuangkan Islam(hudud).

    BalasPadam
  3. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasPadam