Jumaat, 27 Mac 2015

Menteri Ditegur Jangan Suka Longgok..!


Kalau durian longgok ok juga..! tak laku sekurang kurang boleh buat tempoyak atau lempok..!

Tapi kalau Menteri...

Anggota Kabinet diminta supaya tidak mengambil cuti secara serentak pada akhir tahun bagi memastikan pentadbiran negara tidak tergendala, khususnya ketika berhadapan kecemasan.
Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, ketiadaan beberapa anggota Kabinet ketika negara berhadapan banjir besar menyukarkan agensi pelaksana untuk menjalankan tugas.
Kata beliau, berdasarakan pengalamannya membantu menguruskan situasi banjir di beberapa tempat yang terjejas teruk di Kelantan, kerajaan perlu memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
“Saya sendiri cuba dapatkan bantuan tentera, namun tentera kata mereka kena menunggu arahan daripada pihak atasan. Tapi kata mereka arahan tak ada, mereka tak boleh nak hantar aset. Namun hakikatnya dalam isu banjir yang berlaku pantas, kita perlukan tindakan segera.
“Saya hubungi beberapa menteri, waktu itu ramai bercuti. Jadi saya nak cadangkan menteri kalau nak pegi bercuti, jangan semuanya longgok bulan 12.
“Bahagi-bahagi cuti di bulan satu, dua dan sebagainya. Kalau di hujung tahun semua tiga perempat menteri nak bercuti di luar negara, bila berlaku sesuatu banjir seperti ini ia akan menimbulkan masalah, melambatkan tugas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi ucapan penggulungan perbahasan titah diraja oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat di sini, Khamis.
Setuju Tan Sri..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam