Sabtu, 14 Mac 2015

Azmin Masih Mabuk Ice-Cream?


Patut ler blur..! masih mabuk lagi rupanya..!


Baca dan fahamkan...

Selangor tidak pernah diminta untuk menyerahkan tanah di bawah perjanjian utama penstrukturan air dengan Putrajaya, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Menterinya Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, Selangor hanya diminta memberikan akses kepada 26,000km paip kepada syarikat pengurusan air kerajaan persekutuan sebagai pajakan kepada badan cadangan kerajaan negeri yang bakal menguruskan industri air negeri itu.
"Persoalan tentang tanah membabitkan 26,000 km saluran paip bukan merupakan isu utama bagi pelaksanaan perjanjian utama penstrukturan air.
"Kenyataan menteri besar Selangor berhubung kedaulatan negeri itu terjejas kerana kerajaan persekutuan tetap mahu tanah bagi meletakkan 26,000km saluran paip di kawasan negeri itu amat mengelirukan dan membimbangkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Ongkili berkata Putrajaya masih komited memastikan kejayaan perjanjian penstrukturan semula air yang melibatkan 4 pihak iaitu kerajaan Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada 12 September tahun lepas.
Katanya, kementerian akan meneruskan berhubung dengan kerajaan Selangor termasuk mengadakan perbincangan dan menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk mempertimbangkan semula keputusannya pada Khamis depan.
"Surat itu juga meminta pertemuan di peringkat pegawai juga menteri dan menteri besar secepat mungkin," katanya.
Menyentuh mengenai isu pemilihan tanah, beliau berkata segala aset akan dipajak kepada operator perkhidmatan air (Air Selangor) selama 45 tahun dan sebaik saja tempoh matang, aset dan tanah berkaitan dipulangkan semula.
Ongkili juga mengulas persoalan sama ada Putrajaya akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi menyelesaikan isu tersebut atau tidak.
Beliau berkata ia merupakan salah satu pilihan tetapi ia merupakan kaedah terakhir apabila segala perundingan gagal dan kepentingan negara terjejas.
Katanya, tindakan perundangan juga merupakan pilihan apabila perjanjian awal yang ditandatangani antara pihak terbabit pada 1 Ogos, 2014 tidak dapat dilaksanakan.
"Bagaimanapun, kementerian yakin, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor dapat duduk bersama dan menolak perbezaan ke arah merealisasi perjanjian utama," katanya.
Habis nak pasang laluan paip tu kat mana? kat atas ponggong ko ke min?
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Untuk persekutuan, akta tanah, kerajaan ada hak tanpa prejudis... cuma kerajaan tidak pernah bersikap zalim waima tanah tol juga di beri ganti rugi...

    Azmin jokowi, kata omakkau...

    BalasPadam
  2. Azmin nak suruh melayu sapu bontot dengan tisu je ke pas memerut, mcm tuan besar dia?

    BalasPadam
  3. Kedaulatan negeri Selangor terjejas konon, kalau benda-benda maruah dan reputasi negeri rakyat Selangor takpalah pula sehinggakan nak bermenteribesarkan orang luar semasa krisis MB dulu.

    BalasPadam