Isnin, 23 Mac 2015

HUDUD ~ Kemana Sebenarnya..!


MCA dan Gerakan dah menyalak..! kini giliran komponen lain pula membuat salakan..!

MIC pada Ahad membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
"Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.
Di Sarawak sekor ni pun seperti biasa menyalak...
Tiada seorang pun daripada enam anggota Parlimen PRS yang di Sarawak akan menyokong hudud, kata Presidennya Tan Sri James Jemut Masing.

"Saya diberitahu hudud, antara lain, akan menentang Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 (1). Oleh itu, kita tidak akan menyokong mana-mana Rang Undang-Undang berkaitan hudud.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada enam ahli Parlimen saya bahawa ia adalah pendirian parti," katanya katanya dalam satu kenyataan, Ahad.
Perkara 5 (1) menyatakan: "Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

Masing berkata PRS "tidak ada masalah" dengan kerajaan Kelantan yang mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Walau bagaimanapun, jika dan apabila Rang Undang-Undang Hudud dibentangkan di Parlimen, Masing berkata beliau berharap ahli Parlimen "tidak akan dibahagikan mengikut agama".

"Jika tidak, kita memasuki ke dalam wilayah politik yang tidak diketahui. Bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, saya bimbang," katanya.

Daripada enam anggota Parlimen PRS, seorang daripadanya adalah ahli Kabinet, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Beluan.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum dari parti itu menolak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Sementara itu dilaporkan...
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara.
"Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum. Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.
Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program  Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi)  dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) di sini, Ahad.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Komponen dah menyalak sakan..! agak agak apa keputusan Najib..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: