Selasa, 10 Mac 2015

Gunakan Kuasa Pengguna Kita..!


Kita bakal ada pilihan..! 

Kisah siaran Astro yang sering kali terganggu ketika cuaca buruk seakan sudah menjadi benda biasa bagi pelanggan televisyen berbayar itu. Rungutan demi rungutan yang disuarakan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi.

Pengguna tiada pilihan, mahu tidak mahu terpaksa menerima hakikat tersebut meski pun membayar yuran langganan yang mahal dan Astro pula saban tahun terus menikmati laba keuntungan beratus juta ringit di sebalik kelemahan ketara itu.

Namun begitu berdasarkan perkembangan terbaru dari sumber yang boleh diyakini, sepertinya pelanggan sedia ada Astro bakal mempunyai pilihan lain dalam jangka waktu terdekat ini apabila program pendigitalan RTM giat dilaksanakan sekarang.

Program itu dikenali sebagai projek Angkasapuri Media City merupakan inisiatif untuk mentransformasi stesen penyiaran kerajaan yang akan membolehkan sistem penerimaan FTA format analog RTM digantikan secara automatik (Analogue-Switch-Off / ASO).

Dengan demikian siaran RTM akan disiarkan dalam format Penyiaran Televisyen Terrestial Digital (DTTB) di mana para pengguna akan mendapat 45 saluran tambahan berdefinisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Tiada sebarang kos tambahan yang perlu dibayar pengguna sebaliknya segala-galanya adalah percuma. Ia akan dipancarkan terus ke rumah melalui sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan oleh pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.

lebih menarik lagi, bermula Jun tahun ini hingga menjelang akhir 2017 seramai dua juta isi rumah yang menerima BR1M akan diberikan dekoder tersebut secara percuma.

Sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Lu fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Hhhhhmmmppppp... boleh percaya ke????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kalau BN yang bagi namanya "Rasuah", tapi kalau PR yang bagi, kita panggil "Sadaqah".

      Padam