Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah bermain politik dalam isu yang menyentuh kepentingan hidup rakyat..! Sokong atau tidak keselamatan rakyat tetap dipelihara..! Sokong pembangkang pun tetap kerajaan BN beri kemudahan kesihatan, jalanraya, sekolah, masjid, pasar dan banyak lagi yang tidak mampu kita hitung termasuklah air dan elektrik..!
Takde elektrik tentu Azmin teraba raba kegelapan didalam tandas tu..! Begitu juga la perlunya air kepada kelestarian hidup rakyat..! Air bukan isu politik..! Air isu hidup..! Takde air boleh mati beb..!
Jangan berpolitik la dalam kesejahteraan hidup rakyat..! Yang jelas mempolitikkan air ni puak pembangkang..! dari Anwar Aljub, Azmin, Stopa, BahlolAmin dan ramai lagi memang suka dan sengaja mempolitikkan air..! terutama air mereka sendiri!!!
Tak gitu?
Kerajaan Persekutuan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha melaksanakan penstrukturan industri bekalan air di negeri itu.
Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan kerajaan pusat tidak pernah melanggar sebarang prinsip perjanjian dalam isu itu, sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang berhubung isu air di Selangor.
"Kita tidak pernah tambah sebarang terma baru...itu semua politik (dakwaan Azmin). Mereka tidak baca secara tertib definisi aset yang meliputi tanah," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, Selasa.
Ongkili menjelaskan dua aset tanah yang terlibat dalam perjanjian utama penstrukturan industri bekalan air Selangor iaitu Semenyih dan Bukit Nanas merupakan milik kerajaan persekutuan.
Katanya ini berdasarkan semakan semula dengan pesuruhjaya tanah yang mendapati kedua-dua aset itu dimiliki Kerajaan Persekutuan dan tidak sah untuk diguna pakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (PASSB).
"Kerajaan akui tidak menyedari status kedua-dua aset ini sebelum perjanjian utama ditandatangani pada 12 Sept tahun lalu kerana difahamkan ia milik kerajaan negeri (Selangor)," jelas Ongkili.
Beliau berkata perjanjian pajakan antara PAAB dan PASSB menjelaskan aset serta tanah itu akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ia diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat," katanya.
Ongkili berkata, justeru kedua-dua pihak perlu meneliti semula inti pati perjanjian utama dalam menyelesaikan masalah itu serta mengemukakan sebarang isu berbangkit pada pertemuan selanjutnya.
"Sebelum ini tiada pertemuan antara saya dan Menteri Besar Selangor, (Azmin Ali), sebaliknya hanya perbincangan dengan pegawai khas. Maka kaedah perbincangan selepas ini perlu terperinci walaupun lebih 32 pertemuan diatur bagi menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Mulai sekarang jika berlaku ketiadaan air, penduduk selangor yg terlibat beramai ramai serbu rumah axmin utk makan minum, mandi hadas, basuh berak kencing dll//
BalasPadam