Sabtu, 28 Mac 2015

Siasat Siapa Di Dalam JPA Yang Sabotaj Kerajaan BN..!


Ini yang Menteri kena perhatikan..! ini yang war room kena buat..! siasat dan atasi masaalah..! bukan hanya tahu merungkai dan mencipta masaalah..! war room apa namanya tu kalau saban hari setiap masaalah tidak pernah selesai MALAH semakin bertambah..!

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.
Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.
"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?
"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.
Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.
"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.
Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.
"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. - MalaysiaGazette
Ini jelas kerja sabotaj..! keputusan ini bakal menyebabkan kerajaan Barisan Nasional bankcrupt..!
Kerja siapa ni..! hanya komunis yang buat kerja ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

26 ulasan:

  1. Memang 3 sebab je.
    1. Memang kerajaan terdesak sangat takde duit. Nak beli jet ada pulak duit.
    2. JPA bodoh dan takde budi bicara dan timbangrasa.
    3. Nak bagi orang marah, lepas tu undi jatuhkan kerajaan. Sabotaj le namanya.

    Bukan MAS pun problem sama jugak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai dah tak ada modal ke selain jet? Buka la mata.

      Padam
  2. Saya simpati dengan mereka, cuma kalau tengok istilah kontrak dalam kamus dewan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa punya simpati kalau macam tu?

      Lagi pun kalau sampai 50 000 tak disambung, masalah jelas pada kerajaan.

      Padam
    2. Wdah kebiasaan mak tolong lipat kain. Dah besar harapkan keajaiban kontrak diserap jadi tetap. Nak tau kontrak, pulun la plan A ke plan B ke. Asyik nak mengharap, tak survival langsung...

      Padam
  3. alah kecik nyer pisau! nak potong kertas pun tak makan tuh!

    BalasPadam
  4. Pegawai tinggi kerajaan kebanyakan keturunan mamak!!!!....melayu mudah lupa....ingat punca kerajaan melaka jatuh kerana APA!!!!!!

    BalasPadam
  5. Saya cadangkan gaji pegawai2 kerajaan diambil 5% untuk tampong gaji pegawai awam ini bagi satu tempoh yg tertentu. Dgn ini kita tidak perlu tamatkan khidmat mereka dan kita juga mendapat ganjaran pahala. Puasa pun dah nak dekat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potong gaji kau sorang je la. Kami tak nak sebab kami tau ramai kalangan kontrak ni anti kerajaan. Kerja hari hari maki kerajaan, lepas tu terhegeh hegeh nak kerja dgn kerajaan. Bila kontrak tak sambung tuduh kerajaan zalim. Banyak lagi cara lain nak dapat pahala.

      Padam
  6. Siasat sama samada di kalangan mereka tu menentang dasar Kerajaan ataupun tidak. Kekalkan kakitangan yang mendokong dasar-dasar Kerajaan untuk dilaksanakan sebab para penentang tegar akan menjadi duri dalam daging dan racun dalam perkhidmatan awam dan setiap dasar yang akan dilaksanakan Kerajaan akan disabotaj dari dalam. Nak tengok langit tu tinggi ke rendah bagi mereka dari spesis ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  7. Keputusan jpa adalah tepat..cuma boleh dipertimbangkan mereka yg ada kualiti dan etika kerja yg baik saja. Ramai yg jenis biawak hidup. Masuk lambat, punch pagi lepas tu hilang. Membazir bayar gaji. Ada yg jawatan tinggi. Lepas tu tuntut jawatan tetap. Kontrok ni utk tempoh tertentu saja. Sambung kontrak atau serap mereka yg ada kualiti dan etika kerja yg baik. Bukan main ambil secara semberono. Yg biawak hidup boleh belah.

    BalasPadam
  8. Sokong. Yg berkualiti saja ambil. Yg jenis biawak boleh belah.

    BalasPadam
  9. Tempat kerja aku ada seorang. Jawatan gred 52. Kerja hampeh. Balik selalu awal. Urusan anak sekolah lah, pergi klinik gigi lah. Keluar tengahari tak balik balik. Berapa jam pi klinik.? Satu bulan sampai 5, 6 kali klinik...urusan anak? Pastu mintak sambung kontrak, tuntut hak kononnya. Jabatan aku bg kontrak kat dia 2 tahun dah patut bersyukur. Kerja goyang kaki. Gaji masuk tiap tiap bulan. Camtu aku pun nak...kerja macam nak mampus.

    BalasPadam
  10. Masa mohon kerja dulupun dah tahu kontrek. Patutnya fikir-fikirkanlah untuk cari jawatan tetap atau kerja lain. Dah bagi peluang berkhidmat berpuluh tahun sepatutnya bersyukurlah.

    BalasPadam
  11. Ramai jugak pekerja kontrak dari kategori kumpulan sokongan dan pegawai yang hari hari maki kerajaan, berdemo. Pada masa yg sama terhegeh hegeh nak kerja dengan kerajaan. Bila kontrak tak sambung kata kerajaan zalim, kerajaan muflis kononnya. Kepala hotak dia.

    BalasPadam
  12. Kita lihat segi kesesuaian :-

    1. Keperluan dahulu dan sekarang pekerja kontrak awam. Mereka dalam kategori mana. Jika iktisas, sumbangan mereka yang mungkin sudah berlapik dengan yang tetap. Mereka, biasa nya sudah stabil dan sudah capai umur wajib bersara. Mereka mesti di keluarkan.

    2. Keperluan kepada khidmat sokongan juga mesti mengikut kategori. Cuma peringkat rendah dan biasa, mereka ini memang perlukan bantuan kerajaan untuk menyambung sara hidup. 50,000 orang satu jumlah yang boleh sahaja meruntuhkan kerajaan dan menghuru-harakan negara. JPA mesti bersikap rasional dan prihatin.

    3. Sememang nya terlalu ramai "pembangkang" dalam kerajaan. Untuk mengenali mereka, mesti sahaja melalui perlakuan dan peti undi di setiap kawasan majoriti k/tangan kerajaan. Kenapa Husam boleh mendapat undi yang begitu banyak ? Masih leka ? "War room" apa yang tidak tahu guna risikan, strategi dan kemudian menggempur ?

    Betul kata Putra Merdeka. Saya rasa kerajaan masih punya kemampuan membayar gaji dan elaun perkerja. Malaysia masih berupaya dalam semua keadaan kecemasan. Cuma hutang negara tidak semesti nya mesti di imbangi dengan pelupusan perbelanjaan kerajaan dalam bajet tahunan yang sudah di luluskan. Kadangkala keperluan lain yang mesti di selaraskan mengikut keutamaan dalam kerangka penangguhan.

    BalasPadam
  13. Yang mana kakitangan kontrak disyaki penyokong banduan jubo dan geng kahak hijau aku sokong buang!!!!!come on lah jpa....aku tengok mat mat Kelantan yang banyak korang ambil.....daripada korang ambil orang Kelantan baik korang orang yahudi terus.....sama je!!!!

    BalasPadam
  14. semua pekerja kontrak berharap diserap ke jawatan tetap. Sekarang jawatan tetap JPA yang ditawarkan melalui SPA nisbah 1:100. Susah nak dapat, kena pakai kabel. Yang xde orang dalam penat menunggu. Kerja kilang dan swasta setiap lima tahun tukar pengurusan... kalau nak kerja kena terima gaji basic balik, kalau tak boleh belah kerja lain. Jadi perihatinlah pada mereka yang menerima nasib malang. Hidup di malaysia sekarang memang high demand kos semakin tinggi.

    BalasPadam
  15. Memang kerajaan prihatin nasib mereka. Sebab tu kerajaan, jpa lanjut kontrak. Masalahnya ada yg tak kenang budi, tak tau nak berterimakasih. Pekerja kontrak yg tahu berterimakasih, bersyukur dan ada etika kerja yg baik...in sha allah akan ada rezeki utk mereka.

    BalasPadam
  16. contoh kat putrajaya......mana husam musang dapat undi begitu banyak. faktor ore kito yang ramai. mulut mencerca....tangan menadah. manalah rezeki nak berkat. ade sekor jer ore kito kat atas.....habis satu kampong datang.......

    BalasPadam
  17. Tak ape..lim kit siang boleh offer jaga ladang babi, syaratnya masuk DAP.

    Anak lembam pun boleh kerja.

    BalasPadam
  18. Pi mintak kerja dengan rapizi ke, tian chua ke, latheefa koyak ke....kat sana ada kerja kosong secara sambilan. Nak full time pun bole. Tukang demo setiap sabtu depan sogo. Gaji lumayan.

    BalasPadam
  19. Saya cadangkan kerajaan kurangkan jawatan menteri cabinet yg dah berlebihan..terlalu ramai menteri cabinet berbanding jumlah penduduk...selain tu pemandu, permata dan mcm lagi tu tak perlu diwujudkan...kurangkan kos perbelanjaan jabatan perdana menteri dulu sebelum nak pecat org bawahan gaji yg tak sebeberapa tu..kesian mcm mana mereka yg nak tanggung hutang bank..selain tu kurangkan pekerja asing sebab pekerja asing berlebihan membuatkan gaji pekerja rakyat Malaysia sendiri tak naik ...sebab dah berlebihan tenaga kerja asing disemua sektor sedangkan kos hidup semakin tinggi...bukan semua Melayu malas kerja ...kadang gaji tak setimpal dengan kos sara hidup pada zaman gst nie...ramai anak muda sekarang berminat buat part time utk tambah income . Sye sendiri dikelingi kenalan yg tak ambil cuti...sambung part time Sabtu ahad ..untuk tambah income tampung kos hidup yg tinggi tali gaji tak naik nie...sekian terima kadih

    BalasPadam
  20. Harap goverment tukar semula umur bersara kepada yg asal...tukar ke 55semula...bagi lah ruang pada yg muda utk bekerja dlm ekonomi gawat nie...berlegar2 anak muda membawa segulung ijazah...

    BalasPadam