Rabu, 25 Mac 2015

Harga Rokok TIDAK Naik..!


Kenyataan palsu..! Laporan Polis sudah pun dibuat..!

KUALA LUMPUR: Syarikat tembakau British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini menafi menyebarkan senarai harga baharu rokok jenama syarikat itu seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam. Senarai terbabit turut disahkan sebagai palsu.

Susulan itu juga, pihak BAT Malaysia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

“Kami menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan senarai harga yang palsu ini,” kata BAT Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.


BAT Malaysia ditubuhkan sejak 3 November 1999 hasil gabungan kerjasama Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Berhad dan Malaysian Tobacco Company Berhad.

Produk tembakau daripada BAT Malaysia adalah termasuk jenama antarabangsa seperti DUNHILL, KENT, PALL MALL dan Peter Stuyvesant.


Rakyat yang hisap rokok ni berjuta..! perokok tegar ni juga merupakan pembayar cukai tegar..! tapi jangan la tegar sangat menjerat kocek mereka..!

Dah la mereka di downgredkan menjadi citizen class ke 2 apabila berada di tengah tengah masyarakat tapi mereka masih boleh terima cuma bab duit ni jangan la..! cukup cukup ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Kalu betul2 naik 30 rm sbtg pon lgi aku sokong.fatwa dah kata haram.ini hukum fiq.Pak serban pun ramai yg sedut.kesian cikgu disiplin disek.Halang ank murid hisap rokok balik bapak
    Dia ajar sebaliknya.cikgu disiplin pon ramai perokok tegar.sbb tu kerja tak berkat...langgar hukum fikah

    BalasPadam
  2. semua yg memudaratkan mcm rokok ni naiklah byk mana pun..berpuluh juta jugak orang sokong. Klu najib blh tarik subsidi gula untuk kesihatan..rokok yg lebih memudaratkan sepatutnya gst 60%..sebab ia betul2 menyusahkan bukan perokok spt kami!!!

    BalasPadam