Isnin, 11 Mei 2015

Jawatan Ahmad Maslan Akan Di Ganti?


Betul ke kali ni..! lama sangat dah cerita ni..! namun lama berlegar di kalangan rakyat marhaien ajer..! 

Jawatan Lantikan Umno Bakal Diisi Pemimpin Baharu

Ahmad Maslan
PETALING JAYA: Kritikan terhadap kenyataan pihak tertentu berkaitan isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikhabarkan memberi kesan kepada Umno apabila parti itu dikatakan merancang untuk menstruktur semula pentadbirannya.
Sebagai permulaan, perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan.
Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media.
Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.
"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi perkara itu pernah dibincangkan beberapa pihak, bagaimanapun perkembangan terkini  menyebabkan timbul semula spekulasi berhubung perubahan jawatan tertentu dalam Umno.
"Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno pada Isnin.
Kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini.
Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi.
"Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai," katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Simpati ngan Mad Maslan. Dia seorang yg rajin dan baik. Kecelaruan GST adalah peniaga yg x ikut garis panduan. Juga JKDM sebagai agen pelaksana yang kurang komitted dlm memberi penerangan mantap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer ceta bab kurang komitted JKDM skt! Baru nak warning sykt guna tax invoice tulis tangan henti sblm akhir April, dah PakMenteri kat Sept. Baru nak prbetul TELCO dah dimalukan bulat2. Ttg mana x komitted.

      Padam
  2. Letak lah binawe mana pun tapi selagi Najib masih memimpin, rakyat tak lama lagi akan makan dedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. letaklah binawe mana pun. orang macam kamu khasnya pembangang tak akan puas hati punya. apasal lu ada untung ka????

      Padam
    2. Memangla 6 sen disapu kat atm sekali keluar,

      Apa bangang sangat gomen, semua nak kebas..

      Lain tahun entah2 naik 12 sen.

      Padam
    3. Zaman najib , tahi ajer yang turun .

      Padam
  3. GST Itu Memang Baik Tapi Cara Persediaan dan Perlaksanaan serta Penguatkuasaan Yang tidak berkesan dimana peniaga menaikan barang cara sesuka hati. Kalau Rasa Belum bersedia dengan kakitangan untuk memantau peniaga-peniaga dalam melaksanakan GST lebih baik tak payah buat dulu itu adalah lebih baik daripada kerjaan di tuduh dengan bermacam-macam perkara buruk.

    BalasPadam
  4. Bila nak turun harga PREPAID KAD NI.

    PENIPU MENTERI NI..

    KASTAM SURUH TURUN.

    MENTERI PENIPU TAK MAU PULAK..

    MANYAK TIPU PUNYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukai keparat kpd telco tak cukup, hutang menteri banyak sangat kot..

      Padam