Khamis, 26 November 2020

Bajet 2021 ~ Titah Tuanku Atau Perintah Aku..!

Hari ini sekali kita sebagai warganegara Malaysia akan bersama mencipta sejarah negara. Sejarah sama ada Bajet 2021 yang telah dibentangkan akan lulus atau sebaliknya. 

Jika lulus pasti bersejarah kerana dalam keadaan politik yang amat tidak stabil namun lulus, ianya merupakan satu manifestasi kematangan politik para Ahli Parlimen yang sentiasa menjulang rakyat di masa yang sama tetap menjunjung Titah Tuanku Agung.

Sekiranya kandas bermakna ianya sejarah buat pertama kalinya bajet yang di bentangkan oleh kerajaan gagal dan pasti implikasi politiknya amat tinggi dengan kemungkinan perubahan  kepimpinan pentadbiran bersama tekanan yang memuncak hingga lah membawa kepada berlakunya PRU kelak.

Rakyat melihat secara dekat dan rapat. Itu sebab kita kata di awal tadi bahawa kita akan mencipta sejarah kerana ianya akan di lakukan oleh para MP yang rakyat pilih.


Kendatipun begitu, kita yakin bajet ini akan berjaya di luluskan. Rasionalnya ialah Bajet yang baik tentu akan di sokong dan di bantu. Kalau tidak masakan Agung minta ianya di luluskan. 

Kalau ada perubahan di sana sini, mudah bagi kerajaan yang di wakili oleh Menteri Kewangan untuk mengumumkan sesuatu di dalam penggulungan beliau nanti. Apa masaalah?

Rakyat percaya ramai MP kita yang waras dan rasional dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih utama dari kepentingan peribadi mereka sendiri.

Ahli Parlimen sebegini boleh kita iktiraf sebagai negarawan yang sentiasa menjunjung sumpah taat setia mereka tatkala di ikrarkan di dalam dewan yang mulia setelah menang mewakili rakyat dari kawasan pilihanraya masing masing.


Seperkara lagi yang kita semua maklum, ada juga sebilangan MP yang di ketuai oleh bekas banduan yang telah dan sedang rancak mengadakan rundingan menentang seterusnya berusaha menggagalkan. Puak ini juga tidak boleh di pandang ringan kerana sehingga semalam pertemuan demi pertemuan, sembang dan gerakan cukup ligat di dalam pasaran.

Neraca pertimbangan mereka ialah agenda peribadi mesti diletakkan di depan. DAP tentu melihat dan menyokong sambil tersenyum dan bertepuk tangan. 

Tidak heran tiba tiba Anwar dan Najib boleh jalan seiringan sambil berpegangan tangan. New Norm sekarang ini mana ada yang pelik bin ajaib. Tiada yang mustahil. Semuanya boleh asal matlamat tercapai. 

Apa perlu lagi DAP ke depan kalau dah ada melayu yang rela menghulur tengkuk dan tangan. Dalam bab ini Melayu memang tak pernah lupa untuk merangka dan menggerakkan jentera. Tengok ajer para machai sederap buat kerja. Melakukan apa yang dewa mereka pinta. Berkokok la konon atas nama rakyat tapi sebenarnya rakyat lah yang sedang diratah dan tak pernah cukup untuk mereka telan dan makan.

tunggang menunggang membawa bencana..!

Rupanya bukan covid ajer ada kluster, MP pun berminat juga. Kalau yang bertanggungjawab tadi di gelar negarawan dan yang berkepentingan diri  pula ialah team banduan maka yang berikutnya juga ialah pasukan MP sasauwan.

MP sasauwan ni ialah mereka yang akan mengambil sikap berkecuali. Berkecuali untuk apa? Sedangkan meluluskan bajet ialah memilih untuk menyokong benda baik untuk rakyat dan negara. Di mana pulak sebagai Ahli Parlimen boleh berkecuali? Tak ke sasau namanya..!

Berkecuali bermakna tidak menyokong. Tidak menyokong ialah adik beradik menentang. Jadi apa peranan dan fungsi mereka untuk kesejahteraan rakyat dan negara?

Rakyat akan mengenal pasti siapa MP yang menentang dan berkecuali kerana ini lah tika dan saatnya untuk rakyat menilai sejauh mana wakil rakyat yang mereka pilih benar benar membela nasib rakyat demi kesejahteraan negara. 

Bagi rakyat wakil rakyat sebegini tidak akan ada tempat untuk kita kekalkan di dalam dewan yang mulia di dalam pilihanraya yang akan datang. Kita sebagai rakyat bukan bodoh dan tidak akan membenarkan MP bodoh untuk menentukan untung nasib kita serta hala tuju negara. Tak ke gila? 


Doa...mudah mudahan diberikan kemudahan dan dijayakan urusan Bajet 2021. 

Bukan soal kita tak minat Midin sembab, bukan soal kita benci semburit. Bukan soal katak seperti MP bunga PBBM. Mereka semua akan kita tentang apabila tiba masanya. Apabila tiba pilihanraya. 

Kematangan perlu untuk meletakkan kita layak sebagai pemimpin. Kebijaksaan perlu untuk membolehkan kita terus membela rakyat dan mentadbir negara. 

Ada akal pakai, ada bijak bukan memandai, ada maruah jangan pulak kita gadai. Pilihanraya hanya di hujung corner, sabar, atur langkah dan khidmat lah kepada masyarakat. Apa yang susah?

Susah kerana ada niat lain, susah kerana nak menyeleweng dan menipu, susah kerana berkepentingan diri dengan puak sendiri. Susah kerana sombong bongkak, ego dan merasa diri hebat dan perlu sentiasa di puja puji.

PRU yang lalu UMNO/BN dah di tolak kerana sikap itu la. Kenapa tak belajar belajar? Atau memang benak kerana dah terlebih dedak..!

Agung dan bertitah. Junjung la. Kalau dah Ahli Parlimen tak reti menjunjung titah bermakna Ahli Parlimen itu sedang menurut perintah. 

Tak perlu terjerit pekik marah kan DAP, Hindraf dan yang sekutu dengannya kalau memang mewarisi sikap hina si pengkhianat kitol dan mandaliar yang mengalir di dalam darah.

Siapa lebih ramai? Negarawan? Banduan? atau Sasauwan?

Lu Fikir La Sendiri..!

4 ulasan:

  1. Terlalu wow..jangan lah menghina seseorang.memburukkan orang..menghentam orang...sejahat najib seburuk anwar,ada juga sumbangan pada Negara.kamu..apo sumbangan..
    Dalam islam,mencercakan orang tak diajar oleh Nabi kesayangan Kita..jangan Tanam kan kebencian..
    Semoga Kita tidak tergolong dalam kelompok yang merugikan Kita diakhirat nanti

    BalasPadam
  2. HARI HARI TERAKHIR PN BERANTAKAN
    BELAKANG PAKATAN DALANG B'SEMBUNYI
    MINGGU NI TAMAT LAH RIWAYAT PAKATAN
    HUJUNG NYAWA KESEORANGAN YG SUNYI


    DEPA SEMUA NAMPAK JER MELAYU
    PERASAN HEBAT LEBIH KUAH DARI SUDU
    COMANGO PLURAL DEPA YG JAJA SELALU
    ANGKARA PEMIMPIN DUNGU KUDA KAYU


    DEPA SEMUA NAMPAK JER MELAYU
    PERASAN HEBAT LEBIH KUAH DARI SUDU
    COMANGO PLURAL DEPA YG JAJA SELALU
    ANGKARA PEMIMPIN DUNGU KUDA KAYU


    RASA SUNYI SEPI SEORANG DIRI
    MENYALAK SAKAN PETANG PAGI & SENJA
    GAME KALI INI TAK BERAPA MENJADI
    DOLU PH TUMBANG SKG PN LINGKUP JUGA KIKIKI..!!


    SAAT YANG DI NANTIKAN TIBA AKHIRNYA
    KITA TENGOK MUKA SAPA YANG KENAA
    ACAH2 POWER KERJA DALANG KUDA TUA
    KARMA SUMPAH LAKNAT TIBA MASANYA


    MUNGKIN KAH NEGARA TENTERA AMBIL KUASA
    ADU DOMNA DALANG KUDA TUA SUDAH PUN OVER
    KUASA RAJA PULANG KE GAGANG JUA AKHIRNYA
    INILAH BUMI PENUH KEROMAH AKHIR ZAMAN YG DIJANJIKAN NYER

    BalasPadam
  3. DARURATKAH MALAYSIA PETANG INI?

    Jika tiada sebarang halangan, pengundian peirngkat dasar Belanjawan 2021 akan diadakan petang ini.

    Ia dijadualkan selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan penggulungan pada jam 2.00 petang.

    Dua kemungkinan akan berlaku dalam pengundian petang ini – Belanjawan 2021 diluluskan atau ditolak.

    Sama ada ditolak atau diluluskan, ia banyak bergantung kepada intipati penggulungan oleh Tengku Zafrul nanti.

    Sebagaimana disebut dalam perbahasan sebelum ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan, blok pembangkang hanya akan memberi sokongan terhadap belanjawan jika beberapa syarat yang dituntut dipenuhi oleh kerajaan.

    Saya ulangg..!!

    Syarat yang diminta ialah pengeluaran KWSP maksimum RM10 ribu, lanjutan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi, pembatalan dana RM85.5 juta untuk Jasa serta RM8.5 juta untuk NGO politik, Penggerak Komuniti Negara.

    BalasPadam