Rabu, 18 November 2020

Nazri Tunjuk Jantan..!

 

Sebagai bekas Menteri yang pernah menjawat Menteri undang undang pasti Nazri mempunyai asas untuk menyatakan pendirian beliau. Rakyat yang waras sebenarnya setuju dengan pandangan Nazri ni..

Tindakan mahkamah "melayan" pihak yang mencabar keputusan Yang di-pertuan Agong menolak cadangan perisytiharan darurat bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nazri Aziz (BN- Padang Rengas) berkata, keputusan Agong menolak nasihat supaya darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 adalah tepat dan betul.

"Keputusan Agong adalah keputusan tepat dan betul kerana apa yang dilakukan oleh baginda merupakan kuasa yang diberikan kepada baginda untuk berbuat demikian di bawah Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan).

"Agong mempunyai kuasa budi bicara di bawah Perkara 158, iaitu jika mana-mana dalam hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif tak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Tiada mahkamah boleh melayan.


"Mahkamah sepatutnya straight away (terus), yang mempertikai Agong sepatutnya awal-awal ditolak," katanya ketika berbahas di parlimen, hari ini.

Pada 30 Okt lalu, seorang peguam memfailkan saman pemula berhubung keputusan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Saman itu difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.

Melalui saman pemula itu, plaintif antara lain menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri atau kabinet menasihatkan sebaliknya.

Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Plaintif turut menuntut relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah tanpa sebarang perintah kos.

Nazri berkata negara tidak perlu mengisytiharkan darurat bagi menghadapi penularan wabak Covid-19.

Jelasnya, tidak hanya Malaysia berdepan dengan pandemik itu, bahkan seluruh dunia menghadapi situasi sama.

"Bagi saya kita tak perlu ada darurat, Malaysia bukan satu negara (saja) hadapi Covid-19, bahkan seluruh dunia.

"Jadi maknanya mungkin ada satu dua negara dalam dunia mengisytihar darurat yang mencatatkan satu hari berpuluh ribu (kes positif) seperti Sepanyol," katanya. sumber

Masih ada yang waras..kita doa lebih ramai lagi Ahli Parlimen kita yang masih waras, beras dan keras..!

Keras apa?

Lu Fikir La Sendiri..!

1 ulasan:

  1. Dedahkan, siapakah sebenarnya di belakang peguam bangang ini..?

    Siapa Yang Berada Di Belakang Syed Iskandar? ...( link kat bawah ni haahh baca dan bukak bijik mata beso2.... )

    http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/syed-iskandar-saman-agong-untuk-atoq.html?m=1

    Tindakan Syed Iskandar untuk memfailkan saman pemula untuk mencabar kuasa SPB YDP Agong bukanlah satu tindakan yang kecil atau remeh.

    Betul, ini bukan pertama kali tindakan yang hampir sama pernah berlaku di Malaysia, malah mahkamah mempunyai 2 'precedent' untuk dijadikan sebagai rujukan.

    Syed Iskandar bukanlah mantan Peguam Negara atau mantan Ketua Hakim Negara, beliau hanyalah seorang peguam biasa atau pengamal undang-undang biasa sahaja.

    Kalau hendak dibandingkan kerjaya guaman Syed Iskandar dengan kerjaya peguam tersohor seperti TS Shafie Abdullah, adalah ibarat langit dan bumi.

    Mengapa peguam yang langsung tidak terkenal seperti Syed Iskandar begitu berani mencabar kuasa SPB YDP Agong.

    BalasPadam