Selasa, 17 November 2020

Gelang Pink ~ Tunggu Dulu..!

 

Jangan melompat dulu..!

Dua lelaki warga asing dipakai gelang merah jambu bagi mengelak mereka keluar dari sebuah tapak pembinaan di ibu kota selepas ujian saringan dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki terbabit antara 264 pekerja tapak binaan yang disaring Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, walaupun dipakaikan gelang merah jambu mereka masih boleh bergerak di dalam tapak pembinaan berkenaan.

"Mereka berada di dalam kawasan tapak pembinaan dan dipakaikan gelang kerana warga asing untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak pembinaan. 

"Namun, mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan awam dan bukan saringan kontak rapat," katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, pemaju sudah diminta untuk memastikan semua yang disaring berada dalam kawasan tapak bina. 

Katanya, selain itu, dua pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari. 

Beliau berkata, pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja disinfeksi dan pada Jumaat dan Ahad lalu pemaju memberhentikan operasi buat sementara waktu kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh pada Ahad lalu.

"Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina dan menetap di luar tapak bina. Terdapat kontak rapat seramai lapan orang kini dikuarantin selama 14 hari sehingga Jumaat ini," katanya.

Tular di FB semalam gambar dan video pekerja warga asing di sebuah tapak binaan yang bebas bekerja walaupun memakai gelang merah jambu.

Penularan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai susulan peningkatan kes mendadak sejak akhir-akhir ini.

sumber

Negative la yer..!

Sebab sekarang ni ramai yang cepat melatah..! cepat melompat..! terutama machai tuhan politik yang sakit hati dengan team Tan Sri DG dan frontliner.

Kenapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan