Rabu, 25 November 2020

Demam Lagi Pak Aji Ni..!

 

Benda busuk mana boleh sorok..!

Saya beri amaran berkait Jho Low, 1MDB kepada bos, kata bekas pegawai Goldman

Bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng meminta kes rasuah asing terhadapnya digugurkan kerana beliau “memberi amaran” kepada bank itu tidak berurusan dengan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho.

Ng, yang berkata beliau memberitahu Goldman, Low “tidak boleh dipercayai”, berdepan perbicaraan tahun depan atas tuduhan rasuah dan konspirasi pengubahan wang.

Dia didakwa membantu bekas perdana menteri, Najib Razak dan individu lain menyeleweng sekurang-kurangnya AS$2.7 bilion daripada 1MDB. Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, didakwa mendalangi skandal itu.

Dalam pemfailan sepanjang 126 halaman, Ng berkata, AS tiada urusan mendakwanya kerana jenayah itu didakwa dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata, bekas bosnya, Tim Leissner, bekas pegawai bank Goldman yang bersetuju untuk mengaku bersalah dan memberi keterangan terhadapnya, sebenarnya ialah tumpuan dalam skandal itu kerana dia akhirnya meyakinkan bank terbabit untuk berurusan dengan Low.

Seawal Mac 2010, Ng “memberi amaran secara khusus” kepada pihak atasannya di Goldman untuk “berhati-hati berurusan dengan Low,” kata peguam bela, Marc Agnifilo dalam pemfailan itu.

“Amaran Ng dikongsi dengan tahap tertinggi bahagian undang-undang dan pematuhan syarikat itu. Syarikat itu tidak mendengarnya.”

Jurucakap Goldman, Maeve DuVally, peguam Leissner, Henry Mazurek dan John Marzulli, jurucakap untuk pemangku Peguam Negara AS, Seth DuCharme di Brooklyn, New York, yang mengendalikan pendakwaan kes itu, enggan mengulas pemfailan itu.

Low, yang menafikan terbabit dalam kesalahan itu, dianggap orang buruan dan didakwa tanpa hadir di Malaysia serta AS atas tuduhan pengubahan wang dan kesalahan lain.

Goldman bersetuju membayar penalti berbilion dolar kepada Jabatan Kehakiman dan pihak berkuasa AS lain atas peranannya dalam skandal 1MDB, kes rasuah asing terbesar dalam sejarah penguatkuasaan AS.


‘Rakan bawa masuk perniagaan’

Ng mengakui dia yang mula memperkenalkan Low kepada bank itu, tetapi itu “pada awal 2009, ketika tiada orang ada alasan untuk mengenali Low menjalankan skim penipuan”.

Menjelang 2012, katanya, Leissner menjadi kontak utama Low dalam Goldman dan “rakan membawa masuk perniagaan” dan “lebih berkuasa”.

“Ia adalah Leissner, dan hanya Leissner, yang kemudiannya berbohong untuk Low, melindungi dan akhirnya menjadi penjenayah yang berkhidmat untuk Low sepenuhnya.”

Leissner, antara pegawai Goldman terkenal di Asia, mengakui bersubahat untuk pengubahan wang dan melanggar undang-undang anti-rasuah AS dengan mengambil bahagian dalam satu skim sogokan dari 2009 hingga 2014 untuk mendapatkan perniagaan 1MDB.

Dia dijadualkan memberi keterangan terhadap Ng dalam perbicaraan.

Dalam pemfailan itu, Agnifilo turut menyerang peruntukan “senyap” yang menurutnya dilaksanakan AS sebagai sebahagian perjanjian pendakwaan ditangguhkan berbilion dolar dengan Goldman.

Katanya, syarat itu bermakna mana-mana pegawai Goldman yang diberikan amaran oleh Ng mengenai Low kini “takut” memberitahu kebenarannya kerana bimbang perjanjian bank itu dengan AS dibatalkan.

Beliau berkata, peruntukan itu yang “dilaksanakan atas budi bicara kerajaan, memastikan tiada kakitangan Goldman akan bercanggah dengan naratif kerajaan berkaitan salah laku Goldman – termasuk dakwaan salah laku Ng yang dihadapinya”.

Agnifilo berkata, “ini menimbulkan isu perlembagaan dalam kes ini” dengan menghalang penggunaan saksi oleh Ng dalam pembelaannya.

Ng, yang dibebaskan dengan pertukaran bon AS$20 juta, dijadual dibicarakan pada Mac depan.    sumber

Banyak lagi benda yang telah, sedang dan akan terus terbongkar weii..! Mana nak nyorok..!

Lu Fikir La Sendiri..!



2 ulasan:

  1. Aik, sampai sekarang tak dpt tangkap Jho Low ke? Modal kitar semula ke apa ni? Terdesak da ke?

    BalasPadam
  2. Jho Low, Nik Faisal sah tak jumpa Justo pulak lari keluar negara.

    Justo selesai bertemu Petugas Khas 1MDB
    Mei 24, 2018 @ 1:50pm cnews@nstp.com.my

    Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB konon nak membantu sesangat siasatan berkaitan kes 1MDB. Ini masa atok jadi PM

    Tun sebagai Perdana Menteri PH telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, lantikan Tun "IGP Datuk Abdul Hamid Bador."

    Bila PH tertebuk muka atok sendiri Justo lari ke luar negara. Ini soalan klise si samdol tu buat apa..!?

    PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018. Pada 20 Mei 2018 Justo pergi rumah PM ketika itu, Mahathir. Power tak power Justo dijemput boleh mai rumah PM kunun nak bantu kes 1MDB. (link kat bawah ni siap gambar Justo kat umah atok lagi bak hang..!!)

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428083/justo-jumpa-tun-m

    Bila PH melingkup saja tiba tiba media melaporkan Justo telah pun melarikan diri keluar dari negara Malaysia.

    https://www.malaysiakini.com/news/513440

    Pelik, kenapa Justo gelabah tetek semacam?
    Justo dipenjara di Thailand pada 2015 kerana memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi bagi mendedahkan data sensitif. Justo membocorkan data itu kepada Sarawak Report dan Edge Media Group, mendorong siasatan oleh pelbagai negara berhubung berbilion dana kekayaan berdaulat, 1MDB.

    https://m.facebook.com/258225534929961/posts/1mdb-ph-tumbang-justo-larijusto-melarikan-diri-dari-malaysiasebaik-saja-ph-tumba/709859709766539/

    Dalam masa 66 hari lepas 20 Disember 2019 Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib. Sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

    “Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas 66 hari saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh. (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu. “Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku (link kat bawah ni haah)

    https://m.malaysiakini.com/news/525381

    Lagi link sumpah laknat bossku selepas 66 hari sumpah laknat PH melingkup masuk longkang

    https://m.facebook.com/jinggo.fotopage/photos/a.1760013514225579/2976861539207431/?type=3

    Semua harga sudah naik cuma harga 'maruah' diri rakyat Malaysia makin turun sudah hampir 22 tahun 22 bulan lama nya..!!!

    Rakyat tak lagi mudah diperdaya seperti sblom PRU 14. Kisah Jho Lo dah jadi bahan lawak rakyat. Lebih parah lagi kes ini memalu dan merendahkan 'maruah' dan harga diri PDRM. Kalau Jho Lo dah ubah wajah macam beruang, Justo jadi apa pulak yer..!! Lu fikir lah sindri

    Mungkinkan Aljazeera boleh bantu negara mengesan dimana Justo berada sekarang ini.?

    BalasPadam