Ahad, 15 November 2020

HOT ~ Akhirnya Tiong Bintulu Ikut Petua Kawin Lebih Dari Satu..!

 


Memang mudah memaafkan tapi sukar untuk ramai orang melupakan..! 

Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf susulan kenyataannya mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, permohonan maaf itu bagi memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara.

"Saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.

"Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

"Saya hanya berniat untuk membahas soal Covid-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 

"Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu," katanya.

Tiong ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 menimbulkan kekecohan dewan apabila mendakwa "DG takut mati."

Beliau dengan lantang mengatakan Dr Noor Hisham tidak berani turun ke Sabah, tatkala negeri itu mengalami kesan paling teruk akibat gelombang ketiga Covid-19.

Dakwaan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen bangkit membantah kenyataan itu, yang disifatkan sebagai penghinaan kepada Dr Noor Hisham dan barisan hadapan.

sumber

The damage was done..!

Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Dia ni dah memang cina kaya, jadinya rasa sombong dan riak tu memang dah sebati. Akhirnya dah kiri kanan hentam, terpaksalah putar belit.

    BalasPadam
  2. JASA = Jaga Abah Sama Azmin@Atok..!! RM 85 juta wo...

    BalasPadam