Macam macam cara puak yang mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan mutakhir ini.
Di beritakan..
Tawaran pelik di musim pandemik! Bayar yuran keahlian, boleh pilih 1 daripada 15 bantuan kewangan - “NGO apa gitu?”
Baca lanjut di sini.
Kerajaan kena pantau dan ambil tindakan ke atas NGO yang bertopengkan kebajikan namun sebenarnya mengambil kesempatan dengan menekan rakyat yang dalam kesusahan untuk keuntungan mereka.
Cukup cukup la rakyat susah sekarang ni, ambil tindakan dan hentikan penipuan.
Ini pun satu, apabila Kerajaan kata nak membuka peluang pekerjaan warga asing maka diberitakan di Dhaka sebok warga Bangladesh nak datang ke Malaysia.
Kerajaan jangan sesekali mengutamakan warga asing berbanding warganegara yang masih lagi memerlukan pembelaan. Sudah lebih 800 ribu orang kehilangan pekerjaan. Keutamaan mesti diberikan kepada rakyat kita yang hilang mata pencarian.
Kalau dalam isu pemberian bantuan pun ada yang nak mengambil kesempatan, tentunya pihak berwajib mempunyai keutamaan dalam mempastikan rakyat kitalah yang mesti diberikan perhatian.
Ini semua kerja agen warga asing yang tak sabar sabar nak memerah darah, keringat dan air mata dalam mengaut keuntungan. P.Ramlee dah ajar dah, niaga orang lebih kaya dari niaga unta..! WOW..!
Banyak dah kita kena jual..!
Apa? Lu Fikir La Sendiri..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan