Isnin, 16 November 2020

Third Wave Generation Tuntut Ebit Lew Bertanding Parlimen..!

 


Bukan sahaja manusia yang kesusahan malah haiwan pun tidak dilupakan untuk di bantu..! Baik rakyat mahu pun agensi kerajaan semuanya merasa pembelaan yang beliau lakukan..!

Pendakwah terkena, Ebit Lew menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ini terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayuran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Menerusi status bergambar yang sama, Ebit turut berkongsi pengalamannya mengunjungi tempat berkenaan.

“Dulu saya sampai sini masa darjah satu. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan kepada anak haiwan-haiwan di sini,” katanya.

Pada masa sama, Ebit turut memaklumkan bahawa orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi pihak Zoo Negara.

“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO (Badan bukan kerajaan) sahaja.

"Jadi, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” katanya. sumber

Rakyat perlukan susuk tubuh yang bekerja membantu rakyat..! Bukan mencekik duit rakyat untuk memenuhi tembolok masing masing..! Rakyat mahukan pemimpin peka..! bukan pekak..!

Mungkinkah akan terbentuk satu gagasan baru di mana rakyat yang meluat kepada pemimpin kedua dua parti akan memilih pihak ke-3. Pihak bebas yang tidak mewakili mana mana parti tapi dikenali dan dipercayai mampu membela nasib rakyat.

Zaman media baru ni bukan susah nak berkempen. Netizen di Malaysia telah berjaya membuktikan sebelum ini kuasa viral. Dalam banyak isu apabila ianya di viralkan pasti akan ada keputusan yang memihak kepada netizen.

Berani?

Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Ebiet Liew elok kena bertanding di Port Dickson atau Langkawi...


    kikikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di PD lg baik. Dkt kampong halaman. Pasti ramai sokong

      Padam