Isnin, 2 November 2020

Sidang Dewan Rakyat ~ Bingung Atau Taat Titah Agong..!



Hari ini sidang dewan bermula, apakah ada rasional di kalangan Ahli Parlimen dalam menjunjung titah YDPA..?

Apakah berjaya urusan yang dirangka dari langkah Sheraton ke langkah Hilton semalam?

Kita tunggu..!

Menarik untuk berkongsi pandangan...

Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat di negara ini.
Pelbagai justifikasi dan ulasan dibuat oleh pihak yang berkenaan berhubung keputusan "tiada keperluan mengisytiharkan darurat" itu termasuk menyifatkan titah Seri Paduka tersebut sebagai bercanggah dengan Perkara 40.
Keputusan Al-Sultan Abdullah yang disambut baik pelbagai pihak demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, turut membawa kepada tindakan perundangan oleh seorang peguam yang memfailkan saman pemula pada 30 Oktober, memohon pentafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung budi bicara Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat seperti yang dinasihati Perdana Menteri bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Perkara 40 (1) secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagai mana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
Persoalannya, dalam hal proklamasi darurat menurut Perkara 150, perlukah Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri?
Jelasnya, "puas hati Yang di-Pertuan Agong" itu ialah pengecualian yang dibenarkan menurut Perkara 40(1) kerana Jemaah Menteri atau seseorang menteri tidak boleh menentukan kepuasan hati Seri Paduka terhadap kewujudan mana-mana satu keadaan berkenaan melainkan Seri Paduka sendiri.
Bagaimanapun, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong masih boleh menimbang aspek kewajaran sebelum membuat proklamasi darurat sekalipun baginda "berpuas hati" wujud satu daripada dua keadaan tersebut.
"Dalam hal berkaitan proklamasi darurat, nasihat di bawah Perkara 40(1) tidak terpakai, maka Jemaah Menteri atau perdana menteri hanya boleh membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong," jelasnya.
"Pemeliharaan prerogatif dalam Perkara 150 penting kerana darurat mengabsahkan suatu keadaan serta perjalanan sistem perundangan di luar amalan biasa. Justeru, kuasa itu perlu dikekalkan dalam prerogatif Seri Paduka," katanya yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Undang-Undang Perlembagaan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, Perkara 150(8) memastikan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah, bertujuan melindungi prerogatif Seri Paduka agar baginda dapat melaksanakan tanggungjawab secara adil.
Wan Ahmad Fauzi juga berpendapat, Al-Sultan Abdullah telah memperhalusi cadangan Perdana Menteri itu sebaik-baiknya dengan memanfaatkan semua saluran yang ada termasuk mengadakan mesyuarat khas Raja-raja Melayu.
sumber
Faham?
Lu Fikir La Sendiri..!

1 ulasan:

  1. HARI INI BERMULA PERSIDANGAN
    MAKIN PANAS DAN HANGAT SEHARIAN
    NASIHAT AGONG JANGAN DILUPAKAN
    RAKYAT MEMERHATI BUAT PENILAIAN


    DENGAR NASIHAT AGONG ITU AMANATNYA
    PENILAIAN DIBUAT BERDASAR KRITERIA
    PERUT DIDULUKAN ATAU RAKYAT DIUTAMA
    PENYOKONG DAN WALAUN JGN TERKINJA2

    BalasPadam