Sabtu, 21 November 2020

Masakan Pokok Bergoyang..!


Pecah dah parti PAN - Amanah ni..!

Apa jadi dalam Amanah?

Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah di Selangor beralih arah ke PKR di Selangor mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar dalam parti itu.

Perkara itu dikatakan mempunyai kaitan, jika tidak pun pergolakan dalaman, dengan isu hala tuju parti sama ada cenderung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Pengerusi Parti Pejuang Tanah Dr Mahathir Mohamad.

Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.

Mohamad enggan mengulas lanjut manakala Mahathir pula berkata ia cuma “pertemuan biasa antara rakan”.

Tambahan lagi pertemuan itu berlaku selepas Tengku Razaleigh mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas Anwar mempersembahkan dokumen sokongan bagi membentuk kerajaan baru.

Seorang pemimpin PKR Selangor memberitahu Malaysiakini, tindakan pemimpin kanan Amanah yang dilihat pantas membela Mahathir ketika diserang tetapi “perlahan” ketika Anwar berdepan perkara sama membuatkan rasa tidak selesa sesetengah anggota dan pemimpinnya.

Perkara itu, dakwanya, antara sebab yang membawa kepada peralihan arah Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak Ahmad Mustain Othman kepada PKR.

Bagaimanapun, dalam kes Mustain, katanya, agak berbeza apabila dia dikatakan menjadi mangsa spekulasi dan dakwaan pro-Perikatan Nasional (PN).

“Tapi Mustain (tetap) dengan PH. Sebab lepas dipecat dia pergi ke PKR, bukan Bersatu,” katanya.

Selepas Fakhrulrazi dan Mustain... 

Pemerhati melihat dilema itu sebelum ini tidak menjadi isu memandangkan Mahathir dan Anwar sama-sama berada dalam satu gabungan.

Sumber-sumber Amanah memberitahu Malaysiakini, kepimpinan parti itu sekarang tidak menutup terus pintu kepada Mahathir, walaupun komited dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar.

Bagaimanapun, pihak dalam Amanah yang dilihat rapat dengan Anwar pula dikatakan lebih selesa membuka lembaran baru tanpa Mahathir.

Dilema inilah yang dikatakan menyebabkan Fakhrulrazi dan Adun Sabak Ahmad Mustain memilih PKR sebagai parti baru.

Selain mereka, dua lagi wakil rakyat Amanah - Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib (bawah) - turut dikaitkan dengan spekulasi itu tetapi menafikannya.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada terdapat lagi beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya yang akan beralih arah ke PKR.

Naib Presiden Amanah, Husam Musa pada September lalu turut dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Amanah dan menyertai PKR tetapi dia menafikan perkara itu.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin Amanah yang dihubungi Malaysiakini memberikan reaksi berbeza susulan konflik parti itu. 

Seorang pemimpin kanan parti serpihan PAS itu memberitahu tiada pergolakan dalaman, tetapi cuma dalam isu pendekatan politik.

"Tiada masalah dalaman dalam Amanah. Hanya ada (pihak) yang nak paksa Amanah pilih Anwar dan tolak Mahathir. 

"Amanah merasakan walaupun kita pilih Anwar tak semestinya kita tolak atau serang Mahathir. Kita serang PN," kata seorang pemimpin kanan Amanah kepada Malaysiakini

Permintaan dalaman

Dia mendedahkan terdapat permintaan dalaman supaya mereka bersikap lebih keras terhadap Mahathir yang kini membentuk blok bebas bersama Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal.

"Maka pihak yang nak cuba paksa kami tolak dan serang Mahathir, timbulkan kekeliruan di kalangan ahli, dengan menuduh Amanah pro-Mahathir. 

"Sedangkan kami pro-Anwar tetapi tidak anti Mahathir. Kita anti-PN kerana kami pembangkang dan PN kerajaan," katanya lagi. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin (atas), pula berkata tiada konflik dalaman kerana ketetapan telah dibuat.

"Sejujurnya tiada. Kepimpinan Amanah di peringkat nasional sebulat suara dengan pendirian memperkukuhkan PH dan Anwar," katanya. 

Turut senada, Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

"Sekiranya ada alasan yang mengatakan Amanah berbeza pandangan berkaitan pencalonan PM, Amanah telah tegaskan daripada awal, pilihan parti adalah Anwar. 

"Sokongan ini telah pun diberikan di hadapan Yang di-Pertuan Agong semasa Langkah Sheraton dan sejurus pengumuman oleh Anwar 23 September lalu," katanya lagi. 

Pendirian sama turut dinyatakan oleh anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Malaysiakini telah menghubungi Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan masih menunggu maklum balas mereka. sumber

Abang Mat cuma nak sebut ayat lama Aljuburi tu kot..!

Kan dia yang mulakan dulu..!

Lu Fikir la Sendiri..!


2 ulasan:

  1. Kenyataan terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kegagalan PH untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan Persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN).

    Dr. Mahathir berkata, gerakan menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diusahakan blok pembangkang dan kem Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersetuju untuk turut serta.

    Namun, katanya, Anwar tidak membenarkan penyertaan Pejuang dalam gerakan tersebut yang mana sebelum itu dicadangkan Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan sebelum melepaskannya kepada Anwar.

    Kau orang nilai sendiri lah betapa terdesak nya atok pada 25.11.2020

    The judgment day

    BalasPadam
  2. Pokok tak bergoyang, SD yang sedang bergoyang

    Anwar diam diam giat kumpul SD menjelang 25.11.2020

    Jangan lupa bawa sekali SD Raja Goyang...

    kikikikk...!!

    https://gemilangdaily.com/raja-goyang-dedah-dalang-disebalik-tuduhan-liwat-terkini/

    Dalang SD sudah goyang yangg yangg!!

    Fakta link dalang sudah goyang

    Link bawah tajuk Perdana Mentri... seperti biasa bukan salah saya

    http://chedet.cc/?p=3260

    entri tu dalangnya sudah goyang

    BalasPadam