Ahad, 29 November 2020

Zahid Potong Mail Sabri Tang Corner..!

 

Tup tup Zahid buat kenyataan..

Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota Umno tidak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.

Presiden Umno berkata kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara perdana menteri.

"Oleh yang demikian, spekulasi, tafsiran atau sebarang analisis mengenai jawatan timbalan perdana menteri tidak harus dibincangkan secara umum walaupun memang diakui ada dibincangkan dalam mesyuarat parti. Hak pelantikan itu adalah hak perdana menteri.

"Mana-mana parti boleh meminta tetapi jauhkanlah daripada mendesak kerana kita harus menghormati kuasa yang ada di tangan perdana menteri," kata Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk selepas bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Kopi Atan Deris di Jeti Hutan Melintang di Bagan Datuk, hari ini.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dalam satu temu bual eksklusif bersama sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata isu jawatan timbalan perdana menteri untuk diisi pemimpin Umno akan dibangkitkan semula sebaik Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat selesai.

Ismail Sabri berkata pada masa ini tiada pemimpin Umno diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet, melainkan satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau, meskipun Umno memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional.

-Bernama

Tetiba Mail pulak yang kebulor..! Mail pulak yang ketagih..! Tak nampak pulak Mail sign mana mana surat menolak PN. Tak pulak keluar surat Mail sign sokongan kepada Al Juburi macam kat atas tu.

Ini namanya seni dwi lobang...asal ada jalan dia telan. Akhirnya tertelan kapor barus..! Ishhh..jangan cakap macam tu kat Presideng. Mr Presideng orang kashaf..! shaff..shaff..!

Betul? Lu Fikir La Sendiri..!

9 ulasan:

  1. Surat yg kat atas kenapa macam kertas tisu jamban ajer???
    Betul ke tu?...

    BalasPadam
  2. Bersatu tgh deal dgn umno...
    Mungkin Zahid dan Najib serta semua pemimpin umno akan di dapati tidak bersalah atau digugurkan pertuduhan....
    Tapi umno mungkin kena byr harga yg sgt tinggi...iaitu memberi Betsatu lebih kerusi dlm pru15 nanti...

    BalasPadam
  3. Bersatu akan hilang hala tuju dan kompas mereka bila atok dah tiada lagi di dunia ini..
    Masa tu sudah pasti Bersatu akan berkubur...
    Atok sedang mengatur Bersatu dari jauh/luar.....Mudin hanyalah boneka dan mereka ni sedang berlakon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ingat muhyidin bodo mcm anuor? Dengan najib pun dia boleh kena tipu. Last2 mendapat dia menjadi ketua pembangkang paling bodo.kahkahkah

      Padam
  4. Undi belah bagi pertama Kerajaan 105 undi Pembangang 95 undi. Tanda tanda Bang Non melingkup hanyut ke laut dalam makin jelas.

    Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

    Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.

    Hasil daripada keputusan undian belah bahagi tersebut, sebanyak 105 ahli parlimen kerajaan menyokong peruntukan tersebut dan hanya 95 sahaja daripada pembangkang yang menentang.

    Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

    Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ingat belanjawan ni untuk seronok seronok? Bagi menang dulu lepas tu lawan? Menipu je.

      Padam
  5. Sebelum pengundian dijalankan pada hari ini, Mat Sabu berteriak kata akan ada 25 kali lagi undi belah bahagi.

    Semasa Yang Dipertua Dewan Rakyat umum keputusan pengundian 107 vs 95, Mat Sabu terus menyampuk dan berkata, “kalah 27:0 pun tak apa.” Eh eh... hairan pula, kalau tak kisah kalah, kenapa Mat Sabu tidak minta undi belah bahagi pada Khamis lalu? Apa beza kalah ‘27:0’ dengan kalah 28:0?��

    Pada Khamis lalu, di depan mata saya, saya melihat Lim Guan Eng menarik tangan jirannya Mat Sabu yang ingin bangun membantah Belanjawan 2021 Peringkat Dasar dan selepas itu terus duduk.

    Kalau tidak kerana Mat Sabu dan Salahuddin Ayub, pasti cukup 15 orang MP untuk membolehkan proses undi belah bahagi pada hari itu.

    Kesimpulannya, tak payahlah bersandiwara selepas episod memalukan pada Khamis lalu. Jangan membantah semata-mata mahu tunjuk wayang kepada penyokong PH! Pada pengundi kawasan sekelian PRU 15 nanti dah boleh buat pertimbangan sewajarnya.

    Lu fikir lah sendiri

    Wee Ka Siong

    BalasPadam
  6. Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir termasuk MP PejWang.

    Ia menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa.

    Hari ini seorang ahli parlimen Warisan memberitahu Malaysiakini, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan. Alasannya, mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

    MP Warisan dan PrjWang sepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara “menghantar isyarat” kepada Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan (PH).

    “Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang".

    Haahhh tepokkkk..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang jho lo 1mdb a.k.a Penyamun banduan 42juta datang undi tak?

      Padam