Selasa, 17 November 2020

PANAS ~ Anwar Akhirnya Akui Pengkhianatan Berlaku..!

 

Macam mengata diri sendiri pun ada jugak tu..! Menarik untuk difahami..

Sesiapa sahaja boleh melakukan pengkhianatan terhadap termasuklah pemimpin tertinggi parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, pengkhianatan terhadap mana-mana parti boleh berlaku dalam semua sejarah perjuangan termasuklah dalam perjuangannya dalam partinya.

“Kalau Timbalan Presiden UMNO pun macam itu jugak, kalau Timbalan Presiden Pas pun macam itu juga (mungkin berlaku pengkhianatan).

“Persoalannya tidak kira siapa, ini bukan soal peribadi tanya untuk apa, khianat yang bagaimana. Apa yang mereka rebut dan lihat kehidupan dan kekayaan seseorang itu,” katanya merujuk kepada pengkhianatan bekas orang kanannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Anwar kalau auta...terpusing dunia ni, tak heran lah sekarang partner in crime pun menyokong..!

Anwar berkata demikian dalam program khas MalaysiaGazette, Owh!MG yang disiarkan pada Ahad lalu.

Mohamed Azmin bertindak meninggalkan PKR pada Februari lalu bersama-sama 10 lagi ahli Parlimen parti itu yang kemudiannya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perbentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Mohamed Azmin ketika itu adalah orang nombor dua parti yang memegang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Justeru, Anwar berharap agar pengundi boleh menilai perbuatan khianat itu yang dilakukan orang kepercayaannya sebelum ini.

“Semua ini orang boleh buat penilaian. Jangan pandang enteng kebijaksanaan rakyat, mereka mungkin tidak akan bicara lantang tapi saya yakin orang akan faham,” katanya.


Dalam pada itu, Anwar berkata, pelbagai punca boleh difikirkan mengenai pengkhianatan yang dihadapinya sepanjang perjalanan poltiknya.

Umpan kekayaan, ugutan dan sudah mencampakkan prinsip perjuangan antara yang beliau dakwa menyebabkan mereka sanggup melakukan pengkhianatan tersebut.

“Biasalah, orang ini kadang-kadang pertahankan prinsip, kadang-kadang cari makan, kalah kerana ugutan. Ada yang kuat sampai masuk penjara tapi keluar terbalik 180 darjah turn over (berubah).

“Yang keduanya daripada tidak ada duit di tepi jalan, sekarang naratifnya berubah bila dapat imbuhan dengan rumah, kereta dia berubah tapi tidak hairan dalam sejarah Pas pun berapa presidennya yang keluar parti, berapa timbalan presiden parti yang keluar parti,” katanya lagi. 

– sumber


Hakikatnya rakyat melihat dan menilai kelakuan setiap orang politik. Sebagai contoh rakyat masih menyanjung tinggi UMNO dan Barisan Nasional tapi rakyat tidak boleh lagi menerima jenis kepimpinan yang berada di dalam nya yang menyebabkan parti berjasa ini di tolak dalam PRU 14 yang lalu.

Makanya UMNO dan Barisan Nasional serta parti komponen perlu membersihkan parti mereka dari anasir perosak yang sememangnya jelas telah menghancurkan parti.

Buang pemimpin yang menunggang parti. Singkirkan pemimpin yang berkepentingan diri yang diangkat julang oleh para pemakan dedak mereka selama ini. Ketepikan politik dewa yang terbukti memakan diri dan parti. 

Tinggalkan pemimpin yang menongkat langit. Pemimpin yang tidak langsung memberi ruang dan peluang kepada muka baru untuk memimpin. Sekarang ni yang dah kalah teruk dalam PRU yang lalu pun masih terhegeh hegeh tersenyum sumbing menepuk meja mengatakan mereka lah sahaja yang boleh memimpin.

UMNO dan Barisan Nasional perlukan keberanian dan kebijaksanaan dalam mengatur langkah untuk menghadapi rakyat dalam PRU yang akan datang. 

Sesuaikan dengan norma baru, falsafah baru, akal budi baru yang jauh dari politik jenayah, kotor, hanyir dan murahan yang mengutamakan diri dan kroni.

Berani?

Lu Fikir La Sendiri..!

4 ulasan:

  1. Dia sedar tak yang dia sendiri pun boleh dikatakan mengkhianat dengan beralih arah mencari sokongan umno? Umno juga khianat kpd ahlinya dgn tiba2 sokong pembangkang?
    Dia sedar tak kalau dia pun boleh buat dgn bukti sokongan mp dari presiden umno dipersemvahkan kepada ydpa bermakna dia juga mengakui tindakan azmin juga tak salah.

    Balik cuci dulu konek tu dari menjubor baru boleh sembang la

    BalasPadam
  2. 25.11.2020 - INGAT TARIKH INI KETAT KETAT... HARI PENENTUAN (THE JUDGEMENT DAY)

    Terima Kasih Bossku... bukan atok kau..!!

    Apa Pun Presiden Kena Pastikan Pada 23.11.2020 Undian Untuk Kelulusan Budget 2021.

    Jika Kerajaan PN Miden GAGAL Tunaikan Tuntutan Rakyat Ini… HARAM Untuk MP BN Lepaskan Anjing Tersepit… Jangan Lupa Presiden..

    Jangan Lupa !!!

    Akhirnya Demi Survivor Politik, Muhyiddin Benarkan Pengeluaran KWSP, Terima Kasih Bossku, Terima Kasih BN

    Akhirnya, setelah mendapat tekanan dari rakyat dan berhadapan kemungkinan akan dimalukan di Parlimen ketika undian Bajet 2021 pada 25 November 2021 nanti, Muhyiddin terpaksa akur dengan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian dari simpanan mereka dari Akaun 1 KWSP. Pastikan kuda tunggangan atok tunduk melutut dengan permintaan rakyat atau dimalukan dengan undi tak percaya

    Terima Kasih Bossku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya... Akhirnya masuk jail 72 tahun denda 210 juta...

      Padam
    2. Macai kena kencing dgn bossku...patner in crime bossku da sah kan derma pak arab cuma auta bossku je...

      Padam