Sabtu, 7 November 2020

PKPB Semenanjung..???

 


Duk rumah weii.!

PKPB diperluas ke tujuh negeri kecuali Perlis, Pahang, Kelantan


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu hingga 6 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.

Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

"PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lu Fikir La Sendiri..!




1 ulasan:

  1. Kalau beberapa kerat org politaik dikarantinkan lepas prn sabah ikut sop, taklah kita semua tanggung akibatnya. Celaka punya lahanat

    BalasPadam