Selasa, 17 November 2020

KWSP ~ Tak Menang Semua, Tak Kalah Semua..!

 


Sekurang kurang pihak KWSP mendengar akhirnya apa yang di suarakan oleh rakyat. Kemahuan rakyat yang sedang meniti hidup susah sekarang ini boleh menarik nafas lega akan tercapainya keputusan terbaru KWSP ini.

Sebanyak 2 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka layak membuat pengeluaran Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang skopnya kini diperluaskan merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli-ahli yang layak dan permohonan boleh dibuat bermula bulan depan (Disember).

KWSP dalam kenyataannya memberitahu, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” kata KWSP.

Memperincikan kemudahan tersebut, KWSP berkata, secara umumnya ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan di mana caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. sumber

Sekarang kita tunggu pihak Bank setuju tak dengan penyambungan moratorium?

Ada yang nak letak syarat lagi ke?

Lu Fikir La Sendiri..!

5 ulasan:

  1. 23.11.2020 - Terima Kasih Bossku... bukan atok kau..!!

    KWSP dah tunduk desakkan Bossku

    Moratorium Bank wajib patuh desakan Bossku juga... jika Bajet mahu diluluskan...

    Tarikh tammat undi belah bagi pada 23.11.2020. Ingat jika tidak padah menanti dlm Bajet 2021

    Apa Pun Presiden Kena Pastikan Pada 23.11.2020 Undian Untuk Kelulusan Budget 2021.

    Jika Kerajaan PN Miden GAGAL Tunaikan Tuntutan Rakyat Ini… HARAM Untuk MP BN Lepaskan Anjing Tersepit… Jangan Lupa Presiden..

    Jangan Lupa !!!

    Akhirnya Demi Survivor Politik, Muhyiddin Benarkan Pengeluaran KWSP, Terima Kasih Bossku, Terima Kasih BN

    Akhirnya, setelah mendapat tekanan dari rakyat dan berhadapan kemungkinan akan dimalukan di Parlimen ketika undian Bajet 2021 pada 25 November 2021 nanti, Muhyiddin terpaksa akur dengan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian dari simpanan mereka dari Akaun 1 KWSP.

    Bank wajib patuh desakkan bossku


    Terima Kasih Bossku


    saya ulang..!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih BOSSKU. Terima kasih BN.

    Boleh jalan la Atok kau.

    BalasPadam
  3. EPF tu tak atok setuju sama dng kuda tungangan atok PM ke 8 pun tak setuju... desakkan bossku akhirnya kuda tunggangan atok setuju.... desakkan utk moratorium pula ...

    Terima kasih bossku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni semua berkat dato seri azmin yang akhirnya dapat berbincang dgn pm supaya pengeluaran epf dapat dibuat.
      Insyaallah bakal pm ni akan terus berusaha menyatukan gagasan melayu.
      Tindakan beliau selama ini adalah tepat supaya penyatuan politik melayi dibuat bersama umno.. malah presiden pkr sendiri pun akui secara tak langsung dengan berkoloborasi dengan presiden umno dan penasihat bn untuk bergabung sebagai kerajaan.
      Kata selama ini azmin pengkhianat tak benar sebab anuwar pun telah cuba berbuat demikian. Tahniah azmin.

      Padam