Khamis, 19 November 2020

ICERD ~ Kerajaan Tahu Batas Umat Islam..!


 Jutaan rakyat di seluruh negara berhimpun secara aman menolak ICERD..! Tarikh keramat 8 Disember 2018 menjadi saksi apabila bandaraya Kuala Lumpur sahaja mencipta perhimpunan hampir 1 juta orang..!

Malaysia mengekalkan pendirian menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, ia sekali gus kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan keputusan terdahulu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, katanya, Malaysia menyertai Statut Rom pada 4 Mac 2019, sebelum kerajaan PH memutuskan menarik balik penyertaan negara ini pada 5 April 2019.

"Lanjutan keputusan itu, Kementerian Luar mengemukakan surat penarikan penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selaku depositori bagi triti itu pada 29 April 2019.

"Pada 15 Mei 2019, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia dari Statut Rom yang berkuatkuasa pada 29 April 2019, iaitu tarikh surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom.

"Sehubungan itu, Malaysia sudah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai negara pihak kepada Statut Rom. Setakat hari ini, kerajaan masih mengekalkan pendirian yang dibuat oleh kerajaan yang lalu," katanya pada soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail (BN-Kuala Krau) menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), meminta Menteri Luar menyatakan kedudukan kerajaan terhadap isu Statut Rom dan kebarangkalian negara akan bersetuju menganggotai ICC pada masa yang terdekat.

Pada 6 April tahun lalu, Kabinet memutuskan Malaysia menarik diri daripada ICC kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu mengheret institusi raja menentang kerajaan.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata kerajaan PN tidak berhasrat menyertai ICC selaras dengan 'suara majoriti' rakyat.

"Kita akan memastikan tindakan kita berpandukan kepada apa yang majoriti rakyat Malaysia hendak," katanya. sumber

Jangan di jolok sarang tebuan..!

Umat Islam bukannya pengganas yang gemar berperang, tapi umat Islam bukan bacul yang lari dari medan perang..!

Cuba? Lu Fikir La Sendiri.!

2 ulasan:

  1. AMARAN BOSSKU BACAAN TALKIN KEPADA KERAJAAN PN (R.I.P MAHYUDDIN@TUN)

    'Kalau saya Menteri Kewangan, saya beri kata dua kepada KWSP', Ini soal hidup rakyat, bukan lagi pelaburan", tegas Najib.

    Najib Razak berkata tuntutan diperjuangkannya sejak awal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 itu tidak akan menjejaskan kelangsungan operasi KWSP.

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajar melihat tuntutan rakyat diperluaskan dari Akaun 1" kata Bossku.

    “Saya tak setuju pandangan CEO KWSP (Tunku Alizakri Alias), kalau kita benarkan pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 secara pukal KWSP akan terjejas.

    “Ini keadaan darurat, keadaan kritikal. Ini soal hidup rakyat bukan lagi perihal pelaburan,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk “Apa Kisah Belanjawan 2021” malam ini.

    Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, tuntutan diperjuangkannya sejak awal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 itu tidak akan menjejaskan kelangsungan operasi KWSP dan yakin Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memahami keperitan hidup rakyat ketika ini.

    Apakah syarat yang dikenakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Bajet 2021?

    Pertama, Perikatan Nasional mesti meluluskan permintaan untuk pencarum KWSP mengeluarkan secara 'one off' dari Akaun 1 mereka sebanyak RM10,000.

    Kedua, Perikatan Nasional mesti meluluskan pemberian moratorium pinjaman bank secara automatik kepada peminjam untuk tempuh 6 bulan mulai dari bulan Januari 2021.

    Mengapa Basrisan Nasional mengenakan syarat?

    Bukannya Barisan Nasional mahu menjadi popular tetapi memang itulah tugas wakil rakyat yang sudah lama dilupakan oleh kebanyakan Ahli Parlimen, membawa suara rakyat dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan.

    Apakah syarat Barisan Nasional ini akan membebankan kerajaan atau akan menambah jumlah defisit perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2021?

    Tidak, kerana yang akan dikeluarkan adalah duit simpanan pencarum dan bukannya dari dana kerajaan. Moratorium yang diminta tidak akan menghapuskan hutang peminjam bank cuma menangguhkan pungutan hutang. Itu saja..!!

    Apakah bank akan terbeban dengan moratorium yang diminta? Ya, tetapi kesannya sangat sedikit.

    Dalam dunia menghadapi pandemik Covid-19, ratusan ribu rakyat kehilangan punca pendapatan, walau keuntungan pihak bank merosot pihak bank masih mampu menjana keuntungan berbilion ringgit.

    Di kalangan rakyat pula bukan sahaja kehilangan perkerjaan, malah ada yang kereta dan rumah mereka sudah ditarik kerana gagal membayar balik pinjaman.

    Dulu bailout ratus billion syarikat anak dan kroni KWSP tidak bangkrap sama sekali.

    Jangan leka ayohh..!!Desak moratorium bank sekaranh hingga 25.11.2020 penentu kerajaan Muhyiddin@Tun harus dikuatkan lagi.

    Syarat kedua dari Bossku masih mendesak samada lulus atau tidak desak Mahyuddin lanjutkan moratorium bank...!!!

    Desak sampai tunduk sebelum 25.11.2020..!!

    Talkin akan dibacakan kepada Perikatan Nasional dan barisan kabinet mereka, manakala jenazah Perikatan Nasional pula akan dikebumikan di perkarangan Parlimen pada 25 November 2020 ini.

    Rest In Peace PN Muhyiddin@Tun

    Walau pun arwah PN banyak menyakitkan hati namun adalah juga jasa mereka kepada kita, muga damailah di sana. Amin

    Terima Kasih Bossku

    BalasPadam
  2. Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. Peranan Tokoh seperti Ambiga, Maria Chin, Siti Kasim, Marina Mahathir, Mariam Lee, Dr Farida COMANGO, G25, IFC di Malaysia.

    1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

    2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

    3. Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut.

    a. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR)

    b. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).

    c. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

    Link bawah kesan ICERD pada Negara

    https://www.editormalaysia.com/5376/

    Adakah Ambiga, Maria Chin, Siti Kasim, Marina Mahathir, Mariam Lee, COMANGO, G25, IFC

    Islam adalah islam, liberal adalah liberal. Walaupun Islam sentiasa boleh memposisikan kedudukannya di setiap zaman dan tempat, Islam tidak mungkin boleh berasimilasi dengan idea-idea yang bertentangan dengannya.

    Biarlah Indonesia sahaja yang menanggung azab liberalisme melalui Jaringan Islam Liberal (JIL), kita di Malaysia perlu mencegah sebelum parah.

    Beberapa komponen utama di dalam Liberalisme adalah,

    1. Sekularisme

    2. Kebebasan mutlak

    3. Rasionalisme

    4. Demokrasi Liberal

    5. Feminisme - Tokoh spt Ambiga, Maria Chin, Datin Paduka Marina Mahathir, Siti Kassim, dan lain-lain tokoh femenisme acuan Barat ini.

    6. Hermeneutik - pentafsiran kitab suci (al-Quran dan juga Bibble) dengan kaedah yang baharu, yang tidak terikat dengan mana-mana elemen. Para pendokong liberal ini sentiasa mengajak masyarakat supaya meninggalkan penafsiran alim-ulama muktabar spt Sahih Bukhari Muslim Imam Syafie Hambali Maliki dll.

    7. Pluralisme - pluralisme. Masyarakat diajak untuk ‘beriman’ bahawa setiap agama adalah sama dan serupa.

    link bawah tuntutan icerd

    http://gayapeneroka.blogspot.com/2018/11/dalam-isu-icerd-tuntutan-comango.html?m=1

    BalasPadam