Kasih yang bersemi, memutik cinta berahi, walaupun di awalnya cuba untuk di nafi namun persengkokolan mereka semakin intim dan terdedah juga membiakkan lebih banyak anak anak haram untuk membela tuhan politik mereka..!
Sampai bila rakyat negara ini mahu di hidangkan dengan politik kepentingan diri, politik dewa mendewa dan politik kroni.
Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan bekas perdana menteri Najib Razak senada dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam mempertikaikan kepincangan Belanjawan 2021.
Menjelaskan lanjut, Syed Badli berkata, inilah sebabnya dia "menempelak" tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika ahli parlimen Pekan itu berbahas isu belanjawan.
"Najib mewakili rakyat di kawasannya. Beliau senada dengan ketua pembangkang, Anwar yang turut mempertikaikan kepincangan dalam belanjawan.
"Pada saya, walaupun ahli parlimen daripada PKR, jika gagal memahami kedudukan semasa politik hari ini, maka tetap gagal memahami sentimen rakyat.
"Kegagalan itu hanya akan menyusahkan rakyat," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Dua hari lalu, pemimpin Pemuda PKR itu menggelar Maria (gambar, bawah)sebagai “bebal” kerana meninggalkan Dewan ketika Najib Razak berbahas.
Syed Badli turut menggesa Maria yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0 untuk meletakkan jawatan kerana tindakannya itu.
“Bebal apa laa YB seorang ni. Daripada kau walk out baik kau resign,” ciap Syed Badli di Twitternya.
Dia juga mencabar Maria supaya mengambil tindakan yang sama ketika bekas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) berucap di parlimen, khususnya ketika ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
"Saya cabar Maria untuk turut 'walk out' ketika Azmin, Zuraida, Muhyiddin dan semua pengkhianat berbahas," kata Syed Badli lagi.
Sebelum ini, Maria Chin menjelaskan dia keluar dewan sebagai tanda protes memandangkan Najib telah diputuskan bersalah atas kesalahan rasuah di mahkamah, namun masih diberikan ruang istimewa untuk membahaskan belanjawan.
Pada 29 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kepada Najib setelah mendapati dia bersalah atas tujuh kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta dana SRC International.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukumannya sementara menunggu keputusan rayuan Najib yang akan didengar di Mahkamah Rayuan 15 Feb tahun depan.
Sementara itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas perbahasan Najib di Dewan Rakyat berkata tidak pernah dalam sejarah negara seorang yang disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara menasihati kerajaan tentang soal pentadbiran negara.
Mahathir hari ini dilaporkan berkata tindakan itu menjadikan kedudukan Dewan Rakyat tercemar.
Walaupun ia dibenarkan undang-undang memandangkan Najib dalam proses rayuan, Mahathir berkata salah segi moral apabila dia dibenarkan berbahas di Dewan Rakyat.
“Najib seorang banduan. Tidak pernah dalam sejarah negara kita seorang banduan menasihat kerajaan bagaimana hendak memerintah negara.
“Di mana-mana juga dalam dunia ini kita tidak dapat seorang banduan yang dihukum dan dikenakan hukuman penjara, datang ke Dewan (Parlimen) dan menasihat kerajaan.
“Cuma Malaysia saja yang boleh berbangga bahawa banduan pun nasihat kerajaan," kata Mahathir seperti dipetik.
Takkan lah tiada lagi pemimpin UMNO yang bersih dan berkarisma.
Sebenarnya ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang layak untuk menerajui parti seterusnya mengemudi kepimpinan negara setelah UMNO dilihat bersih dan tidak terpalit dengan masaalah pemimpin kotor dan rosak di mata rakyat dengan memenangi PRU15 akan datang InsyaAllah.
UMNO/BN sebenarnya tak bersalah. Yang menyebabkan UMNO/BN menerima hukuman kerana adanya pemimpin dan para penjilat@machai yang tidak pernah peduli kepentingan parti atas dasar kepentingan peribadi.
Sampai bila UMNO nak bela biawak hidup?
Lu Fikir La Sendiri..!
Kebanyakan pencacai standard Lokman Adam, IQ lebih rendah dari lobak, KJ yang cakap...
BalasPadamsaja saja kopipes laman reformasi.
BalasPadamHaahh sblom baca kasi tepok kuat kuat.
kikiki..!!
SURAT UNTUK MAHATHIR.
Sudah-sudah la Mahathir.
lebih baik diam daripada terus dimaki dan dikeji.
Rakyat dah terlalu kenal siapa dia manusia yang bernama Tun Mahathir Mohamad.dulu betul nama hang diangkat dan dijulang sebagai negarawan hebat,tapi sekarang nama hang sudah jadi busuk disebabkan perangai buruk hang sendiri.
Hari ni keluar pula kenyataan dari mulut puaka hang, bahawa
‘Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis'..xdan apa-apa hang dah kata xmampu,awat atas dunia ni hang sorang saja mampu buat segalanya.
Apa masalah hang sebenarnya?
pasaipa hang xboleh hidup dalam keadaan tenang,bila dengar saja nama Anwar hang masti jadi macam orang sasau dan terlalu takut sanggt.hang ada sembunyi apa-apa ka?
Mahathir,umur hang ni sepatutnya pikiaq untuk perbanyakkan amalan untuk dibawa kesana nanti,bukannya dok kalut nak pelingkup negara dan mencari salah orang untuk kepentingan diri.
Mahathir,hang lupa ka atau hang xtaw yang manusia bernama Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik Asia,dan dia dipecat disebabkan manusia yang bernama Mahathir Mohamad rasa terancam kerana mungkin waktu itu Mahathir Mohamad ada lakukan kesalahan hingga terpaksa pecat dan membuat rancangan jahat untuk melindungi diri dan keluarga serta kroni dan mengunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan manusia bernama Anwar..
Mahathir sudah la,negara ni bukan hak milik manusia bernama Mahathir Mohamad.Hang sepatutnya sedar diri sikit,hari ni sokongan kat hang berapa saja yang ada.hang dah xbernilai lagi dah.hang kena ingat Mahathir,rosakknya negara hari ini disebabkan hang sendiri,hang satu-satunya manusia yang tidak mengenang budi dan lupa diri.
Hang perosak segalanya.hang dah letak jawatan sebagai PM,lepas tu hang salahkan orang lain.Hang gila ka?lepas tu hang dok kalut nak jd PM pula,hang gila jawatan...
Duduk di rumah diam-diam la Mahathir,Jangan menyusahkan rakyat.Simpan gila hang tu sikit Mahathir oiii.
Syauqi Sahimi
Alor Setar
14/11/2020
lepas baca tepok lagi satu kali
kikiki
Senang sangat nak persalahkan seseorang hanya dengan pendapat satu orang sahaja. Jadi bagilah peluang untuk mendapat lebih keadilan melalui mahkamah rayuan, persekutuan dan seterusnya.
BalasPadamKita pun telah diberitahu oleh bekas AG bahawa dia hendaklah memastikan DSN mestilah ditangkap dan dituduh di mahkamah. Selebihnya ada pihak yang akan uruskan.
Sebab itu, pada mula lagi kes DSN, hakim telah ditukar. Masa itu semua adalah dibawah telunjuk pktn hancing dari CJ, AG, SPRM, PDRM dll.
Ini diakui sendiri oleh tom tomato yang letak jawatan setelah pm7 dengan bodohnya letak jawatan. TT kata dia adalah lantikan politik.
Masa madeyy nak guna anwar, sanggup dia dapatkan pengampunan utk anwar kerana tanpa diampun, anwar tidak akan boleh berpolitik selama masa tertentu. Jadi janganlah cepat sangat jahat mulut, kau dah tua bangka.
Walau DSN dituduh dgn berbagai pertuduhan tapi dia tetap berani bersumpah laknat dgn nama Allah. Biarpun ramai yg pertikai sumpah laknat ini, sebagai orang beriman teguh dalam hati kecil, hanya pada MahaKuasa diserahkan segala2nya. Ini tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang lemah iman apatah lagi kafir. Yang pasti, semua akan diuji.
Ye.ye semua rakyat percaya dgn sumpah laknat beberapa kali yg dibuat oleh scammer najip. Tu yg sabit kesalahan 72tahun jail dan denda 210 juta setelah dihujah oleh para peguam dan para saksi yg bukan sorang.
PadamDulu blog PM ni stop sekejap....mungkin saluran dedak tak mengalir , bila dah mengalir mulalah jalankan propa . 'utk tajaan pemberi dedak pd PM misi utama semua Salah DS Najib... Najib.... Najib. macam perangai Atok je....ada hubungan Kerabat suku - sakat kot.... sendiri lu fikir lah!!
BalasPadam