Jazlan pun kalau tak kerana isu ini lama dah tenggelam dalam pasaran..! Tak pernah pulak kita dengar cerita Jazlan membantu Hasni di Johor menggerakkan jentera UMNO dan BN bersiap sedia menghadapi PRU yang akan datang.
Malah di Bahagian Pulai yang Jazlan menjadi Ketua Bahagiannya pun ahli UMNO kuat menggeleng kepala bila di tanya UMNO/BN boleh menang ke dalam PRU yang akan datang?
Siapa yang dah mati???
'Hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi.. Pedih kan?'
Dilabel sebagai tokoh yang sudah 'mati' dalam Umno, Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut.
Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas dengan kata-kata yang tidak kurang pedihnya.
Menjawab tempelakan yang ditujukan itu, Annuar berkata, apa yang penting baginya ialah mati sebagai seorang beragama Islam dan bersyukur jika ketika itu dia masih kekal sebagai ahli Umno.
Secara sinis, Annuar berkata, meskipun dituduh ‘mati’ di dalam Umno, setidak-tidaknya dia masih mampu menyumbangkan satu kerusi parlimen Umno, tidak seperti pihak lain yang hidup di negeri kuat Umno tetapi tidak menyumbang apa-apa kerusi buat parti.
“Ada yang kata saya dah mati dalam Umno. Kalau begitu, alhamdulillah. Yang penting saya mati dalam Islam, dan syukur jika saat itu saya kekal ahli Umno.
“Setidak-tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) untuk Umno.
"Ada yang hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi untuk Umno.
“Pedih kan? You ask for it! (Kamu yang minta!)” kata ahli parlimen Ketereh itu di Facebooknya.
Tak ada pilihan lain
Untuk rekod, pada penggal ini, Annuar tidak bertanding di mana-mana kerusi DUN namun pernah mewakili kawasan Peringat dan Kok Lanas di Kelantan, masing-masing pada 1986 dan 2004.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, sindiran itu dipercayai ditujukan buat Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang dilaporkan menganggap Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.
“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.
Nur Jazlan mengulas kenyataan Annuar - Umno dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam kelmarin - antara lain menyatakan segelintir ahli Umno lupa bahawa parti itu ialah parti yang kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.
Kata Annuar, Umno kini tidak mempunyai pilihan lain untuk bertanding dalam PRU akan datang kecuali bersama PAS sebagai sekutu ketika PAS tetap bertegas mahu bersama Bersatu sebagai rakan.
“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar (iaitu) Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam wawancara itu.
Untuk rekod, Nur Jazlan merupakan bekas ahli parlimen Pulai di Johor selama tiga penggal sebelum tewas kepada Salahuddin Ayub dari Amanah pada PRU lalu.
Ketika ini dia merupakan timbalan ketua Umno Johor.
Johor sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno-BN namun pada PRU lalu negeri itu tumbang ke tangan PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan juga Bersatu - parti serpihan Umno sendiri.
Namun, seiring dengan kejatuhan PH di pusat pada hujung Februari lalu kerana kerjasama PN, kerajaan Johor juga bertukar apabila Bersatu bekerjasama dengan Umno di negeri berkenaan.
Sejak PRU-14, Johor sudah mempunyai tiga orang menteri besar, dengan yang terbaru merupakan Adun Benut, Hasni Mohammad dari Umno.
Senak?
Lu Fikir La Sendiri..!
Saya rela digelar pengkhianat asal rakyat terbela dengan sumpah laknat dilafaz dolu karma bertarikh 25.11.2020 nanti maka berkuburlah kerajaan Mahyuddin@Tun
BalasPadamTiba tiba muncul citer Jho Lo di cybretrooper Tun@Jessy Reggey, The Edge (Milik bekas Phileo Allied kroni Anwar Samsidar), China South News( Kroni Counsel Eminant P*kimak) setiap hari bangkitkan cerita Jho Low
Bila minta polis bawak balik Nik Faisal dan Jho Low masa atok jadi PM liat nak mampos nak tangkap Jho Lo.
Lagi pelik Al Jazeera mampu interview Jho Lo lagi, Ketua Polis asyik bagi alasan itu ini hinggakan dah bertukar muka beruang bagai.
Aljazeera boleh wawancara Jho Lo versi Tun Mahathir menfitnah bossku. Malangnya polis Malaysia tak boleh buat apa apa pasal Jho Lo .
Rakyat boleh menilai konspirasi the separation of power oleh Tun. Masa mendiang Kevin Morais dibunuh dengan begitu kejam, Lim Kit Siang antara orang yang paling awal libatkan Morais dengan siasatan 1MDB siap kata ada pendrive dengan segala-gala maklumat kesalahan 1MDB.
(Kit Siang, mana pendrive itu? Najib dah lama tuntut.)
SPRM masa BN sudah berkali-kali menafikan Kevin Morais terlibat dalam kes SRC atau 1MDB.Walaun walaun unta sekelian tanggung lah dosa fitnah masing masing.
Kes bunuh syuhada Jalil Ibrahim dalam kes BMf pembunuh masih bebas dan mungkin sudah kaya raya 7 keturunan. Kes SRC pula bila penghakiman bersifat politik sentimen (link bawah ni haah)
https://m.facebook.com/HBT19/photos/a.107026960681130/368670927850064/?type=3
Sejak Bila Hakim Ulas Penggakiman Dengan Sentimen Politik ?
Hakim Nazlan Ni Dari Parti Petaka / Pejuwang AtokBuaya Kah? @ Dari Bersatu @ PKR @ DAP ? Jelas Sekali Komen Hakim Nazlan Sangat Bias / Berat Sebelah… Elok Nazlan Masuk Bertanding PRU15 Nanti.!!?
25.11.2020 tarikh Talkin akan dibacakan kepada Perikatan Nasional dan barisan kabinet mereka, manakala jenazah Perikatan Nasional pula akan dikebumikan di perkarangan Parlimen pada 25 November 2020 ini.
Dengan sumpah laknat dilafaz dolu karma bertarikh 25.11.2020 nanti maka berkuburlah kerajaan Mahyuddin@Tun
Rest In Peace PN Muhyiddin@Tun
Walau pun arwah PN banyak menyakitkan hati namun adalah juga jasa mereka kepada kita, muga damailah di sana. Amin
Terima Kasih Bossku
Pigidah..dgn pencacai boleh ar kau temberang...duit cukai kasi settle dulu la...
Padam