Ahad, 8 November 2020

Penderhaka Di Tahan Polis..!

 


Polis menahan seorang lelaki kerana menganggu dan menghalang tugas polis ketika membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, di sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di rumah berkenaan jam 3.30 petang.

"Serbuan itu dibuat berhubung siasatan satu kes bersabit Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Ketika serbuan dilakukan seorang lelaki berusia 24 tahun menganggu tugas polis dengan membuat rakaman video dan menyiarkan melalui siaran langsung di Facebook. 

"Selepas amaran diberi tidak diendahkan, kami menahan dan merampas telefon bimbit daripada lelaki itu kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Katanya, tangkapan dan rampasan itu dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, satu hantaran memaklumkan aktivis pelajar, Wong Yan Ke ditahan polis selepas merakam video ketika pihak polis membuat serbuan di rumah Yap Wen Qing, tular di media sosial, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Yap Wen Qing mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

sumber

Sudah la biadap dan mengajak rakyat menderhaka, mengganggu pula kerja dan urusan Polis..!

Negara tak memerlukan golongan yang menjadi pemecah belah dan mengganggu keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Lu Fikir La Sendiri..!

4 ulasan:

  1. Lucutkan kerakyatan si Bedebah ini ini kerana ini bukan kali pertama dia menunjukkan biadap dan tidak menghormati Perlembagaan dan Raja2 Melayu. Kenapa mesti berlembut dengan manusia yang khianat kepada negara ini? Beri dia one-way tiket ke China atau mana2 negara yang dia suka(kat Australia pun kaum ini dah dicurigai).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu yg derhaka kpd raja ok pula? Polis sikit pun tak sentuh. Mana lu olang punya logik. Akai ada ka?

      Padam
  2. jangan tunduk dgn bangsa celaka ni. ambil tindakan tegas. kami bangsa Melayu telah terlalu lama memendam perasaan dan sakit hati. hanya kesabaran menghalang kami

    BalasPadam
  3. Puak2 ini jika nakkan pingat kebesaran saperti dato pandai pulak menyembah hormat,pakai songkok,berbaju melayu!

    BalasPadam