Rabu, 25 November 2020

Siapa Tertelan Kapur Barus..!

 

Agak agak apa team kapur barus ni nak buat esok? Cukup bilang ke tidak? Namun masih ada masa untuk menghasut lagi ni.

Menteri, timbalan menteri BN sokong penuh kepimpinan Muhyiddin


Menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama oleh 20 anggota pentadbiran kerajaan itu, mereka menyifatkan negara memerlukan sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksana secara teratur dan tersusun ekoran pandemik COVID-19.
"Langkah pertama dalam membolehkan perkara ini dapat dicapai adalah dengan memastikan Belanjawan 2021 disokong dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Ini juga adalah selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menasihati Ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut anggota pentadbiran daripada BN mengambil maklum cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan oleh semua Ahli Parlimen BN berkenaan Belanjawan 2021 dan akan diambil kira untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa.
"Berdasarkan perkara yang dinyatakan ini, kami percaya rakan-rakan Ahli Parlimen BN yang lain akan turut serta memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 bagi memastikan perancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara dapat dilaksanakan sebaik mungkin," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, mereka berpendapat Pilihan Raya Umum perlu diadakan secepat mungkin sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan untuk memperoleh mandat rakyat yang jelas bagi memastikan kestabilan kerajaan yang lebih jitu.
"Sehingga itu, kami telah bersepakat untuk mengukuhkan kedudukan BN di dalam kerajaan sedia ada dan pada masa yang sama akan menyusun gerak kerja bagi memastikan BN menjadi suara terkuat di dalam kerajaan," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, satu mesyuarat telah diadakan bersama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memutuskan supaya ahli jemaah menteri dari BN mengadakan perjumpaan serta bermesyuarat secara lebih kerap.
Ini bagi mendapatkan panduan berkenaan pendirian dan dasar parti BN untuk disampaikan kepada jemaah menteri, kata kenyataan itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan bersama itu.
-- BERNAMA
Politik sampai ke lantai..! inilah bahananya..!
Kita tengok esok... Lu Fikir La Sendiri..!


4 ulasan:

  1. Adakah sumpah laknat bossku dolu mungkin esok hari ada lagi yang tertelan kapor barus..!?

    Dalam masa 66 hari lepas 20 Disember 2019 Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib.

    Sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

    “Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas 66 hari saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh.

    (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu. “Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku (link kat bawah ni haah)

    https://m.malaysiakini.com/news/525381

    Lagi link sumpah laknat bossku selepas 66 hari sumpah laknat PH melingkup masuk longkang

    https://m.facebook.com/jinggo.fotopage/photos/a.1760013514225579/2976861539207431/?type=3

    Semua harga sudah naik cuma harga 'maruah' diri rakyat Malaysia makin turun sudah hampir 22 tahun 22 bulan lama nya..!!!

    Nyawa masih onn lagi dah ada yang mandi kapor barus.. kikiki

    BalasPadam
  2. Awas! berlanjawan 2021 nanti akan menentukan siapa MP pada PRU15. Rakyat sedang mermehati. Rakyat dah jemu dan bosan.

    BalasPadam
  3. Saya rela jadi pengkhianat demi bela rakyat - Najib Tun Razak

    Seorang penganalisis sosiopolitik meramalkan bekas perdana menteri, Najib Razak dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan menjadi “pemenang terbesar” jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

    Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Najib akan mendakwa beliau bertindak atas kepentingan rakyat, manakala Anwar berpeluang mengubah kerajaan.

    Dalam perbahasan mengenai belanjawan, Najib menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran “one-off” sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium pinjaman dilanjutkan 6 bulan sebagai syarat untuk mendapat sokongan Barisan Nasional.

    “Beliau dan Umno akan mendakwa belanjawan ditolak kerana perjuangan mereka untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk rakyat.

    Kita tengok sapa yang kena telan kapor barus..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Declare pun jadi pengkhianat. Rosmah dan anak2 dah declare belum? Take time...

      Padam