Ahad, 29 November 2020

Bernafas Makcik Pakcik Di Kampung..! Bertahan Sedara Mara Di Bandar..!


Alhamdulilah..! semalam bila duduk di warung Harun di hujung kampung, macam macam cerita keluar namun semua yang duduk berbual menampakkan muka yang agak ceria. Bila disua dan di tanyakan apa yang menyebabkan mereka tersenyum rupanya harga sawit yang mencecah RM3500 satu tan.

Geng masjid pun bukan main berselera sarapan pagi Jumaat hari tu. Patut la makcik Bedah dan Pak Kamit bukan main banyak beli barang. Rezeki Allah.

Orang kampung dan sedara mara di Felda tahu dan amat merasai kesan daripada kejatuhan harga sawit terutama ketika PH memerintah apabila harga jatuh hingga di bawah paras RM200.

Kini, bila dah berbaik dengan China, bila berkawan baik dengan India maka yang menerima kesan nikmatnya ialah rakyat terbanyak. Rakyat sebagai pekebun kecil yang bergantung harap dengan tanaman sawit bagi meneruskan kelansungan hidup untuk mempastikan dapur terus berasap dan bil bulanan mampu dibayar.

Setidaknya di musim suram C-19 ni, ada juga sinar yang boleh membantu terutama ramai anak anak dan kaum keluarga yang terpaksa meminta pertolongan ibu bapa dan abang kakak di kampung kerana kehilangan dan kekurangan punca pendapatan. Tak gitu?

Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatnya dari India, Subrahmanyam Jaishankar ekoran keputusan kerajaan negara itu mengurangkan duti import terhadap minyak sawit mentah.

Menteri Luar itu berkata, kerajaan India telah mengurangkan duti import ke atas bahan mentah itu sebanyak 27.5 peratus daripada 37.5 peratus.

“Insya Allah, keputusan ini dijangka menambah jumlah eksport minyak sawit ke India, sekali gus berupaya meningkatkan lagi harga minyak sawit mentah di negara kita.

“Wisma Putra akan terus usaha yang terbaik demi kepentingan lebih 500,000 pekebun kecil sawit di Malaysia, ahli keluarga serta komuniti setempat! Insya Allah,” tulis beliau menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong menerusi laman sosial berkenaan berkongsi kisah mengenai rakan Facebook dan beberapa kenalannya yang bercerita tentang harga buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) yang berada pada paras tinggi.

Katanya, harga BTS dan MSM meningkat sejak kebelakangan ini dan ia akan memanfaatkan lebih 500,000 pekebun kecil sawit, keluarga mereka serta komuniti tempatan khususnya di era pandemik yang serba mencabar ini.

Menurut Hishammuddin, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sendiri menyatakan, antara faktor peningkatan itu adalah disebabkan permintaan tinggi daripada pembeli termasuklah China dan India.

“Ini selari dengan hasil pertemuan saya dengan Menteri Luar China, Wang Yi pada awal Oktober yang membawa kepada persetujuan China untuk beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga tahun 2023.

“Ini juga sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini bahawa Wisma Putra akan manfaatkan hubungan dengan India yang kembali pulih untuk tingkat eksport minyak sawit ke sana.

“Insya Allah, saya akan pastikan Wisma Putra terus bantu kementerian berkaitan demi memperkukuh industri sawit negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kerajaan yang stabil memang amat perlu..namun yang lebih penting Menteri yang reti buat kerja, yang tahu denyut nadi rakyat dengan mengurangkan politiking serta serius dalam setiap perkara yang di lakukan juga merupakan asas kepada kerajaan yang boleh dibangga dan di harapkan oleh rakyat.

DS Hisham, TS Norhisham, Ustaz Ebit Lew, Tok Pa, Tg. Zafrul dan beberapa orang lagi dirasai akan kehadiran mereka, berperanan terutama di musim susah sekarang ini. Bukti bahawa negara memerlukan ketokohan dan kebolehan mereka.

Yang demam pun tak kurang. Setakat jadi Menteri untuk memenuhi ruang dalam bingkai gambar macam di Zimbabwe pun ramai..!

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

5 ulasan:

  1. Ooo... Menteri kluster keselamatan selalu keluar pengumuman kat tv tak de lak ko senaraikan dekat di hati rakyat. Kerajaan PPBM ke?

    BalasPadam
  2. BAJET 2021: TUN TUDUH YANG SOKONG SUDAH DIRASUAH, DIBELI DAN SEMUA SALAH NAJIB.

    Seperti biasa setelah dimalukan dalam Bajet 2020 maka rasa marah marah Tun tak dapat dibending lagi.

    Kerana merasa kehilangan AURA, maka Tun Dr Mahathir memfitnah jijik bahawa semua MP pembangkang yang TIDAK berdiri menyokong UNDI belah bahagi Bajet 2021 telah dibeli dan dirasuah.

    Kesian atok makin ditolak tepi dan sunyi, kroni pun tak sudi membantu. Semua sudah di beli dan dirasuah cuma nasib baik Atok tidak cakap semua MP sudah dibailout..!! kikikiki

    Itu lah pendapat mantan Perdana Menteri tersebut, yang kini mewakili parti Pejuang yang belum lagi didaftarkan. Boboi pun tak mampu nak daftar Parti PejWang nak harap kan kuda tunggangan mereka seperti Mazlee dan Syed mereka berdua awal awal lagi sudah angkat kaki. Terkontang kanteng Tun dan boboi dua beranak.

    Dari atok marah sana sini tak tentu pasal, elok atok usahakan daftar Parti PejWang. Daftar parti PejWang pun tak mampu nak buat masakan pula nak nak lawan undi belah bagi Bajet 2021. Lu fikir lah sendiri

    Seperti mana kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR dan Anthony Loke mewakili DAP, bahawa banyak kebaikan2 dalam bajet tersebut, yang tidak boleh sewenang-wenang ditolak.

    Disebabkan nafsu marah sudah membuak buak atok lansung tidak berfikir dengan rasional dan bijak. Betapa gelojoh dan bodoh orang tua ini.

    Elok bersara terus dari politik kalau 10 yang diucap 100 kali rakyat sudah kesan tipu daya dan putar belitnya. Rakyat sudah bijak tidak mudah digoreng dengan tipu daya lidah bercabang Tun. Cukup cukup lah..!!

    Mana baik untuk rakyat dan negara disokong. Bukan tak sokong dengan mudah tuduh semua sudah dibeli dan di rasuah. Bila terasa sunyi keseorangan idea tidak dipedulikan menyebabkan marah atok semakin membuak buak. Bukannya, bertindak melulu bodoh dan gopoh. Takyat negara ini sudah bertukar meluat dan serta kehilangan rasa hormat.
    --------
    Selepas dimalukan Sidang Bajet 2021 atok tuduh Wawasan 2020 gagal kerana Najib. Dr Mahathir akui sejak diperkenalkan pada 1991, banyak pembangunan dicapai hasil wawasan itu namun tidak mencapai tahap sebuah negara maju. -Facebook Tun

    Seperti biasa acara wajib Tun selepas dimalukan Sidang Bajet 2021, 'Itu bukan salah saya, itu salah Najib'.

    Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan isu pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP sebagai syarat untuk sokongan Barisan Nasional terhadap Belanjawan 2021, DAP dan PKR secara langsung membantu julang nama Najib di kaca mata umum. Ini memandangkan kerajaan Mahyuddin akhirnya “melutut depan Najib” sidang bajet 2021.

    Hari ini katanya, "Jika Najib menjalankan tugas dengan baik dalam membangunkan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat, PH tidak mungkin memenangi pilihan raya umum ke-14".

    "Wawasan 2020 tidak dapat dicapai juga disebabkan Najib Razak" kata Tun Mahathir sambil merenung telornya yang tersangat laboh..!!

    Acara wajib seorang yang kunun nya sangat
    suci bersih adalah dengan menyalahkan kesalahanya pada orang lain.

    Lu fikir lah sindri..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa yg malu? Anwar Janji 7 hari letak jawatan ketua ph jangan lupa.
      Penyokong pkr kena ucap Tahniah najib. Baik punya tipu anwar last minit dia ubah sokong belanjawan.

      Tahniah azmin, bijak atur politik dengan atuk. Kahkahkah

      Padam
  3. Kemahuan untuk berkuasa menjadi kegilaan kepada semua pemimpin politik tapi kemahiran dan kepandaian menguruskan kuasa sangat lah terhad dan perlu kepada pengalaman.Parti Peribumi menumpang kuasa melalui PH membuatkan negara kacau bilau tapi menumpang kuasa bersama BN banyak sinar yang rakyat dapat.

    Walau apa pun diperkatakan orang memang tak dapat di sangkal menteri2 BN sangat berpengalaman dalam menguruskan kuasa dan mentadbir.Mereka tahu apa perkara yang perlu mereka lakukan atau orang putih kata tahu tentang job spek.Jadi tidak lah spt orang melayu kata macam kera mendapat bunga.

    BalasPadam