Khamis, 12 November 2020

Tiong Terus Menganjing ~ Menteri/Timbalan Terus Membungkam

 


Hari ini di Parlimen, Menteri atau 2 orang Timbalannya....krik..krik..krik..krik..!

Penjawat awam bukan Ahli Parlimen yang boleh menjawab di dewan rakyat, tentunya ketua mereka di Kementerian yang duduk sebagai anggota kabinet lah yang boleh membela nasib mereka..!

Tapi??? Apa yang sebok sangat..?

Lu Fikir La Sendiri..!


Nasib ada wakil rakyat GPS yang bersuara..

 Tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati adalah mengejutkan dan memalukan.
Malah Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh rakyat Sarawak.
“Saya ada melihat ucapan beliau di parlimen dan saya terkejut. Saya tidak sangka dan berasa malu kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh anak Sarawak.
“Kita sepatutnya mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan, tentera dan polis,” katanya.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak berpendapat, walaupun Tiong merupakan sebahagian daripada barisan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), ini tidak bermakna kenyataan itu wajar disokong.
“Jeneral tidak masuk ke medan pertempuran, mereka merancang segala strategi. Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu tidak sepatutnya terjadi.
“Dia mungkin pemimpin GPS tetapi saya tidak sesekali bersetuju dengan kenyataan itu dan selepas ini sila berhemah dan menggunakan kata-kata yang betul ketika di Parlimen,” ujarnya lagi.
Pada Rabu, Tiong mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati ketika sidang perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021.
Ketika membahaskan Belanjawan 2021, Tiong mendakwa Dr Noor Hisham tidak berani turun ke Sabah, tatkala negeri itu mengalami kesan paling teruk akibat gelombang ketiga COVID-19.
sumber

1 ulasan:

  1. Janji kerajan Melayu isle Lu Fikir La Sendiri..!

    BalasPadam