Rabu, 14 Ogos 2013

PANAS..! MB Perak Akan Ditangkap Kerana Menghasut & Menghina Mahkamah..!!!


Kalau macam ni pun tak kena tangkap, boleh berkeliaran dan berkicauan yang merapu meraban hingga menghasut rakyat..tak tahu ler Najib sedar ke tidak..!!!

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa kenyataan Pengerusi DAP negeri Datuk Ngeh Koo Ham melalui laman Twitternya berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak mahkamah adalah berbaur hasutan.
   
Koo Ham  dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi “Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets.”
   
(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya).
   
Zambry berkata kenyataan seperti itu adalah tidak bertanggungjawab serta tidak memikirkan tentang proses keadilan dan demokrasi.
   
"Penghakiman yang dibuat bukan hanya melibatkan mereka (pembangkang) sahaja. Ada (petisyen) bagi kawasan-kawasan yang melibatkan Barisan Nasional juga ditolak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.
   
Katanya, kenyataan itu juga boleh mengganggu gugat keamanan negara.

"Saya menganggap kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang cukup seditious (menghasut). Ia kenyataan amat berbahaya," katanya.
   
"Saya tidak mahu melihat perkara ini sebagai permainan berterusan untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil di negeri ini," katanya.
   
Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini menolak beberapa petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pembangkang di negeri ini antaranya yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup dan Selama berikutan pihak pempetisyen gagal mematuhi Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. - Bernama

Kenyataan macam tu mesti AG kata tak menghasut..tak menghina mahkamah..kan? kan? 

Abis..nak tangkap siapa? tangkap Zamri?
Akai ada ka???

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Jika Najib masih ingin kekal sebagai PM , tolak AG yang dikatakan propembangkang , tolak Idris Jala yang hanya tahu menjual 'barang' tolak juga Rosmah (jika boleh) yang dilihat lebh PM dari PM

    BalasPadam