Ahad, 1 September 2013

Moto MIC...Mengayuh Bila Turun Bukit...

Ini baru betul turun bukit mengayuh, tak sampai sejam menang terus confirm nak kekal sepenggal lagi. Transformasi lagi ni...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Datuk Seri G.Palanivel yang mengekalkan jawatan Presiden MIC tanpa bertanding hari ini berkata beliau mungkin terus memegang jawatan tertinggi parti itu malahan selepas penggalnya tamat pada 2016.

"Saya menerima sokongan besar pada pencalonan hari ini. Saya mendapat 617 pencalonan atau 96 peratus sokongan daripada pengerusi cawangan untuk jawatan ini. Ini satu petanda baik dan pemulaan baik buat diri saya.

"Lebih daripada 3,000 pengerusi cawangan mahu saya terus menjadi presiden. Saya akan buat keputusan pada 2016. Saya juga berasa mahu bersara tetapi pengerusi cawangan memaksa saya meneruskannya," katanya kepada pemberita selepas beliau diumumkan sebagai Presiden MIC ke-8 di ibu pejabat parti di sini Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan