Ahad, 1 September 2013

G. Palanivel Kekal Presiden MIC...Menang Tanpa Bertanding.


Tahniah..transformasi MIC, sekarang ni kan rata rata orang bercakap berkaitan transformasi, tak tukar pun kira transformasi apa? 

Lu FIkir La Sendiri!!!

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengekalkan jawatannya apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan presiden parti di sini Ahad. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Tetap parti yang mengetuai Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri K. Kumaran.
Kumaran berkata, selepas penamaan calon ditutup, hanya seorang sahaja dicalonkan iaitu Palanivel dengan 617 pencalonan.
"Palanivel akan memegang jawatan Presiden MIC selama tiga tahun (2016) atau sehingga pemilihan baru presiden parti diumumkan," katanya di Ibu Pejabat MIC di sini, Ahad.
Proses penamaan calon Presiden MIC dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari Ahad.
Jawatan Presiden MIC dipilih oleh 3,702 pengerusi cawangan di seluruh negara.
Palanivel yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memegang jawatan Presiden MIC sejak Disember 2010.
Beliau mengambil alih jawatan presiden parti selepas Datuk Seri S. Samy Vellu berundur setelah memegang jawatan itu selama 31 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan