Ahad, 1 September 2013

Penaung Pendatang Asing Pun Ditangkap..


71 sudah..lagi beratus ribu tu...


Diharap kali ini biarlah menjadi operasi pembersihan sebenar benarnya, jangan kasi peluang terutama penaung penaung didalam Imigresen tu..

Lu Fikir La Sendiri!!!


Pihak berkuasa menahan 71 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk merampas pedang samurai ketika serbuan di rumah setinggan di sini, ketika Ops Cantas bagi mengusir Pati bermula awal pagi Ahad.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 60 lelaki, 11 wanita, kebanyakannya terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal.
Kebanyakan mereka ditahan di Bukit Raja, Klang dan Dengkil kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, permit kerja palsu serta tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Operasi berkenaan, melibatkan 150 pegawai daripada Jabatan Imigresen, polis, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftara Negara, menjadikan ia operasi terbesar untuk mengusir Pati di negara ini.
Operasi tersebut menyasarkan mereka yang berdaftar di bawah Proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) namun tidak tampil untuk proses seterusnya termasuk penghantaran pulang secara sukarela.
Ketika proses pendaftaran, yang berjalan selama tiga bulan dan berakhir pada Oktober 2011, kira-kira 1.3 juta daripada 2 juta pendatang asing tanpa dokumen yang sah berdaftar.
Daripada jumlah berkenaan,500,000 permohonan untuk mendapatkan permit kerja yang sah sementara 330,000 lagi dihantar pulang ke negara asal.
Dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 3 pagi di Dengkil, ketibaan pegawai mencetuskan huru-hara apabila imigran terlibat melarikan diri dengan bersembunyi dalam hutan berhampiran.
Pihak berkuasa merampas pedang samurai dan tukul besi disorokkan dalam rumah berkenaan serta menahan 21 orang dalam operasi tersebut.
"Saya mahu mendapatkan permit kerja sebenar namun majikan telah menipu saya! Saya memberinya RM3,000 dan dia janji maahu membuat permit untuk saya namun hingga sekarang dia tidak buat langsung. Saya sangat-sangat marah!," kata Suherman,34, warga Indonesia yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.
Ketika disoal oleh pegawai mengapa dia tidak mendapatkan bantuan di bawah Program 6P, Suherman berkata dia bimbang kerana masuk ke negara ini secara haram.
Di Klang, warga Indonesia Faizatul Abror, berusia lingkungan 20an, dikejutkan daripada tidur selepas pihak berkuasa menyerbu kawasan rumah setinggannya di Bukit Raja pada pukul 5 pagi.
Tidak seperti 50 orang yang ditahan lain, Faizatul turut membawa anak lelakinya yang berusia setahun.
Dia berjaya memperoleh lanjutan permitnya selepas dia membaca tentang berita mengenai operasi berkenaan.
"Saya telah bekerja di sini selama lima tahun dan pernah diserbu sebelum ini. Sekiranya saya mahu terus bekerja di sini, saya akan mendapatkan permit kerja yang sah.
"Program 6P bukan mudah, namun ia juga tidak keras. Pihak berkuasa telah memberi peluang jadi saya harus mengikutinya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (bahagian Penguatkuasaan), Saravana Kumar berkata mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6, 15(4) and 55 Jabatan Imigresen dan akan berdepan dengan tindakan deportasi segera.
"Ini merupakan satu amaran keras kepada majikan jika mereka mengambil Pati sebagai pekerja," katanya.
Saravana berkata fasa pertama operasi yang akan berakhir pada hujung tahun 2013, menyasarkan untuk menahan kira-kira 400,000 pendatang dan 45, 000 majikan rakyat asing.
Operasi tersebut melibatkan 135,000 kakitangan di seluruh negara.
"Operasi kami termasuk serbuan di beberapa kawasan rumah setinggan, ladang, pusat hiburan dan rumah urut di seluruh negara.
"Operasi ini yang telah bermula secara tidak rasmi juga berjaya menahan kira-kira 200 majikan yang menggaji pendatang haram dalam pelbagai bidang perniagaan," katanya.
Sarvana berkata imigran akan segera dihantar pulang sementara majikan boleh didenda hingga RM50,000 atau penjara hingga lima tahun atau enam sebatan atau ketiga-tiganya sekali.

4 ulasan:

  1. Kawasan Chowkit bila akan dilakukan pembersihan daripada PATI, Jalan Dato Hj Eusoff ( Bilik Sewa untuk PATI Merata-rata ), Pasar Borong Selayang dan sekitarnya... Di Sabah keseluruhan Bandar dan Pekan Besar dihuni oleh PATI, KK,Sandakan,Lahad Datu,Semporna,Tawau,Keningau, Kota Marudu,Kudat.......!

    BalasPadam
  2. terima kasih MALAYSIA saya beberapa tahun yang lalu pernah bekerja dimalaysia. kini saya sudah kembali keindonesia membuat sebuah bisnis yang hasilnya sudah melebihi gaji ketika saya bekerja dimalaysia. sekali lagi terima kasih malaysia yang telah memberikan kesempatan untuk saya mengumpulkan modal usaha.

    BalasPadam
  3. kat mana nak buat aduan kalau kita tahu ada PATI di kawasan kita?rasanya ramai yang tak tahu kepada siapa aduan harus dibuat.

    BalasPadam
  4. Alopz pihak bkuasa.. stiap kali operasi pati npe serbuan hnya rmh urut, ladang dan tpak projek... tp jarang skali serbuan di jln kn di kilang2.. kbykkn kilang2 byk mjikan mgaji pati.. contoh 1 kilang di ktn.. ais everest. Hnya 3 org ad permit.. slbhny kosong... tlg buka mata sikit.. jgn bZ nk cri duit kopi je.. bt la kje.

    BalasPadam