Isnin, 2 September 2013

20 Jawatan Presiden Parti Akan Dipertandingkan...


Macam macam sekarang ni..kalau bertambah 20 lagi Presiden parti nanti pasti meriah politik Malaysia. Transformasi politik ler katakan..Jangan Transformasi macam kutu diatas yang bersidang bawah pokok sudah ler.

Soalnya apakah Malaysia begitu terdesak memerlukan seberapa banyak parti untuk disertai oleh rakyat? Apakah benar bahawa rakyat Malaysia sudah tidak betah dengan parti politik yang mendominasi negara selama ini? Atau kewujudan pelbagai parti ini hanya satu lagi strategi untuk memecah dan memerintah seperti yang diamalkan oleh penjajah dulu?

Atau apakah memang bahawa rakyat memang sudah terpecah begitu besar hingga sesiapa jua boleh membentuk parti politik sendiri mengikut tekak dan selera mereka sendiri? Lepas ni mesti ada parti LGBT atau parti Liberal agama kalau tak pun parti pinggan mangkuk yang selama ini banyak dianggotai oleh makcik makcik kita dikampung tu..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).
Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.
"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.
Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.
"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.
Parti politik daripada Semenanjung:
1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).
3) Parti Nasional Malaysia (MNP).
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).
Parti politik Sabah:
5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
10) Parti Bersatu Bugis Sabah.
11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
13) Parti Cinta Sabah (PCS).
14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).
Parti politik Sarawak:
16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).
18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).
19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan