Ahad, 1 September 2013

Lucut Kerakyatan Hishamuddin Rais..


Apa yang nak dipantau? bukti dah ada depan mata..tangkap jer la..

PDRM masih memantau tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.

"Sehingga kini kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat terhadap individu tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Buktinya...

Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam tadi dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

"Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.

"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.

"Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.

"Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.

"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.

"Ingat, 31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka,"

Apa lagi..tangkap dan nyahkan si kitol pondan ni dari menjadi rakyat Malaysia.. 

Lucutkan kerakyatannya..abis cerita..! Barah! cegah sebelum parah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: