Setelah sekian lama sebagai penentang di peringkat arus perdana, kini Kuli pula bakal ditentang di bahagiannya sendiri. Politik serba serbi mungkin...
Jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang disandang Tengku Razaleigh Hamzah sejak 51 tahun lalu akan dicabar pada pemilihan parti itu Oktober ini.
Menurut sumber, nama yang disebut-sebut akan bertanding merebut jawatan itu adalah Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sendiri iaitu Datuk Bazlan Baharuddin dan beberapa nama lain.
Sumber tersebut berkata, pemilihan kali ini adalah platform terbaik untuk mana-mana pemimpin muda menampilkan diri selaras dengan hasrat ahli akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat lebih ramai pemimpin muda diangkat naik.
Selain itu, sumber tersebut turut memaklumkan bahawa seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah itu akan turut mencabar jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang kini disandang oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani.
"Saya boleh katakan memang Tengku Razaleigh perlu mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan kali ini kerana beberapa nama pemimpin pemuda di kawasan itu akan mencabar beliau.
"Menurut tinjauan di Gua Musang, ahli-ahli UMNO sendiri mahu melihat pembaharuan dalam parti tetapi ia bukan bermaksud Tengku Razaleigh tidak lagi relevan kerana beliau masih merupakan pemimpin yang dipatuhi dan disegani.
"Ini juga adalah berita baik kerana semua ahli UMNO berhak untuk mencabar mana-mana pemimpin dan terpulang kepada para perwakilan untuk menentukan sama ada mahu mengekalkan pemimpin sedia ada atau menukarnya," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.
Kelmarin, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengumumkan untuk mempertahankan jawatan ketua bahagian itu yang disandang sejak 51 tahun lalu tetapi tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada ahli UMNO bahagian itu untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab tersebut. - UTUSAN ONLINE
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan