Selasa, 15 April 2014

Menteri Blur..!


Menteri ni nak sebelah mana? nak sebelah Idris Jalang @ Joseph Kurap atau nak sebelah namanya yang bermula dengan Hajjah tu..!!!

Kabinet nak memutuskan isu Kalimah Allah pun lebih banyak diam dari bertegas..! agak agak boleh diharap ke???

Ada Menteri Agama tak Malaysia ni?

KUALA LUMPUR: Mahkamah syariah dan mahkamah sivil disaran bersama-sama mencari penyelesaian berkaitan pertikaian yang membabitkan orang Islam dan bukan Islam di negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata sudah tiba masanya kedua-dua mahkamah bekerjasama untuk mencadangkan mekanisme yang sesuai bagi menyelesaikan isu itu kerana undang-undang sedia ada mempunyai dua sistem berbeza bagi orang Islam dan bukan Islam.

"Kedua-dua mahkamah ini harus melihat aspek di sebalik perundangan dan duduk semeja dengan menganalisis isu yang sering dibangkitkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mahkamah Tinggi Pembinaan Kuala Lumpur dan Shah Alam di Jalan Duta, Isnin.

Beliau diminta mengulas kes seorang mualaf Izwan Abdullah yang bertindak mengambil anak lelakinya daripada jagaan bekas isteri, S. Deepa, pada 8 April lepas di Jelebu, Negeri Sembilan.

Nancy berkata isu itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini. 

Pada 7 April lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan diberi kepada Deepa yang beragama Hindu, sedangkan Izwan sebelum itu telahpun mendapat hak penjagaan bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah.

Sedangkan pihak Polis sendiri maklum

SEREMBAN: Polis tidak akan menyiasat mengenai seorang lelaki yang didakwa melarikan anaknya yang berusia enam tahun dari rumah bekas isterinya walaupun perintah Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan dua anak mereka kepadanya.

Perkara ini kerana Izwan Abdullah, 31, yang memeluk Islam memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Supt Setapa Yusof berkata, polis terpaksa mematuhi arahan kedua-dua mahkamah.
Mahkamah Syariah sebelum ini menganugerahkan Izwan yang sebelum ini dikenali sebagai N. Viran hak jagaan anak lelakinya berusia enam tahun serta anak perempuan yang berusia sembilan tahun.
"Setakat apa yang pihak kami mengambil maklum, kita tidak boleh menyiasat Izwan kerana dakwaan melarikan anaknya. Kita perlu menghormati dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua mahkamah," katanya kepada The Star.
Pada Isnin, Mahkamah Tinggi di sini memberi hak penjagaan kedua-dua kanak-kanan berkenaan kepada S. Deepa, 31, iaitu ibu kandung mereka.
Mahkamah itu juga membenarkan permohonan Deepa untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana Izwan, yang kini bekerja dengan Yayasan Kasih Sayang, telah memeluk Islam.
Sementara itu Deepa melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui pihak polis tidak akan menyiasat dakwaan melarikan dua anaknya itu.
"Saya sangat bimbangkan anak lelaki saya," katanya sambil memberitahu bahawa ibu bapanya kini berpindah tinggal bersamanya sejak kejadian itu.
Tambah Deepa, beliau kecewa dengan pendirian polis dan menyifatkannya sebagai tidak adil.
"Bagi saya, perkahwinan saya telah didaftarkan melalui proses sivil. Ia tiada kaitan dengan Mahkamah Syariah atau undang-undang Islam.
"Saya tidak tahu tentang perintah yang diperoleh oleh bekas suami saya dan saya juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Syariah. Saya tidak tahu sama ada saya boleh pergi ke Mahkamah Syariah ataupun tidak," katanya.
Deepa yang berkahwin dengan Izwan pada 2004 pernah memberitahu The Star pada Jun tahun lalu bahawa suaminya itu keluar meninggalkan keluarga pada Februari tahun sebelumnya.
Beliau mendakwa bahawa pada April tahun lepas, Izwan membawa kedua-dua anak-anak ke Pusat Dakwah Islam di sini tanpa pengetahuannya dan menukar agama mereka kepada Islam.
Kan Mahkamah Syariah sudah pun membuat keputusan..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. ikut logik, pertimbangan mana perlu dipatuhi ialah perintah mahkamah mana yg lebih awal. jika mahkamah syariah, maka keputusan mahkamah tersebut perlu dipatuhi. lagipun, jika ayah yang dapat hak penjagaan, adakah hak-hak anak tersebut akan terabai, teraniaya? bukankah hak penjagaan itu diberi kepada bapa kandung sendiri?

    BalasPadam
  2. Ko nak marah apa? PM pun dah kaki sebelah kat Cina (kapeer), inikan pulak org2 bawahan beliau!

    Nak salahkan makamah? Anwar didapati bersalah pun masih bebas berjalan2!

    Inilah masalahnya bila ditadbir oleh ketua yang LEMBUT!

    BalasPadam
  3. Anon 9.58. Kalau buang ketua lembut, nak ganti dengan yang mana?

    Ketua gugup? Nak jawab soalan media terketar2. Kecuali media tv3 suku.

    Atau ketua hindustan. Depan geng ramai2, dedah ada bukti. Last2 bukti tak ada class...

    Ketua wakil golf. Nampak sangat orang lain tak tahu main golf.

    Dah tak ade pengganti la. Nak senang, tukar kesemuanya.

    BalasPadam