Rabu, 31 Disember 2014

Mayat Diterbangkan Ke Surabaya..!

Mayat Diterbangkan Ke Surabaya - Bambang

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 3:39 PM
Kakitangan Palang Merah Indonesia menyusun data biometrik mangsa pesawat QZ8501 di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya untuk proses pengecaman mayat. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR 
  (Ubah saiz teks)
JAKARTA: Mayat penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa akan diterbangkan ke Surabaya untuk proses pengecaman pihak berkuasa.

Portal berita suara.com memetik ketua agensi mencari dan menyelamat  (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo sebagai berkata tiga mayat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Selasa.

"Semasa misi SAR pada malam Selasa hingga pagi Rabu, kami menjumpai tiga mayat - dua lelaki dan seorang wanita yang berpakaian seragam pramugari," katanya.

Jumlah itu menjadikan enam mayat berjaya ditemui setakat ini.

Mayat tersebut antara 162 penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, Ahad lalu.

Mayat tersebut ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun.

Selasa, 30 Disember 2014

21 NYAWA MENJADI KORBAN BANJIR & 10 MASIH HILANG..!


YA ALLAH..!

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kematian dicatatkan akibat lemas dan 10 lagi masih hilang dalam banjir yang melanda tiga negeri di Pantai Timur, sehingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Kelantan mencatatkan angka kematian paling tinggi, iaitu 14 orang, Terengganu empat kematian dan Pahang mencatatkan tiga kematian.

"Manakala 10 lagi yang hilang, empat di Kelantan, lima di Terengganu dan satu di Pahang," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk  berpindah lebih awal dan mengikut  nasihat penguatkuasa dan agensi terlibat dalam operasi banjir.

Khalid berkata, kematian seorang lelaki berusia berusia 59 tahun di Bota Kanan, Perak pagi semalam adalah kerana serangan jantung dan bukan kerana lemas.

Katanya, lelaki berkenaan enggan berpindah meskipun rumahnya ditenggelami air sedalam tiga kaki.

"Apabila adik mangsa menziarahinya, mangsa telah meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati mangsa terkena serangan jantung.

"Perak masih belum mencatatkan kematian akibat lemas," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan banjir kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Ya Allah perliharakan kami dan zuriat kami serta harta benda kami..! Amin...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Hubaya Hubaya..!

Pelampau Evangelis Kristian

by akarimomar
Dalam tulisan-tulisan saya, saya mengguna istilah Pelampau Evangelis Kristian. Ada yang minta saya kongsikan sebab saya mengguna istilah sedemikian.
Tordesillas Lesen Kristian MembunuhPara Pelampau Evangelis Kristian ini sememangnya layak digelar pelampau. Mereka melampaui batas-batas yang telah ditetapkan di Tanah Air kita, Tanah Melayu yang aman damai sebagai sebuah negara Islam berdaulat. Pelampau Evangelis Kristian mulanya mencemarkan kedamaian di alam Melayu ini apabila menyerang sebuah kerajaan Islam Melayu Melaka dengan menghantar bala tentera Kristian Portugis di bawah restu ketua penjajahan yang zalim, Pope Alexander VI (melalui Perjanjian Tordesillas). Mereka menghancurkan segala masjid dan tinggalan Raja-raja Melayu Melaka.
Seterusnya musuh Islam ini, yakni, orang-orang sesat yang kita minta perlindungan dari Allah sebanyak 17 kali setiap hari, silih berganti merosakkan serta merampas kekayaan bumi Melayu.
Apabila terbentuk Persekutuan Tanah Melayu maka diperkuatkan kedaulatan Islam di bumi ini dengan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3 (1)). Namun para pelampau evangelis Kristian melampaui batas ketetapan ini kerana ingin memindanya. Mereka mahukan Tanah Melayu ini menjadi sebuah negara sekular.
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub pengawalan dan sekatan "pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganuti agama Islam" (Perkara 11 (4)). Mereka tetap tidak mempeduli Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa melanggarnya.
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub bahawa "adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu" (Perkara 12 (2). Dan tidak disebut kewajiban untuk membelanjakan untuk agama lain. Mereka melampaui ketetapan ini dan menuntut juga peruntutkan yang ditetapkan untuk orang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mereka.
Pelampau Evangelis Kristian sentiasa melampaui undang-undang dan enakmen-enakmen yang sedia termaktub. Mereka tidak peduli keamanan dan kedamaian yang sedang kita nikmati. Mereka orang-orang yang MELAMPAU. Mereka adalah PELAMPAU Evangelis Kristian. Tidak ada istilah lain yang lebih sesuai.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 29 Disember 2014

Penangguhan Sekolah Tidak Perlu Diganti..!

Penangguhan sesi persekolahan tidak perlu diganti
  4  0 Google +0
DUNGUN 29 Dis. - Sesi persekolahan 2015 yang ditangguh selama seminggu ekoran bencana banjir yang berlarutan dan meluas di beberapa negeri tidak perlu diganti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan demikian selepas meninjau keadaan banjir di sini tengah hari tadi.

Sesi persekolahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan bermula pada 11 Januari manakala negeri-negeri lain pada 12 Januari. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

Mohon Najib Bubarkan MKPN..!

Undian: 91% Mahu MKPN (NUCC) Dibubarkan

by akarimomar
bubarkan MKPNSatu undian melalui talian yang dilakukan oleh blogger Helen Ang merumuskan bahawa 91 peratus yang mengundi mahukan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN atau juga disebut sebagai NUCC).
Undian yang baru berakhir semalam mendapati seramai 821 orang dari 902 pengundi memilih untuk setuju dengan cadangan supaya MKPN dibubarkan. Dan hanya sebilangan yang amat kecil (81 orang) kurang dari 9% yang menolak cadangan tersebut.
Maka PM Najib wajar dengar pungutan suara. Kerana ramai yang berpandangan bahawa MKPN adalah sebenarnya merupakan sarang kepada mereka yang memusuhi agenda perpaduan negara selama ini sememangnya masyarakat Tanah Melayu ini hidup amat sejahtera dengan penuh toleransi. (baca: Agenda ganggu inisiatif perpaduan)
Wahai PM Najib, dengarlah suara majoriti masyarakat yang mahukan keamanan yang telah nikmati selama ini dipelihara. BUBAR segera MKPN.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 28 Disember 2014

Hebat Menteri Kita..!

Memang la cuti merupakan hak masing masing..! dan kita pun tak pernah heran bin ajaib jika ramai yang 'hilang' terutama diakhir tahun ini kerana bercuti..! Tapi apabila Menteri yang beriya iya mempertahankan cuti mereka...yang itu rakyat bukan sahaja musyik..! malah tergaru garu kerana berasa cukup pelik dan ajaib..!

Barangkali kerana ramai Menteri yang masuk ikut 'pintu belakang' maka sikap dan rasa tanggungjawab kepada rakyat jelata boleh di 'campak' keatas pundak orang bawah..! Masaalahnya penyakit pentingkan cuti tu pun nampaknya dah tersampok keatas Menteri yang dipilih oleh rakyat..! Itu yang menyebabkan rakyat mencemik muncung..!

Nasib baik PM panggil balik..kalau tak apakah Pak Menteri dan seangkatan dengannya akan terus bercuti? kan ke hebat namanya Menteri kita tu...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Najib arah menteri bercuti luar negara pulang
  • Najib Tun RazakNajib Tun Razak
 1 / 1 
KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
  
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.
  
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam pada itu, Najib berkata situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.
  
Beliau berkata, perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.
  
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.
  
"Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya.  - Bernama

Pesawat AirAsia QZ8501 Dipercayai Terhempas..!

Innanillahiwainnanillahirajiun...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

QZ8501 dipercayai terhempas dekat Belitung, bot penyelamat dihantar, kata Indonesia


Ahli keluarga penumpang pesawat AirAsia yang hilang itu melihat senarai nama di pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya, Indonesia. – Gambar Reuters, 28 Disember, 2014.Ahli keluarga penumpang pesawat AirAsia yang hilang itu melihat senarai nama di pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya, Indonesia. – Gambar Reuters, 28 Disember, 2014.Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dipercayai terhempas pada lokasi 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur, di perairan sekitar 80-100 batu nautika dari Belitung, menurut agensi mencari dan menyelamat Indonesia.
Seorang pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dari Pangkalpinang, Supriandi, dilaporkan agensi berita Antara berkata ia sudah menghantar pasukan penyelamat ke Belitung.
Pesawat Airbus A320-200 dari Surabaya itu berpusing di atas laut dekat Belitung untuk mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum mengalami keadaan bergelora sebelum mengalami keadaan bergelora yang kuat dan terhempas ke dalam laut, menurut laporan itu.
Penerbangan itu membawa 155 penumpang – termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi – dan tujuh anak kapal.
Dengan butiran yang sedikit dan tidak jelas, saudara-mara mereka menjadi panik dan berkumpul di Lapangan Terbang Changi, Singapura, AFP melaporkan.
Beratus-ratus rakyat Indonesia juga turun ke terminal Surabaya mengharapkan berita tentang pesawat yang hilang.
Seorang wanita berusia 45 tahun memberitahu AFP yang dia mempunyai enam ahli keluarga di atas kapal terbang itu.
"Mereka pergi ke Singapura untuk bercuti," katanya.
"Mereka sentiasa menggunakan AirAsia dan tidak pernah ada masalah. Saya terkejut mendengar berita itu, dan saya amat bimbang mungkin pesawat itu terhempas."
Ini kejadian pertama bagi melibatkan kumpulan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia itu. Pesawat yang hilang itu dikendalikan AirAsia Indonesia, yang dimiliki 49% oleh AirAsia Bhd yang berpengkalan di Malaysia.
Bangkapos.com melaporkan nelayan di timur Belitung mendakwa mendengar bunyi letupan yang kuat berdekatan pantai Kelapa Kampit antara jam 7 dan 8 pagi waktu Indonesia.
Maklumat itu kemudiannya disampaikan ke Tagana (satu kumpulan pengurusan bencana) bagi mengikhtiarkan usaha mencari dan menyelamat.
Portal berita Indonesia itu melaporkan nelayan itu sedang menangkap ikan di pantai itu apabila mendengar bunyi itu lebih kurang 10km dari lokasi mereka.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat menunjukkan lokasi sebenar letupan itu dan mengesyaki ia mungkin berpunca dari kawasan berhampiran Pulau Nangka di Belitung Timur. – 28 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/qz8501-dipercayai-terhempas-dekat-belitung-bot-penyelamat-dihantar-kata-ind#sthash.NUilIuyJ.dpuf


Fakta Pesawat AirAsia QZ8501 Yang Hilang..!

Fakta Kehilangan Penerbangan AirAsia QZ8501
Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 5:35 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Berikut fakta berkaitan kejadiankehilangan pesawat AirAsia QZ8501 pada Ahad (28 Dis 2014):  

Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501

Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200

Nombor Pendaftaran : PK-AXC

Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya,  Indonesia

Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura

Jumlah penumpang   : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan  lima kru kabin)

Warganegara penumpang : 156 Indonesia, tiga Korea Selatan,   Singapura (1), Malaysia (1) dan Perancis (1)

Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)

Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)

Masa terputus hubungan : 7.24 pagi (waktu Indonesia) (dengan pusat kawalan  trafik udara Jakarta) 

Kedudukan terakhir : lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan

Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesia Ketinggian penerbangan : 32,000 kaki terakhir

Lu Fikir La Sendiri!!!

Lagi Musibah Pesawat...!

Apa? Bila? Kenapa? Siapa? Dimana?

2014 benar benar tahun ujian bagi rakyat Malaysia..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pesawat AirAsia QZ8501 hilang bersama 162 orang
  • AirAsia hilang
 1 / 1 
 KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat AirAsia Indonesia, yang membawa 162 orang, hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.
 
Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.
 
Penerbangan QZ8501 itu membawa 155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
 
Dalam kenyataannya, AirAsia berkata pesawat itu dikendalikan dua juruterbang, lima petugas kabin dan seorang jurutera.
 
"Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia," katanya.

Dengar Jawapan Cina Ni Mengenai Sarawak...!

Lu fikir La Sendiri..!

Ada saya kisah tidak ke Sarawak

JAWAPAN PENDEK SAYA MENGENAI KEMASUKAN KE SARAWAK
Baca artikel penuh dalam Sinar Harian 29.12.14 (Isnin) 

Pada 25.12.14, saya terbaca dalam laman web ultra kiasu mengenai kenyataan ADUN PKR Batu Lintang Sarawak, membuat bantahan terhadap kemasukan saya ke Sarawak untuk berceramah di Masjid Daerah Sematan, selepas maghrib, pada 26.12.14. Beliau telah sedaya upaya melaku segala cara, seperti menghantar SMS kepada pihak berkuasa Sarawak agar menghalang kemasukan saya ke Sarawak.  

Selepas membaca berita tersebut, saya telah menghubungi pihak penganjur, pada jam 5.00 petang, agar membatalkan sahaja jemputan ceramah yang telah dibuat sebulan yang lalu. Pihak penganjur, yang juga telah menerima bantahan tersebut menjawab, ceramah akan tetap diteruskan dan meminta saya datang seperti yang dijadualkan. Pejabat Ketua Menteri turut memberi lampu hijau. Ketua Polis Negeri turut menyediakan escort untuk saya ke sana. 

Mereka tidak akan tunduk kepada PKR. Suara PKR bukan suara rakyat Sarawak. Tiba-tiba, pada jam 8.45 malam, pihak penganjur menelefon, memberitahu ceramah terpaksa dibatalkan atas alasan PKR akan mengadakan protes di Lapangan Terbang Kucing pada hari saya sampai. Saya pun membatalkan niat saya untuk ke Sarawak. 

Peliknya, semua laman web ultra kiasu melaporkan saya ditahan imigresen di Lapangan Terbang Kucing. Pihak imigresen di sana turut mengiyakannya. Sejak bila pula saya sampai ke sana? Malang sungguh pegawai imigresen tersebut. Inilah jahatnya ultra kiasu dalam memutarbelit dan mensensasikan berita. 

Persoalan saya, kenapa kerajaan negeri tiba-tiba tunduk kepada PKR dan ultra kiasu? Kenapa imigresen mengeluarkan kenyataan palsu? Sejak bila PKR mewakili suara rakyat Sarawak? Peliknya, kenapa kerajaan negeri boleh terpengaruh dengan tuduhan ultra kiasu itu?

Saya tidak rugi apa-apapun, termasuk mungkin selepas ini ke Sabah. Banyak tempat lain yang memerlukan saya. Sedikitpun saya tidak terjejas jika tidak ke Sarawak. Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, adalah dangkal sama sekali. Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik dan pendakwah. Apa yang saya cakap dan tulis berasaskan sandaran. 

Kebanyakan tuduhan ADUN tersebut, adalah berita yang telah dimanipulasikan ultra kiasu. Izinkan saya menjawab tuduhan beliau. 

Pertama, beliau berkata saya pernah disiasat oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas tuduhan mengajar ‘ethnic cleansing’ kepada pelajar. Sejak bila pula MINDEF menjalankan siasatan terhadap saya?  



Setakat ini tidak ada seorangpun yang datang menyiasat tentang Pembejaran dan Pengajaran (P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasu dan musuh-musuh saya semasa di UPNM. 



Kalau nak tahu sama ada benar atau tidak, saya  mengajar ‘ethnic cleansing’, tanya pelajar saya, bukan orang lain. Saya cabar sesiapapun boleh lakukan siasatan. 



Lihat contoh dalam you tube, assignment yang dihasilkan oleh bekas pelajar saya dalam subjek hubungan etnik, yang saya beri markah A. https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU. Selanjutnya dalam Sinar Harian 29.12.14

Lumba Ke Neraka..!


Jahanam..! Dunia akhir zaman la katakan..!

Perlumbaan Tokoh Liberalisme – Perlumbaan Ke Neraka Jahanam?

by akarimomar
Sekarang ini semakin menjadi suatu perlumbaan pula untuk mendabik dada bahawa dirinya adalah seorang Liberal dan Moderat. Apakah seseorang itu menjadi lebih baik dan lebih mendedakti Allah dalam perlumbaan menjadi tokoh Liberal atau tokoh Moderat?
Apa yang diertikan dengan kebebasan yang dituntut dalam fahaman Liberalisme?
Mereka mahukan kebebasan dari asas-asas agama dan asas-asas negara. Mereka mahu BEBAS. Tiada sekatan. Tidak dikongkong.
Apabila Islam menetapkan sesuatu hukum-hakam - mereka mahu bebas dari sebarang sekatan itu. Maka itu samalah seperti tidak menganuti Islam itu sendiri.
Dan begitulah apabila mereka mahu bebas dari ketetapan dalam asas-asas negara baik dari aspek perlembagaan, undang-undang, enakmen-enakmen mahupun nilai budaya dan etika sosial murni.
Bagi mereka "sekatan" dan "halangan" ini semua mengongkong kebebasan dan hak asasi. Dalam pada itu pula mereka menuntut pelbagai hak untuk mereka dan rakan-rakan mereka.
Apakah pula asas dan nilai yang menjadi panduan dalam tuntutan-tuntutan mereka?  Apakah mereka tidak merasa paksaan tuntutan mereka ke atas orang lain sebenarnya menjadi kongkongan serta menyekat kebebasan orang lain yang mahu mengamal tuntutan agama Islam yang sebenar?
Bagi yang moderat pula mereka merasakan melakukan sebahagian tuntutan agama itu sebagai moderat dan mencukupi. Bagi yang moderat cukup sekadar melakau sebahagian dan meninggal sebahagian? Cukup dengan ambil agama itu sekerat-sekerat?
Kalau begitu jika mereka mahu beli sebuah kereta suruh juga mereka beli sebuah kereta yang moderat. Jika mereka mahu beli rumah, suruh mereka cari yang rumah yang moderat. Kereta yang moderat mungkin hanya mempunyai dua roda kerana jika lengkap dengan dua lagi roda menjadi empat sudah menjadi kereta yang ekstrem.
Begitu juga jika rumah moderat itu mungkin dapurnya tidak ada hanya ada bilik tidur dan ruang tamu. Bilik airnya pula mungkin Kongsi dengan jiran. Itulah rumah moderat idaman golongan moderat. Jika yang lengkap itu nanti sudah dikira ekstrem!
Jika solat 5 waktu dituduh ekstrem. Dan moderat itu cukup hanya sekadar sesekali solat atau solat 3 kali sehari kerana subuh terlewat bangun dan isyaknya tidak sempat kerana balik malam dalam keadaan mabuk. Mungkin gambaran di bawah itu dapat membantu untuk kita lebih faham perbandingan antara moderat lawan yang dituduh ekstrem.
moderat vs ekstrem
Apa untungnya mereka ini berlumba untuk menjadi Liberal dan Moderat dalam agama? Apakah mereka sebenarnya mengajak kita berlumba untuk ke neraka? Biarlah mereka sahaja dalam perlumbaan itu. Kami mahu "fastabiqul khairat". Kami mahu berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan mencari redha Allah untuk kekal di syurgaNya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

BANJIR SETAKAT MALAM INI...!

Lu Fikir La Sendiri..!

Banjir Di Negeri Sembilan, Kedah Pulih, Kelantan Masih Teruk

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 11:33 PM

Pemandangan dari udara keadaan banjir teruk sekitar Bandar Kota Baru akibat limpahan air dari Sungai Kelantan pada Sabtu. - fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan Kedah telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Kelantan, Terengganu dan Pahang masih serius.

Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan lebih 80,000 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Angka terkini mangsa banjir di negeri itu malam ini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini berikutan sesetengah kawasan gagal dihubungi.

Setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 81,925 mangsa banjir direkodkan di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meninjau situasi banjir di negeri itu pada Sabtu.

Di TERENGGANU, keadaan banjir menunjukkan penurunan mangsa kepada 34,709 daripada 8,596 keluarga berbanding 35,085 orang petang Sabtu.

Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 31,774 orang malam ini berbanding 33,973 orang petang Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 10,174 orang di 34 pusat pemindahan yang beroperasi.

Lapan lagi daerah yang terjejas ialah Jerantut menempatkan 6,427 orang diikuti Temerloh (4,617 orang), Maran (3,455 orang), Pekan (3,324 orang), Lipis (2,647 orang), Bera (855 orang), Raub (262 orang) dan Rompin (13 orang), katanya.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di keempat-empat kawasan iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini meningkat 57 orang kepada 7,010 orang berbanding 6,953 mangsa petang tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, kesemua mereka ditempatkan di 55 pusat pemindahan banjir dengan 3,479 mangsa direkodkan di Perak Tengah, Kuala Kangsar (2,683) Hulu Perak (657) dan Kerian (191).

Di SELANGOR, jumlah mangsa meningkat kepada 115 orang malam ini berbanding 85 mangsa tengah hari tadi yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu SK Binjai dan SK Abdul Samad.

Di PERLIS, turut menunjukkan penurunan jumlah mangsa kepada 77 orang pada malam ini berbanding 100 mangsa, petang Sabtu.

Johor pula mencatatkan 425 mangsa dari Kluang, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Segamat pada malam ini berbanding 439 mangsa petang Sabtu.

Sabtu, 27 Disember 2014

Peluang Membantu Mangsa Banjir..!


Peluang membantu tersedia...! Jom..!

KUALA LUMPUR: Astro telah melancarkan ‘Projek Banjir Astro Kasih’, sebuah kempen yang mengumpulkan dana bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir khususnya di Pantai Timur.

Kempen ini membolehkan orang ramai memberikan sumbangan di pelbagai pusat pengumpulan yang akan diadakan pada minggu hadapan bermula esok (27 Disember) dan sumbangan akan dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Barang-barang keperluan yang boleh disumbangkan adalah lampin, susu bayi, susu tepung, selimut, berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala wanita, nasi, minyak masak, air mineral,  sabun pencuci pakaian, makanan kering (sardin, biskut), selimut, tuala, milo, teh, kopi dan pakaian.

Hasil kempen ini akan disalurkan kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri.

Bagi mereka yang mahu menderma atau memberi bantuan, datanglah di masa dan di tempat yang tertera dan personaliti-personaliti Astro seperti Reem Shahwa, Krill dan Hanif juga akan berada di sana:  

27 Disember 10am – 6pm
TESCO ARA DAMANSARA

28 Disember 10am – 3pm
TESCO EXTRA IPOH, PERAK (No. 2 Jalan Jambu, Taman The Teng Seng, 31400, Ipoh Perak)

29 Disember 10am – 6pm
TESCO EXTRA PUCHONG

30 Disember 10am - 3pm
TESCO EXTRA SEREMBAN 2

31 Disember 10am – 3pm
TESCO EXTRA DESA TEBRAU, JOHOR

Hulurkan tangan, ringan kan beban..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

ADUN PAS Menghina Mangsa Banjir..!


Begini ke sikap seorang yang diangkat menjadi pemimpin..! Sekadar mengambil 'untung' politik ajer..!

Makin jahanam PAS...hancur..! hancur..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Lain Yang Banjir ~ Lain Yang Karam..!


Bukan kita yang kata..! Dia yang mengaku..!

KUALA LUMPUR - "Kami tidak mahu bertengkar mengenai hukum hudud, nanti kedua-duanya (Pas dan DAP) tenggelam dalam banjir," kata Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Demikian menurutnya ketika pemberita cuba mengajukan soalan mengenai hukum hudud yang cuba dipolitikkan ketika Kelantan dilanda banjir besar ketika ini.

Mustafa dengan nada sinis mahu perkara itu dilupakan seketika kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir di empat negeri yang terjejas seperti di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Air dan minyak mana boleh bercampur..! Mana ada persamaan..! Tapi kalau degil mahu bersaudara dengan komunis..! gini ler jadinya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Agak Agak La..!

Polis Nafi 10 Mati Lemas Di Kuala Krai


kuala krai

KOTA BAHARU: Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

“Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

“Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

“Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.

sumber - .orangmuda.tv

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 26 Disember 2014

Pasangan Lemas Di Kemaman Sudah Ditemui & Johor Dah Mula Banjir..!

Banjir : Mayat mangsa bot terbalik ditemui


Sanak saudara yang berada di unit forensik mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai itu. - Gambar fail

KEMAMAN: Salah satu daripada pasangan yang hilang selepas terjatuh daribot penyelamat yang terbalik di Kampung Geliga Che Akobtiga hari lalu berjaya ditemui.

Mayat mangsa Norhayati Sulong dijumpai pasukan mencari dan menyelamat kira kira jam 4.25 petang tadi iaitu kira - kira 700 meter dari tempat bot penyelamat itu terbalik.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa pulang ke khemah operasi oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan penemuan mayat terbabit.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari Rabu, mangsa dan suaminya, Suhaimi Awang, kedua-dua berusia 37 tahun, hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.

Kejadian berlaku apabila bot penyelamat yang dinaiki mereka bersama tiga penumpang dan dua anggota bomba terbalik akibat terperangkap dalam pusaran arus deras di Kampung Geliga Che Akob.

Abang mangsa, Razali Sulong berkata beliau bersyukur penantian mereka sekeluarga berakhir dengan penemuan mayat adiknya.

Mereka turut mengadakan solat hajat dan bacaan yassin bersama penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat.

“Hari ni kita ada buat solat hajat di penempatan bomba. Jadi Alhamdulillah lepas sembahyang Jumaat tadi kita mendapat khabar berita dimana satu jenazah sudah ditemui.

“Jadi kita pastikan mayat itu dengan adik beradik. Dah disahkan, itu adalah Norhayati yang telah lemas pada hari yang dinyatakan,” tambah beliau.

Beliau berkata mangsa sebelum ini ada menunjukkan sedikit perubahan ketika menempah perabot kayu jati daripada isterinya yang menjalankan perniagaan di Johor Baharu.

"Dia kata dia nak tempah perabot semua warna putih dan dia kata saya rasa selesa dengan perkara itu. Jadi memang kita jangkakan perkara ini akan berlaku," kata Razali.

Razali dan keluarga bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat adiknya.

Pada masa sama mereka berharap suami mangsa dapat ditemui tidak lama lagi.

Mayat Norhayati yang dijumpai petang ini adalah merupakan penemuan kedua mayat mangsa banjir di Terengganu selepas penemuan mayat remaja berusia 14 tahun, Nurrashidah Baharuddin.

Nurrashidah lemas di Sungai Kesom selepas tergelincir dan jatuh di sebuah sungai yang berdekatan dengan  Kampung Kesom Che Nordin, Manir, Kuala Terengganu semalam.


Sementara itu dilaporkan...

JOHOR BAHRU 26 Dis. - Banjir mula melanda negeri ini dengan 480 orang daripada 115 keluarga di daerah Kluang, Muar dan Segamat dipindahkan ke lapan pusat pemindahan hari ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sehingga pukul 4 petang, 442 orang termasuk 21 bayi daripada 105 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Kluang.

Daripada jumlah itu, 171 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana, Balai Raya Kampung Mengkibol (106 orang, 33 keluarga), Balai Raya Kampung Kolam Air (63 orang, 13 keluarga), Balai Raya Kampung Melayu Mardi (56 orang, 14 keluarga), Balai Raya Kampung Baru Paya Palembang (38 orang, enam keluarga) dan Balai Raya Kampung Bentong membabitkan lapan orang daripada tiga keluarga.

Menurut kenyataan itu, bagi daerah Muar, seramai 13 orang daripada empat keluarga dari Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sawah Laku.
Sementara itu di Segamat, seramai 25 orang daripada enam keluarga dari Kampung Paya Lang ditempatkan di SK Batu Anam. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!