Rabu, 18 Mac 2015

Hanya 35% Ajer Keluar Mengundi..!


Tak minat agaknya..! tak mengubah apa apa pun katanya..!

KOTA BHARU - Pengundian awal PRK Dun Chempaka ditutup jam 5 petang tadi dan sebanyak 530 orang atau 35.40 peratus daripada 1,497 pengundi awal iaitu anggota tentera keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian yang dibuat di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, itu dibuka sejak awal 8 pagi semalam dan daripada jumlah tersebut hanya separuh daripada mereka keluar mengundi kali ini.

Peti undi pertama dibawa keluar pada jam 5.20 petang disusuli peti kedua dan seterusnya tepat jam 5.30 petang dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa oleh pegawai bertugas.

Melalui tinjauan yang dilakukan Sinar Harian juga mendapati proses pembuangan undi berjalan lancar, tenang dan tidak ada sebarang provokasi berlaku walaupun Kelantan kini berdepan keadaan cuaca panas terik.

Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2014, yang telah dikemas kini sehingga 12 Februari 2015.   

Daftar pemilih tersebut mengandungi 21,890 pemilih berdaftar yang mana 20,390 adalah pengundi biasa; 1,497 orang pengundi awal dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.

PRK Dun Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas yang mana turut hadir memberi sokongan kepada pengundi awal, semalam.

Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala  calon bebas ialah bekas calon bebas PRK Dun Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Agak agak Ahad ni sama ajer kot..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: