Sabtu, 9 Mei 2015

Isunya 1MDB..!


TH selama ini mampu bersaing dan mengaut keuntungan kerana kepelbagaian perniagaan yang diceburi..! Antaranya ialah pembangunan hartanah..! Tapi bila ianya melibatkan 1MDB maka keluarlah...


Maka untuk mengelakkan fitnah, wajar la dijual sahaja..!

Seharusnya kerajaan nampak kerisauan rakyat berkaitan isu 1MDB..! Isu ini sudah terlalu jauh menjangkau pemikiran normal dan terlalu lama tergantung..!

Kerana 1MDB maka apa jua yang terpalit dengannya menjadi kotor dan jijik..! Maka Najib perlu membenarkan pihak Polis untuk menyiasat..! gantung semua urusan Lembaga Pengarah..! Tahan aktiviti perniagaan mereka..! Lakukan serbuan ke atas suspek..! Bawa balik cina komunis Jho Low..!

Selagi itu semua tidak diambil tindakan maka selagi itu apa jua yang berkaitan dengan 1MDB akan tetap dipandang serong..! Malah yang berkaitan dengannya juga dipandang begitu..! Tak gitu? Najib tak rasa ke?

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk tidak membatalkan urus niaga pembelian tanah di projek Tun Razak Exchange milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebaliknya, lembaga pengarah TH sebulat suara memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) itu sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.

Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.

"Pada awalnya kami (lembaga pengarah) sepakat tidak mahu jual tanah itu, kami mahu bangunkan tetapi pagi tadi PM call dan nasihatkan supaya jual untuk elak fitnah terhadap TH.

"Kami akan jual secepat mungkin, sudah ada tiga pihak tawarkan untuk beli tanah tersebut," katanya dalam sidang media khas hari ini.





Sidang media tersebut turut dihadiri oleh kesemua ahli lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Esekutif (CEO) TH Tan Sri Ismee Ismail.

Abdul Azeez juga menjelaskan bahawa tiada konflik kepentingan dalam urusan pembelian tanah milik 1MDB itu kerana CEO TH tidak mengambil bahagian dalam sebarang rundingan yang berkaitan dengan pembelian tanah tersebut.



Katanya, Ismee yang juga ahli lembaga pengarah 1MDB, "berkecuali" daripada keseluruhan proses pembelian tanah di projek TRX pada harga RM188.5 juta itu.

Ahli Parlimen Baling itu menafikan TH membeli tanah tersebut sebagai usaha untuk menyelamatkan 1MDB seperti didakwa sesetengah pihak.




Abdul Azeez bagaimanapun masih mempertahankan pembelian itu, dengan berkata TH akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.

"Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual. Kami hanya pegang hak milik itu untuk sebulan dan ia masih boleh menguntungkan kami.

"Selepas sudah jual, kita akan buat sidang media.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.



Semalam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya TH membatalkan urus niaga pembelian tanah tersebut serta merta.

Dr Mahathir berkata wang pencarum yang digunakan Tabung Haji dalam urus niaga tersebut bukan merupakan milik mereka.

"Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

"Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang sudah hilangkan berbillion Ringgit.

"Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga," katanya.


Manakala pemuda UMNO pula menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1MDB.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda UMNO yang mahukan Kementerian Kewangan dan TH memberi penjelasan berhubung pembelian tanah tersebut.


Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir pula mempertikaikan tindakan TH yang membeli hartanah milik 1MDB dengan nilai yang tinggi.




Segerakan siasatan keatas 1MDB..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akhirnya akur dengan tekanan dan desakan pelbagai pihak apabila memutuskan untuk menjual semula plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tanah seluas 1.6 ekar bernilai RM188.5 juta itu akan dijual semula selepas mendapat teguran pelbagai pihak termasuk nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.
Menurutnya, tanah itu akan dijual dengan unjuran keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta selain mendapat 100 peratus pulangan wang yang dibayar kepada 1MDB bagi pembelian sebelum ini.
"Sekarang ini ada tiga tawaran yang mana ketiga-tiganya akan membayar dengan RM188.5 juta tetapi kita sedang membincangkan dari segi berapa keuntungannya.
"Kita hendak tahu berapa keuntungan yang kita akan dapat (daripada jual semula tanah) kerana itu yang terbaik. Kita hendak selesaikan perkara ini dalam seminggu atau dua minggu lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di sini, Sabtu.
Azeez berkata, pada awalnya semua ahli lembaga pengarah mempertahankan untuk tidak menjual tanah itu demi keuntungan pelaburan namun mahu menyelesaikan isu tersebut daripada berlarutan sehingga menjejaskan nama baik Tabung Haji.
"Itulah nasihat yang diberikan (Najib), bukan satu arahan. Yang Amat Berhomat (perdana menteri) menasihatkan supaya ia jangan berpanjangan dan mengelakkan fitnah untuk menjaga sentimen rakyat," katanya.
Tabung Haji akan menjual semula tanah itu secara baik bagi mendapatkan pulangan keuntungan demi kepentingan pendeposit.
"Dalam masa terdekat ini selepas dapat duit itu, kita akan minta CFO (Ketua Pegawai Kewangan) untuk membuat pengumuman pada sidang media yang duit dah masuk dalam akaun Tabung Haji... dah selesai," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada para pendosit supaya tidak panik dengan mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji.
"Simpanan makcik, pakcik... walau RM1 pun adalah dijamin oleh kerajaan buat pendeposit," katanya.
Azeez turut mengulangi pendirian Tabung Haji sebelum ini bahawa pembelian tanah bukan ‘bail out’ untuk 1MDB tetapi sebaliknya ia merupakan pelaburan yang mengambil kira kepatuhan syariah dan potensi pulangan keuntungan yang baik.
Beliau menambah, pulangan keuntungan itu akan memberi keutamaan untuk subsidi dan pengurusan haji dan agihan dividen kepada pendeposit.
Jelasnya, Tabung Haji membayar kadar pulangan dividen melebihi enam peratus dan tahun 2014 sahaja manakala pemberian bonus dan dividen 8.5 peratus.
"Kos untuk mengerjakan haji tahun ini adalah RM17,270 tetapi pendeposit hanya dikenakan caj RM9,980. Dan kita beri subsidi sebanyak 7,290 seorang.
"Dari mana kita hendak dapat subsidi ini? Sudah tentu daripada keuntungan menerusi perniagaan dan pelaburan yang dijalankan Tabung Haji," katanya.
Menurut Azeez, Tabung Haji mengagihkan dana mengikut alokasi aset yang diluluskan iaitu kira-kira 15 peratus yang diperuntukan untuk pelaburan hartanah.
"Pembelian tanah ini mengambil peluang sebagai sebuah institusi Islam yang memiliki aset di kawasan pembangunan TRX dengan unjuran keuntungan 27 peratus atau sembilan peratus setahun," katanya.

9 ulasan:

  1. orang melayu memang bodoh... eloklah selama2nya mereka duduk dibawah tapak kaki orang bukan islam.

    BalasPadam
  2. wan jamak - tak payah nak buat semak !

    BalasPadam
  3. Cerdik tapi tak boleh nak tumpang kecerdikannya adalah lebih teruk dari bodoh.Kerana bodoh memang bodoh (dalam hal tertentu) dan tentu yang bodoh tak berani nak buat keputusan yang ia sendiri tidak tahu.Tapi kalau cerdik dan membuat keputusan menyusahkan dan merugikan orang ramai maka lebih teruk dari Bodoh Sombong...

    BalasPadam
  4. duduk bawah kaki org bukan Islam macam Jho Low dgn Goldman Sach ke?

    BalasPadam
  5. kami mahu dividen tinggi dari simpanan tabung haji, tapi mana nak dating dividen tinggi kalau pelaburan setakat Tanah kampong di hutan hutan..peluang pelaburan yang baik di segi tiga emas hansur sebab mulut longkang pemimpin melayu yang agak dia hebat walaupun dah bersara....tak Nampak ke pulangan yang akan dating dari pelaburan ini, kalau ada Tanah boleh di develop dah tentu ada pendapatan tetap berjuta setiap tahun...mengapa melayu sentiasa bodoh dan berterusan bodoh... sebab melayu mudah lupa...yang baik pun di lupakan..tak pandang jauh..masa depan anak bangsa...bagi cina sajalah Tanah tu melayu tengok saja sampai tegang leher menoleh memandang bangunan tinggi yang akan di bina di tapak tu...melayu terus lah kamu bodoh..

    BalasPadam
  6. Ada Melayu banggakan pemimpin sehingga dijerumuskan ke longkang pun ikut. Itulah cabaran Melayu yg menyebabkan terus mundur dan miskin. Roti ditangan dilepaskan kerana keliru dengan bayang2 dalam longkang.

    BalasPadam
  7. Br kene tembak skit da gelbah.. mcmni pemimpin umno.. hanye fikir duit aje.. janji ada untung. Konspirasi najib dan tabung haji..

    BalasPadam
  8. Ini mcm punye bisnes byak menarik.. keje senang, untung senang.. aku rasa benda ini saje di main untuk membolehkan aset 1mdb dicairkan kpda pemilik bkn bumiputra. Kalu 1mdb jual terus kpda org luar mungkin akan membuatkan 1mdb nampak terlalu miskin jd digunaka th untuk membeli bg menghalalkan penjualan tanah kpda org asing.. ada nampak x permainan politik kat situ..

    BalasPadam
  9. Inilah kualatnya bila Najib derhaka terhadap perjuangan ayahandanya Tun Razak... DEB & ISA dimansuhkan. Gagasan PAP Spura 'Malaysian Malaysia' dijelmakan dgn konsep Liberal songsang 1Malaysia. Dari situ, kerja gila mula mengganas dgn wujudnya 1MDB yg meratah habis kekayaan negara.

    Tidakkah kita terfikir sejak pemerintahan negara diambil alih oleh Dollah Badawi & Najib negara ditimpa berbagai musibah dek mengikut telunjuk fahaman Liberalisme.....
    - kehilangan 2/3 majoriti
    - kehilangan saham telekom Msia
    - kehilangan saham media prima
    - kehilangan pulau batu putih
    - kehilangan tanah KTM di Spura
    - kehilangan 3 negeri kpd pbangkang
    - kehilangan maruah bangsa/agama
    - kehilangan 2 pesawat MAS
    - kejatuhan sebuah helicopter
    - kejatuhan saham di KSLE
    - kejatuhan nilai Ringgit

    Sendiri kena fikirlah.....!!

    BalasPadam