Jumaat, 8 Mei 2015

Kenapa Pemuda UMNO Johor Tiba Tiba Tegang & Keras...!


KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO JOHOR

Pergerakan Pemuda UMNO Johor terpanggil apabila kami dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat pelbagai isu yang muncul akhir-akhir ini. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu dan kami sebagai sayap muda dalam parti sentiasa dahagakan penjelasan perlu bersuara agar UMNO akan terus kekal relevan. Isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, isu GST yang umumnya bersetuju tentang kebaikannya tetapi perlaksanaan yang tidak tersusun, isu Felda termasuk perumahan generasi kedua serta isu pembelian aset Tabung Haji perlu ditangani agar tidak terus menjadi persoalan yang tiada noktahnya. Keadaan ini tidak seharusnya berterusan kerana rakyat secara umum akan terkesan.

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Johor jelas bahawa YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan dan menyelesaikan perkara-perkara ini kepada rakyat. Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang menjadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan apa pun penyiasatan atau proses audit, YAB Presiden perlu bertindak sekarang.

Kita tidak mahu UMNO ditolak rakyat hanya atas sebab tindakan dan keputusan sesetengah pemimpin yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan kerajaan hari ini. Sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat, amanah ini harus dipertanggungjawabkan sebaik mungkin. Tiada makna jika segala dasar baik dan nikmat pembangunan ekonomi yang selama ini UMNO juarai tidak dapat dirasai oleh rakyat sebaliknya menjadi punca liabiliti dan polemik kepada pentadbiran negara.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor bersuara atas dasar kebertanggungjawaban dan amanah yang diberi oleh masyarakat kepada kami sebagai pemimpin anak muda, maka kami, Pergerakan Pemuda UMNO Johor amat berharap agar suatu penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Kami percaya sebagai bapa, YAB Presiden tidak akan terus menerus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Lu Fikir La Sendiri

11 ulasan:

  1. Tegang dan keras..lain mcm je..saiz negro? ��

    BalasPadam
  2. Sultan depa da besuara..

    BalasPadam
  3. Bagus, berani dan tegaslah sikit...

    Jangan jadi macam Ketua & Timbalan Pemuda yg lemah longlai seumpama Bapuk tua...

    Jadilah anak lelaki melayu yg berani

    BalasPadam
  4. Betul tu...yab presiden juga wajib address masalah kritikal sabotaj dalaman umno yg memudahkan pembangkang menang.....seperti bom isu thaji dan 1mdb yg disebarkan pada masa kritikal permatang pauh.....

    cukup cukuplah.....

    BalasPadam
  5. Kalau nknpilih pemimpin perdana menteri perlu darii selatan...baru ok...faktanya ialah....tuanku abd rahman dri utara singapura hilang dari mesia...13 mei pun masa tuanku juga.....sebekum tuanku sultan
    Pun sama takut siam pajak pulau pinang oada fransis light inggris....nasib baik pajak skg pulau pinang dah nk pupus melayu...org utara jugak punya kerja....pak lah jadi...tun dr m...mme cerdik pintar tapi kelantan dan negerinya kedah pun tumbang yg bantu tun dr m ialah negeri dari selatan....pak lah dari utara jadi asyik tido memaanjang 5 negeri jatuh pembangkang...anwar dari utara sib baik x jadi PM sah gay tua anjing yahudi plurasisma dari utara jugak...tun razak dan tun hussin jadi PM semua negeri dalam kerajaan BN.....najib lemah srbab mewarisi kepimpinan korup dan kuat tido Pak Lah ...nasib najib tak baik semasa jadi PM ....tunggu mahyuddin jadi PM insyallah BN kembali kuat
    ......sultan johor dari selatan tegas lantang untuk jembaran bengkok diteruskan gst diperbaiki .....klu nak pilih pemimpin elok dari selatan ...cuma najib mewarisi prmimpinan pak lah dari utara yg cukup lemah.......fakta atau kebetulan....?

    BalasPadam
  6. Kpd saudara hahasrin hashim..tidak perlulah saudara hendak mengkritik dan menekan PM..rasanya PM berasa malu ttg perjuangan saudara di johor yg merupakan kubu kuat BN dan UMNO..tetapi kubu kuat tersebut telah dirobek oleh pembangkang..adakah tanggungjawab ini mahu ditanggung oleh PM?..siapa yg diberi tanggungjawab untuk menjaga johor?pasti saudara sebab saudara telah dipilih..dan apa pula perjuangan saudara dlm menolong org melayu johor?..jangan jadi seperti salah seorang bekas ketua pemuda bahagian dahulu dimana sibuk menentang semua pembangunan yg dibuat kerajaan kerana akan menghalau org melayu di bandar jb tetapi hanya seketika sahaja bila mendapat habuan terus senyap..dlm hati berkata lantaklah org melayu lain janji aku ada harta..begitu juga terjadinya kini dimana salah seorang puak puak pemuda johor yang ada hati untuk membeli hotel di johor..siap dptkan surat sokongan mb dan istana utk pemilikkan hotel tersebut..akhirnya gagal kerana kekurangan kewangan..pihak istana pun berkata ukurlah baju di badan sendiri..adakah saudara perihatin ttg ank ank melayu johor yg tidak mampu membeli buku agama utk sekolah agama?..membeli pakaian sekolah agama?..adakah saudara lihat kekurangan itu dan apa yang saudara bantu mereka?..adakah ini semua salah PM yg mana UMNO johor memilih saudara utk membantu melayu..adakah saudara perihatin dgn nasib penduduk melayu gelang patah skrg ini yg dibawah DAP..saudara biarkan sahaja mereka dan saya pasti PRU14 DAP ttp teguh di sana..jadi saya berharap x perlulah saudara mencanang satu malaya mendesak PM..sepatutnya saudara memperbetulkan diri saudara dahulu dan puak puak pemuda umno johor ini yang mempunyai bnyk kem..sekian..wassalam..KAMI RAKYAT JOHOR SEDANG MEMERHATIKAN SAUDARA HAHASRIN HASHIM

    BalasPadam
  7. Saya juga ingin menegaskan bahawa tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar pada mula asalnya diperuntukkan khas buat dagangan kaum Bumiputera tapi telah dipesongkan oleh penjarah 1MDB untuk menanggung beban gaya hidup mewah melampau biawak2 hidup.

    Ingat pesanan Tun Dr. Mahathir....
    Semua duit Tabung Haji adalah milik pencarum warga Islam Malaysia. Ianya hanya diamanahkan untuk diurus baik secara halal mengikut hukum syarak. Setiap sen & ringgit bukan milik & kuasa mutlak Tabung Haji (termasuk CEO & Lembaga Pengarahnya).

    Alangkah kejinya bila duit Tabung Haji diseleweng untuk menyelamatkan (bail out) beban hutang 1MDB gara-gara belanja sakan Najib, Rosmah, Riza Aziz & Jho Low.

    BalasPadam
  8. 5.49
    PM dari Utara
    TAR - Singapura kuar mesia dan krisis 13 mei
    Pak Lah - 5 negari jatuh pembangkang
    PM dari selatan
    Tun Razak dan Tun hussin Onn semua negeri dibawak kjaan BN aman dan makmur
    Tun Dr M (utara) dan Najib( selatan) kira seri ...dibawah Tun Dr M kelantan dan terangganu jatuh pada pembangkang....masa Najib 2 negeri tgganu
    dan kedah dan perak kembali ke BN kira seri lah tu
    sultan kedah ( utara)senang buta bagi pulau pinang pada inggris sama dng nasib singapura kerabat yg sama jugak bagi singapura pada inggeris
    yg paling viral sekali
    Anwar Aljubori( utara ) simbol si kitol modern yahudi melayu pluralisma yg jual bangsa dan iman
    Masa utk Mahyuddin terajui Malaysia insyallah semua negeri kembali ke BN......mahyuddin boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kena mengena dengan skandal penipuan dalam 1MDB ? Sebelum nak komen ,elok makan ubat dulu kalau dah tau sakit.

      Padam
    2. Bagus juga tegang dan keras ni... semuga berterusan, jangan jadi CKMM.....
      CIUM KERIS MINTA MAAF... HAHAHAHAHAHAHAHA...

      Padam
    3. Hahahahahahaha tau takpe hahahaha

      Padam